? ??????????????Me On The Beach? ????? ?? ???Rating: 4.0 (2 Ratings)??5 Grabs Today. 1806 Total Grabs. ???
???Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Island Beach? ????? ?? ???Rating: 4.2 (367 Ratings)??4 Grabs Today. 58910 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????Bo BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, September 24, 2009

Sedar....

Dihujung Ramadan lalu aku dikejutkan beberapa soalan. “ Apakah aku benar-benar sudah memiliki keikhlasan hakiki”.? Apakah amal-amal aku selama ini lahir daripada hakikat penyerahan yang bulat kepada Allah? Apakah aku benar-benar menjadikan al-Quran sebagai Petunjuk?


Ketika Allah mengatakan bahawa ; “sama sahaja kepada mereka, sama ada engkau beri peringatan ataupun tidak mereka tidak akan beriman”. Bagaimanakan perasaan aku? Apakah ayat itu tidak ditujukan kepada aku? Apakah aku tidak perlu bimbang kalau-kalau itulah hakikat diri aku.

Bagaimana pula dengan firman Allah : “ dan ada dikalangan manusia yang berkata kami telah beriman kepada Allah dan hari akhirat sedangkan mereka tidak beriman”. Apakah aku sudah terselamat?. Apakah apa yang aku imani, apa yang aku hayati, apa yang aku utamakan, apa yang aku lakukan masih selari dengan ad din yang dihayati oleh Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat bersamanya dan tidak terseleweng? Benarkah dakwaan aku? Benarkah aku meletakkan hati aku benar-benar sebagai seorang hamba suruhan dihadapan firman-firman Allah? Sudahkah aku membuka dada aku, mengosongkannya daripada sifat-sifat ujub, takabbur dan riya’ dan mengisi dengan cahaya kebenaran yang diturunkan Allah di dalam al-Quran?

Samakah masa yang aku berikan untuk mentelaah keduniaan ku dengan masa yang aku peruntukkan bagi meneliti atau muhasabah diri dan agama dengan setiap kebenaran seperti terkandung dalam Al-Quran. Sudahkah aku benar-benar bersedia menerima didikan Allah melalui wahyunya. Apakah yang aku lakukan selama ini. Atau masih ada di sana dorongan-dorongan lain disebabkan oleh talbis iblis. Atau disana masih ada rantai-rantai nafsu yang mengikat dan menarik aku tertambat di dunia dan aku belum melangkah walau selangkah menuju Allah? Atau aku mendabik dada dan berkata aku dah tahu semua itu?

Al kisah pada suatu hari seorang ahli ibadah yang sudah berpuluh tahun menunaikan solat jamaah disaf yang pertama tiba-tiba pada satu waktu beliau terlewat datang dan terpaksa menunaikan solat berjamaah disaf yang terakhir. Situasi ini menjadikannya merasa teramat malu dilihat berada disaf terakhir. Perasaannya itu menjadikan beliau mengenali hakikat keikhlasannya dan merasakan bahawa solatnya selama puluhan tahun disaf yang pertama adalah sia-sia kerana dorongan ibadahnya itu bukannya ikhlas kepada Allah tetapi kerana malu untuk dilihat bersolat disof terakhir yang boleh menjatuhkan martabatnya sebagai seorang ahli ibadah.

Apakah yang mendorong tindakan aku selama ini. Apakah ia adalah penerusan tradisi yang aku hanya menyangka akan kebenarannya, Apakah yang aku percaya selama ini? Adakah ia lahir daripada kefahaman aku terhadap ayat-ayat Allah atau ia adalah sangkaan dan ajaran orang-orang yang terdahulu yang aku juga tidak yakin kebenarannya? Kini banyak perkara telah berubah, sistem pemerintahan, cara melantik pemimpin, sistem pendidikan, cara hidup, pemikiran, semangat, emosi, keutamaan, kepercayaan, sikap, aktiviti harian dan sebagainya.

Apakah semua perubahan ini tidak menyeleweng daripada ad Din? Apakah aku benar-benar ikhlas dan mempunyai bukti dalam al-Quran bahawa aku masih dilandasan agama yang diredai Allah.?

0 comments: