? ??????????????Me On The Beach? ????? ?? ???Rating: 4.0 (2 Ratings)??5 Grabs Today. 1806 Total Grabs. ???
???Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Island Beach? ????? ?? ???Rating: 4.2 (367 Ratings)??4 Grabs Today. 58910 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????Bo BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, December 31, 2009

AL HIKAM-kompas kehidupan lebih bermakna-3

Petikan terjemahan Kitab Al Hikam: ( Sebahagian dari Munajat ( doa doa) Ibnu Athaa’)









35) Tuhan Ku,, dekatkan lah aku kepada Mu dengan rahmat-Mu supaya segera aku sampai kepadaMu, dan tariklah aku dengan kurniaMu sehingga aku menghadap kepadaMu



( Memang tidak ada jalan bagi hamba untuk sampai kepada Tuhan kecuali dengan Rahmat Tuhan sendiri,demikian pula tidak mungkin menghadap kepada Tuhan kecuali dengan kurniaNya)



38) Tuhanku, bagaimana aku akan kecewa padahal Engkaulah harapanku, atau bagaimana aku akan terhina padahal kepada Mu lah aku bersandar dan menyerah (berserah diri).



39) Tuhan Ku, bagaimana aku akan mulia (bebangga padahal Engkau telah menempatkan aku dalam kehinaan, tetapi bagaimana aku tidak akan berbangga padahal kepada Mu lah dikenal (bernisbah) (yakni hamba Allah). Dan bagaimana aku tidak akan miskin, sedang Engkau telah menepatkan aku dalam kemiskinan, tetapi bagaimana aku akan miskin padahal Engkau sudah mencukupi aku dengan kemurahanMu, (atau: padahal dengan kemurahanMu aku telah Engkau kayakan)



40) Engkau lah Tuhan yang tiada Tuhan kecuali Engkau, Engkau telah mengenalkan diriMu pada tiap tiap sesuatu , sehingga tiada sesuatu yang tidak mengenal kepada Mu .Dan Engkau pula yang mengenalkan diri kepadaku dalam segala sesuatu sehingga aku melihat Engkau jelas pada setiap (segala ) sesuatu, maka Engkau lah yang zahir (jelas0 pada tiap sesuatu.



41) Ya Tuhan yang tegak (berkuasa) dengan sifat RahmanNya di atas Arasy, sehingga arasy itu lenyap dalam rahmannya Allah, sebagaimana alam alam yang lain lenyap dalam arasyullah. Engkau yang telah menghapuskan (melenyapkan) alam dengan alam, dan melenyapkan arasy dengan kepungan nur yang meliputinya dari sifat rahmannya Allah



42) Ya Tuhan yang telah berdinding dibalik pagar kemulianNya, sehingga tidak dapat dicapai oleh pandangan mata.Ya Tuhan, yang telah menjelma dalam kesempurnaan keindahanNya, sehingga nyata bukti kebesaranNya dalam hati dan perasaan.Ya Tuhan, bagaimana Engkau akan tersembunyi padahal Engkau yang sangat zahir (terang), dan bagaimana Engkau akan ghaib, padahal Engkau lah pengawas yang tetap hadir. Semoga Allah yang memberi tufik, dan kaepadaNyalah aku berharap bantuan pertolongan….Amin

AL HIKAM-kompas kehidupan lebih bermakna-2

Wujud Allah dalam hati



Bab 45). Sinar matahati itu dapat memperlihatkan kepadamu dekatnya Allah kepada mu. Dan matahati itu sendiri dapat memperlihatkan kepada mu ketiadaanmu kerana wujud (adanya) Allah, dan hakikat matahati itu lah yang menunjukkan kepadamu,hanya adanya Allah,bukan ‘adam (ketiadaanmu) dan bukan pula wujudmu.



Makam fana



Bab 46).Terjemahan Kata kata mutiara kitab Al-Hikam: telah ada Allah, dan tiada sesuatu di sampingNya, dan Ia kini sebagaimana adaNya semula.



Demikian lah contoh maqam fana’, tiada melihat sesuatu kecuali Allah. Bagai seorang di dalam gedung(rumah), kemudian ia mengisi rumah dengan segala perabot dan boneka dan patung, lalu ditanya: Siapakah yang ada dalam di dalam gedung itu? Jawabnya: Hanya ia seorang, yakni semua boneka dan berhala itu tidak dapat disebut sebagai teman atau kawannya.Demikian orang ahli hakikat tidak melihat adanya sesuatu yang dapat di sebut di samping Allah.



Bab 52) .Dan perhatikan sabda Nabi s.a.w. :Maka siapa yang berhijrahnya menuju kepada Allah dan Rasulullah(kerana menurut perintah Allah dan Rasulullah), hijrahnya akan sampai di terima Allah dan rasulullah. Dan siapa yang hijrah kerana kekayaan dunia yang akan di dapati,atau kerana perempuan yang akan di kahwini, maka hijrahnya terhenti pada apa yang ia hijrah kepadanya.Perhatikanlah sabda Nabi s.a.w. ini dan perhatikan persoalan ini jika engkau mempunyai kecerdasan fahaman.



Masuk syurga dan sembayang dua rakaat



Abu Sulaiman Addarani berkata: Andaikan aku disuruh pilih antara masuk syurga jannatul-Firdaus dengan sembahyang dua rakaat nescaya saya pilih sembahyang dua rakaat. Sebab di dalam syurga saya dengan bahagianku, dan sembahyang aku dengan Tuhanku.

Kita baik asal tak cinta dunia



Sufian Asyuri minta nasihat dari Rabi’ah Al Adawiyah, maka berkata Rabi’ah: Engkau seorang yang baik, andaikan engkau tidak cinta kepada dunia.



Lilah dan billah



bab 10). Amal perbuatan itu sebagai kerangka yang tegak,sedang ruh (jiwa)nya, ialah terdapatnya rahsia ikhlas (ketulusan) dalam amal perbuatan itu.



Keikhlasan seorang dalam amal perbuatannya menurut tingkat kedudukannya maka keikhlasan orang abrar, apabila amal perbuatan itu telah bersih dari riya’ yang jelas maupun yang samar sedang tujuan amal perbuatan mereka selalu hanya pahala yang di janjikan oleh Allah kepada hambaNya yang ikhlas.



Dan ini terambil dari ayat “iyyaka na’budu” Hanya kapadaMu kami menyembah , dan tiada kami mempersekutkan Engkau dalam ibadahku ini kepada sesuatu yang lain.



Adapun keikhlasan orang orang muqarrabin ialah menerapkan perngertian “Laa haula quwwata illa billah”.



Tiada daya untuk mengelakkan, dan tiada kekuatan untuk untuk berbuat apapun kecuali dengan pertolongan langsung dari Allah( kehendakNya dan Afa’alNya semata).



Tiada daya kekuatan sendiri, sedang semua itu dari Allah, ia merasa bahawa semua amal perbuatan semata mata kurnia Allah kepadanya, sebab Allah yang memberi hidayah dan taufiq.



Ini di ambil dari ayat : “Iyyaka nasta’in”. Hanya kepada Mu kami mengharap bantuan pertolongan, sebab kami sendiri tidak berdaya.



Amal orang abrar di namakan amal lillah; Beramal kerana Allah.





Sedang amal muqarrabin di namakan :Amal billah: beramal dengan bantuan kurnia Allah ( kehendak dan Afa’alNya semata).



Amal lillah menghasilkan sekadar memperhatikan hukuman lahir, sedang amal amal billah menembus ke dalam perasaan hati.



Seorang guru berkata: Perbaikilah amal perbuatanmu dengan ikhlas dan perbaikilah keikhlasan mu itu dengan perasaan tidak ada kekuatan sendiri, sedang semua kejadian itu hanya semata mata kerana bantuan(afa’al) Allah.

syukur

Hikam:

Asysyibly berkata: Syukor itu jalan melihat pada yang memberi bukan melihat nikmat pemberiannya.



Abdul Aziz Almahdawy berkata:Siapa yang tidak melihat

Pemberi nikmat di dalam nikmat itu, maka nikmat itu hanya berupa istidraj (dilulu) dan berubah menjadi bala.



Abu Hamid (Muhammad) Alghazzaly membuat contoh: seorang raja memberi hadiah kuda pada rakyatnya, maka dalam menerima nikmat pemberian hadiah ada tiga macam:

1.Merasa gembira kerana ia mendapat sesuatu yang berguna dan berharga, sesuai dengan maksud tujuannya, dan dapat menyampaikan hajat keinginannya. Orang yang sedemikian ini tidak memperhatikan raja sama sekali, pandangannya hanya semata mata pada kuda, di beri raja atau mendapat di hutan tiada beza baginya.



2. Orang yang gembira bukan kerana kuda, tetapi kerana merasa di beri,di ingati ,di kasihi oleh raja, orang ini dapat membezakan antara pemberian raja dengan jika ia dapat di hutan.



3. Orang yang merasa gembira kerana dengan pemberian itu, dia dapat menggunakan untuk lebih mendekat kepada raja, sehingga dapat lebih meningkatkan kedudukannya di sisi raja.

Hijrah



Bab 51). Jangan berpindah dari satu alam kealam yang lain, bererti sama dengan himar (keldai) yang berputar di sekitar penggilingan (pengisar), ia berjalan menuju ketempat tujuan, tiba tiba itu pula tempat yang ia mula mula berjalan daripadanya, tetapi hendaklah engkau pergi dari semua alam menuju kepada pencipta alam. Sesungguhnya kepada Tuhanmu puncak segala tujuan.



Bab 52). Dan perhatikan sabda Nabi s.a.w. :Maka siapa yang berhijrahnya menuju kepada Allah dan Rasulullah(kerana menurut perintah Allah dan Rasulullah), hijrahnya akan sampai di terima Allah dan rasulullah. Dan siapa yang hijrah kerana kekayaan dunia yang akan di dapati,atau kerana perempuan yang akan di kahwini,maka hijrahnya terhenti pada apa yang ia hijrah kepadanya.Perhatikanlah sabda Nabi s.a.w. ini dan perhatikan persoalan ini jika engkau mempunyai kecerdasan fahaman.



wasallam

AL HIKAM-kompas kehidupan lebih bermakna -1

Bukti kuasa Allah yang luar biasa
Kata kata mutiara Al-hikam (berkaitan bukti kekuasan Allah) : Diantara bukti-bukti yang menunjukan adanya kekuasaan Allah yang luar biasa ialah dapat menghijab engkau daripada melihat kepadaNya dengan hijab yang tidak ada wujudnya (yakni: Bayang-bayangan hijab) di sisi Allah.
Bayangan tergantung
Sepakat para arifin bahawa segala sesuatau selain Allah tidak ada, ertinya:tidak dapat disamakan adanya sebagaimana adanya Allah, sebab adanya alam terserah kepada kurnia Allah, bagaikan adanya bayangan yang tergantung selalu kepada benda yang membayanginya. Maka siapa yang melihat bayangan dan tidak melihat kepada yang membayangainya, di sini terhijabnya.
Firman Allah:Segala sesuatu rosak hancur kecuali zat Allah.
Pandangan makluk
Terjemahan kata-kata mutiara kitab Al Hikam: Hilangkan pandangan makluk kepada mu kerana puas dengan penglihatan Allah kepada mu,dan lupakan perhatian (menghadapnya) makluk kepada mu, kerana melihat bahawa Allah menghadap kepadamu.
Sal bin Abdullah Attustary berkata: Seorang tidak dapat mencapai hakikat kewalian sehingga menghilangkan pandangan orang dari fikirannya,sehingga tidak melihat apa apa di dunia, hanya ia dengan Tuhan yang menjadikannya, sebab tiada seorang pun dapat menguntungkan atau merugikan.
Ingat kisah Lukman Alhakim dengan putranya berjalan dengan Keldai.. Tujuan Luqman untuk menunjukan kepada putranya bahawa orang yang beramal atau mengambil-ambil hati orang tidak selamat dari celaan mereka.
Muhammad bin Aslam ra.berkata:Ada kepentingan apakah saya pada manusia padahal sejak saya dalam punggung ayah saya seorang diri, lalu di dalam perut ibu juga seorang diri dan keluar di dunia juga seorang diri,(yakni tidak melalui bantuan manusia) hingga mati dan masuk ke kubur juga seorang diri,dan menghadapi persoalan alam kubur sampai kemudian menghadap kepada Allah dan masuk syurga atau neraka juga seorang diri, maka apakah keperluan saya dengan manusia.
Buat sesuatu untuk balasan
Terjemahan kata kata mutiara kitab Al-Hikam:Siapa yang menyembah kepada Allah kerana mengharap sesuatu, atau menolak bahaya siksa atas dirinya, belum menunaikan hak kewajipannya terhadap sifat sifat Allah
Allah telah menurunkan wahyu kepada Nabi Daud as: Sesungguhnya orang yang sangat aku kasih kepadanya ialah yang beribadat bukan kerana upah pemberian, tetapi semata mata kerana Aku berhak untuk di sembah.
Dalam Kitab Zabur ada tersebut: Dan siapakah yang lebih kejam dari orang yang menyembahKu kerana syurga atau neraka, apakah andaikan Aku tidak buat syurga dan neraka ,tidak berhak untuk disembah?
Zikir
Kata kata mutiara Al-hikam:Jangan meninggalkan zikir, kerana engkau belum selalu ingat kepada Allah di waktu berzikir, kelalaianmu terhadap Allah ketika tidak berzikir lebih berbahaya daripada kelalaianmu terhadap Allah ketika kamu berzikir.
Abdullah bin Abbas ra.berkata;Tiada suatu kewajipan yang di wajib oleh Allah pada hambaNya melainkan ada batas batasnya, kemudian bagi orang orang yang uzur di maafkan bila tidak dapat melakukannya, kecuali zikir maka tidak ada batas, dan tidak ada uzur yang dapat diterima untuk tidak berzikir, kucuali jika berubah akal (gila)
Firman Allah:
Yang mengingati Allah sambil berdiri dan sambil duduk dan sambil berbaring, dan memikirkan kejadian langit langit dan bumi (sambil berkata): “Hai Tuhan kami! Engkau tidak jadikan semua ini dengan sia sia! Maha suci Engkau! Lantaran itu peliharalah kami (daripada) siksa neraka” (Al Imran: 191)
Firman Allah :Kerana itu, ingatlah kamu kepada Ku nescaya aku ingat (pula) kepada mu dan bersyukurlah kepada Ku dan jangan lah kamu mengingkari (nikmat) Ku ( Al Baqarah 152)
Dalam Hadith Qursi:Allah berfirman:Aku selalu mengikuti sangkaan hambaKu terhadap diri Ku dan Aku selalu menyertainya ketika ia berzikir kepada Ku.
Sifat zahir melambangkan yang batin
Terjemahan kata kata mutiara Al-Hikam: Apa yang tersembunyi dalam rahsia ghaib, ia-itu yang berupa Nur Ilahi dan makrifat, pasti akan tampak bekas (pengaruhnya) pada anggota lahir.
Abu Hafash berkata: Bagusnya adab kesopanan lahir membuktikan adanya adab yang di dalam batin.
Rasulullah s.a.w. ketika melihat seorang yang bermain main dengan tangannya ketika sembayang maka Rasulullah s.a.w.bersabda:Andaikan khusyuk hati orang itu ,nescaya khusyuk semua anggota badannya.
Abu Thalib Almakky berkata :Allah telah menunjukkan tanda bukti seorang kafir, iaitu bila di sebut nama Allah saja,mereka mengejek dan enggan mahu menerima.
Firman Allah:Apabila disebut nama Allah saja (sendiri),cemas dan muak hati orang orang yang tak percaya kepada akhirat, sebaliknya bila di sebut nama nama selain nama Allah , merka gembira, menerima dan puas.(Az-Zumar:45).
Hajat kita Allah lebih mengetahui dan jangan meminta pertolongan dari yang lain
Terjemahan kata kata mutiara Al Hikam (Jangan berharap kepada sesuatu selain Allah): Jangan mengadu/meminta sesuata hajat kepada selain Allah, sebab ia sendiri yang memberi/menurunkan hajat itu kepadamu.Maka bagaimanakah sesuatu selain Allah akan dapat menyingkirkan sesuatu yang di letak oleh Allah. Siapa yang tidak dapat menyingkirkan bencana yang menimpa dirinya sendiri, maka bagaimanakah akan dapat menyingkir bencana dari lainnya.Tibanya sesuatu bencana itu menyebabkan engkau berhajat kepada bantuan pertolongan, maka dalam setiap hajat jangan mengharapkan selain daripada Allah, sebab selain sesuatu daripada Allah itu juga berhajat kepada seperti kau. Sebab siapa yang menyandar (menggantungkan nasib) pada sesuatu selain Allah, bererti tertipu oleh sesuatu bayangan khayal, sebab tidak ada yang tetap selain Allah yang selalu tetap kurnia dan nikmat rahmatnya kepadamu..
Bukti kuasa Allah yang luar biasa
Kata kata mutiara Al-hikam (berkaitan bukti kekuasan Allah) : Diantara bukti-bukti yang menunjukan adanya kekuasaan Allah yang luar biasa ialah dapat menghijab engkau daripada melihat kepadaNya dengan hijab yang tidak ada wujudnya (yakni: Bayang-bayangan hijab) di sisi Allah.
Bayangan tergantung
Sepakat para arifin bahawa segala sesuatau selain Allah tidak ada, ertinya:tidak dapat disamakan adanya sebagaimana adanya Allah, sebab adanya alam terserah kepada kurnia Allah, bagaikan adanya bayangan yang tergantung selalu kepada benda yang membayanginya. Maka siapa yang melihat bayangan dan tidak melihat kepada yang membayangainya, di sini terhijabnya.
Firman Allah:Segala sesuatu rosak hancur kecuali zat Allah.
Takdir
Terjemahan Al Hikam: Kekerasan semangat/perjuangan itu, tidak dapat menembus tirai takdir, kekeramatan atau kejadian-kejadian yang luar biasa dari seorang wali itu, tidak dapat menembus keluar dari takdir, maka segala apa yang terjadi semata-mata dengan takdir Allah.
Manusia tak ada kehendak
Firman Allah:
1. ”Dan tiadalah kamu berkehendak, kecuali apa yang dikehendaki Allah, Tuhan yang mengatur seisi alam (at-Takwir: 29).
2. “Dan tiada kamu mengkendak kecuali apa yang di kehendaki oleh Allah.Sungguh Allah Maha Mengetahui lagi Bijaksana.(Al Insan:30).
Nikmat wujud dan nikmat keperluan hidup
Terjemahan kata mutiara kitab Al-Hikam: Pada pertamanya Allah memberi kepadamu nikmat mewujudkan (menjadikan); kemudian nikmat yang kedua: Melengkapi keperluan-keperluan wujudmu yanhg terus menerus (yang kedua: terus menerusnya bantuan Allah kepadamu.)
Firman Allah:
Wa assbagha ‘alaikum ni’matun dha hiratun wa ba thinat
Allah menuangkan kepada mu nikmat lahir dan batin yang terang dan samar, yang terasa dan tidak terasa.



Wasallam

Wednesday, December 16, 2009

Sometimes...

Sometimes...

a lot of opportunity came in our life.

We need to choose either grab it or drop it.




the opportunity just came once.

Sometimes...

it may change our life.

Sometimes...

it doesn't change anything.

Sometimes...

we can't decide what the right decision to be made.



Sometimes...

we need help to make decision.



Sometimes...

nobody can help us.

Sometimes...when we lose it, we'll regret.

Sometimes...when we grab it, we had a joy.

Sometimes...we just waiting it to be true.

Sometimes...it came when we need it.

Sometimes...it never come although we wish for it.



So, when it come, choose the right decision and grab it as you wish for...

PENYAKIT HATI : APA UBATNYA ?

Sudah menjadi suatu kelaziman dalam setiap kehidupan masyarakat tidak kira kira dimana jua , asalkan ianya dihuni oleh manusia , kita akan pasti mendengar pelabagi permasalahan yang timbul akibat runtunan hati seperti yang pernah diabadikan dalam sepatah syair Arab yang berbunyi “ Hati adalah menteri yang menasihati “ (al-qolbu wazeerun naaseh). Dengan kata lain , pada zahirnya kita lihat , tubuh badan kita yang menggerakkan sesuatu akan tetapi pemerintah sebenarnya dalam diri kita ialah hati.

Pesanan Baginda Rasulullah SAW kepada kita yang bermaksud :
 “ Ketahuilah dalam setiap tubuh (jasad) terdapat seketul daging , jika elok daging itu maka eloklah keseluruhan tubuh badan dan jika rosak daging itu maka rosaklah juga seluruh tubuh badan , maka ketahuilah bahawa itu adalah hati “.
 Persoalan hati juga sering dikaitkan dengan jiwa (nafs) , oleh yang demikian , kalau seseorang itu sakit jiwa maka cara rawatannya mungkin dengan mendapatkan khidmat pakar psikologi dan pelbagai bahan ubatan lain akan tetapi sekiranya seseorang itu jiwanya sakit ini berkait rapat dengan rohani dan kekontangan dos aqidah yang mantap dan cara rawatannya lebih sukar andainya tidak menepati teknik penyembuhannya.

Dalam lipatan sejarah tentang berlakunya pembunuhan pertama atas dunia antara Habeel dan Qabeel , dua orang putera Nabi Adam A.S adalah disebabkan ketidakpuasan hati antara satu sama lain lantaran dengki dan dendam berebut mendapatkan seorang wanita. Begitulah juga kisahnya , segala persoalan jenayah yang berlaku pada hari ini juga didorong oleh rasa hati yang dibantu oleh kekangan nafsu . Oleh yang demikian ,terjadilah aneka bentukjenayah seperti penipuan , pembunuhan , rompakan , pencabulan dan sebagainya.


Memiliki hati yang tenang sebenarnya transformasi kepada kecerahan wajah yang dibaluti Nuur Iman  pada setiap wajah setiap umat Islam. Ini jelas terbukti sekiranya seseorang itu menghadapi masalah , sudah pasti wajahnya juga secara fizikal akan turut terkesan seperti kemurungan dan dahi berkerutan. Akan tetapi sebaliknya jika seseorang itu , memiliki hati yang tenang , pasti akan mudah dan murah untuk berkongsi senyuman dengan orang lain-lain.

Sudah jelas diterangkan menerusi Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah : Ayat 10 yang bermaksud :
“ Dalam hati mereka ada penyakit (keyakinan mereka terhadap Nabi Muhammad SAW lemah. Kelemahan keyakinan itu menimbulkan kedengkian , iri hati dan dendam terhadap Nabi SAW agama dan orang-orang Islam ) , lalu ditambah Allah penyakitnya ; dan bagi mereka siksa yang pedih disebabkan mereka berdusta “.

Islam telah menggariskan pelbagai langkah untuk  rawatan perubatan penyakit hati ,antaranya;

  • Membaca Al-Quran Sambil Bertafakkur (Tilaawatul Quraan Bittaffakuri).

  • Pengosongan Perut (Khala Al-Batnu)
Wallahu'lam

Sunday, November 8, 2009

Soal Hati

Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan adalah nikmat paling agung yang diberikan oleh Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.




Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat. Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. ……

Bayangkan kalau 10 dosa,100 dosa,1000 dosa…alangkah hitam dan kotornya ketika itu…..

Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud:

"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam."

(HadisriwayatIbnMajah)



Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud:

{"Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." }

(Surahal-Muthaffifiin,ayat14).



Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.



Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud:

{"Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan."} (Surah al-Baqarah ayat 74)



Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah. Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.



Kenapa hati mati? Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman bermaksud: {"Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata."}

(Surahal-Zumarayat22)



Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati. Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).



Firman Allah bermaksud:

{"Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia."}

(Surahal-Ra'dayat28)



Firman-Nya lagi bermaksud:

{"Hati yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik."}



(Surahal-Syuraayat88-89)



Tanda-tanda hati mati Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

• Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

• Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

• Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

• Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

• Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

• Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

• Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

• Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

• Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

• Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT. Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya; Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuatsesuatupelanggarandosa.



Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu :

• Hubbul dunia (kasihkan dunia)

• Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)

• Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.



Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu :

• Zuhud dengan dunia

• Zikrullah

• Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah

Seperti yang di tuliskan oleh Ustaz Zianuddin...Kelang

Thursday, October 15, 2009

Benteng Diri Ahli Hakikat..sambungan

Barangkali kita sudah mengerjakan solat lima waktu, dan ini adalah termasuk perlaksanaan kita terhadap sifat taqwa yang kita laungkan, akan tetapi sudahkah kita mengerjakan solat itu dengan hakikatnya? Sebab solat itu, memang semua orang boleh mengerjakannya, termasuk juga anak kecil yang kerap kita lihat mengerjakannya, namun begitu, apakah memadai kita bersolat seperti solatnya anak-anak kecil itu?! Tentu tidak! Jadi cubalah kita perhatikan kepada solat-solat yang sudah kita kerjakan itu, di mana dan bagaimana letaknya? Kemuncak solat itu adalah di makam Al-Ihsan, sedang makam Al-Ihsan itu pula disimpulkan dengan :



"Hendaklah anda menyembah Allah seolah-olah anda melihatNya , jika anda tidak melihatNya, maka ketahuilah bahawa Allah sentiasa melihat anda!"

Para ulama ilmu zahir sibuk mencari huraian terhadap masalah ini, apakah jalan keluarnya untuk mengatakan bahawa solat yang sudah kita kerjakan itu adalah hakikat solat, kerana banyak solat yang dikerjakan itu hanya berupakan gerak-geri anggota tubuh semasa, cuma dibezakan adanya niat solat sahaja. Jadi yang berpendapat tegas dan "keras" mengatakan bahawa yang boleh dikatakan "solat itu solat" mestilah ia menurut salah satu dari dua cara yang disebutkan dalam pengertian makam Al-Ihsan di atas tadi. Maka cara yang yang dikatakan "anda dapat melihat Tuhan dalam solat anda", tentulah jauh sekali, kecuali sesiapa yang dikehendaki Tuhan daripada golongan kaum ahli makrifatNya yang asli. Lalu yang masih tinggal sekarang ialah cara yang kedua, iaitu "kita tetap dilihat oleh Tuhan", yakni cara biasa, sebab kita semua sudah tahu dan percaya dengan penuh keyakinan bahawa segala gerak-geri kita memang dilihat dan diperhatikan oleh Tuhan, biar dimana-mana sekalipun, tiada sesuatu pun yang akan terlepas daripada pengetahuan Tuhan Yang Maha Berkuasa.


Sekarang kita harus mengukur diri kita, bagaimana gerak-geri kita di dalam solat, dan bagaimana pula di luar solat, supaya ada perbezaan antara keduanya. Jika keadaan kita dalam solat sama dengan keadaan kita di luar solat, maka apalah yang ada perbezaanya, dan jika tidak ada perbezaanya, tentulah bukan solat namanya, kecuali ia berupa gerak-geri anggota badan semata. Malah biasanya gangguan hati dan fikiran lebih tidak tenteram apabila kita sedang dalam solat, berbanding dengan kita di luar solat. Mengapa begitu? Inilah masalahnya yang setiap kita mesti menghuraikanya sendiri, kerana tiada siapa pun dapat menolong diri kita melainkan kita sendiri.


Bersambung...............Bye

Benteng Diri Ahli Hakikat

Sebelum kita teruskan wacana ilmiah ini sama sama kita hadiah Al- Fatihah buat pengarang kita yang penuh barakah ini..Beliau seorang yang mulia, saiyid, quthub, pewaris keturunan Nabi Muhammad (perjalanan Nabi Muhammad s.a.w.), iaitu Ahmad bin Ali bin Yahya bin Tsabit bin Ali Al-Hazim bin Ahmad bin Ali Al-Hasan - yang bergelar Rifa'ah Al-Hasyimi Al- Maliki-bin Al-Mahdi bin Muhammad bin Al-Hasan bin Al-Husin bin Ahmad bin Musa Ats-Tsani bin Ibrahim Al-Murtadha bin Imam Musa Al-Kazhim bin Imam Ja'far Ash-Syadiq bin Imam Muhammad Al-Baqir bin Imam Zainul Abidin Ali bin Imam Al-Husin-syahid di Karbala'-bin Saiyidina Ali-Radhiallahu-anhu wa anhum wa anna ajmai'in.Beliau lebih di kenal dengan..Saiyid Ahmad Ar-Rifa'i .Teringat kata kata As-Syeikh lagi Syeikh dalam siri siri pertemuan mingguan bersama para sahabat yang lainnya akan peripentingya Al fatihah kepada para ulama' ini.Bukan bacaan itu yang penting kerana apalah hebat bacaan kita yang hina dan bergelumang dosa ini.Silap-silap bacaanya pun belum tentu betulnya,,,makhraj hurufnya kemana..apalagai tajwid dan hukum hakamnya......aaahhh ...kita bicara soal ini dilain kesempatan InsyaAllah.


Telah di takdirkan saya berkempatan membaca buku "Haalat Ahlil-Haqiqah Ma'allah", dan saya tertarik kepadanya, khusunya pada bahagian-bahagian yang tertakluk mengenai ilmu Tasawuf tinggi yang membicarakan dari hal soal makrifat kepada Allah Ta'ala dan peningkatan diri hamba dalam makrifat yang bertalian rapat dengan kesucian hati dalam membina kecintaan dan kerinduan kepada Allah Ta'ala.

Sungguh masalah yang didedahkan persoalanya  kompleks sekali, tetapi menarik dan memikat hati, kerana bukankah kita sekalian ini adalah hamba-hamba Allah, dan di dalam hidup kita di alam fana ini, sebenarnya kita sedang menuju kepada Allah, sama ada kita tahu atau tidak, dan sama ada kita mahu atau tidak. Namun begitu, kita masih belum mempunyai pengalaman penuh dengan Tuan yang memiliki diri kita, padahal kita semua tahu, bahawa Dialah yang mencipta kita, dari tidak ada sampai menjadi ada. kemudian Dia dengan kemurahanNya telah melengkapkan kita dengan anggota-anggota dan pancaindera yang kita perlukan untuk menjalani hidup ini, dan diberikan kurniaanNya yang tidak terbatas, dan berbagai-bagai rezeki lain yang kita perlukan, meskipun kita jarang-jarang meminta kepadaNya, ataupun sama sekali tidak pernah memohon dengan kesungguhan hati kepadaNya.

Jadi wajarlah, bagi sang hamba yang hakiki mendapatkan Tuannya untuk mendampingkan diri kepadaNya serta memberikan khidmat sepenuhnya terhadap Tuan itu, yang disimpulkan dengan mengikut segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya, yang disebutkan selalunya dengan kalimah "Taqwa". Memang sebutan kalimah "Taqwa" itu sentiasa di tepi bibir kita, ataupun selalu dialungkan oleh para pembaca dan ahli pidato di sana-sini. Kira-kiranya bukan main mudah sekali perkataan itu dapat disebutkan, tetapi perlaksanaannya bukan alang kepalang! Apakah memadai dengan hanya menyebutnya saja, atau cukup dengan mendengar sebutannya, lalu hati kita menjadi kecut dan gerun, ataupun dengan mengerjakan kehendak "Taqwa" itu dengan sambil lewa sahaja?! Inilah masalahnya dengan sang hamba itu serta bagaimana caranya dia mahu melaksanakan hakikat taqwa itu dengan sebaik-baiknya!

Kita sambung di lain kesempatan atas huraian kitab ini dan segunung ilmu yang dikutip di sebalik bukit KGR sana..bye..........

Saturday, October 10, 2009

Menyembah Allah Itu Satu Kesalahan.....?

“…………………… maka mengabdilah kepada-Ku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku”.


(QS : Thaahaa,14)

Sudah menjadi Tradisi bagi setiap Umat Muslim se Dunia bahwa setiap kali melaksanakan Solat, maka yang terdetik dalam fikiran adalah Penyembahan @ Menyembah. Entah darimana Bahasa itu berasal, tetapi yang jelas hampir semua seluruh Umat Islam meyakini bahwa kita harus menyembah  Allah. Sedar atau tidak , jika tertanam pada diri untuk Meyembah Allah dalam Amal Ibadah maka yang terjadi adalah pengkhususan kepada suatu atau "Bentuk" Padahal telah wajib diketahui dan diyakini oleh Umat Islam bahwa Allah adalah “Laisa Kamitslihi Syai’un”/Tidak bisa dimisalkan dengan sesuatu apapun.

Kata-kata “Menyembah/Penyembahan”, maka masih boleh dimisalkan dengan seseorang yang menyembah kepada sesuatu misalnya Patung, Pohon, Matahari, Api dll…dll…dll, yang mana ada suatu “Bentuk @ susuk” yang berada di luar atau di depan atau di atas atau dikanan atau dikiri dari diri yang menyembah. Lalu apa bezanya dengan mereka yang menyembah Patung, Pohon, Matahari, Api dll…dll…dll…????. Melihat ataupun tidak melihat akan yang di SEMBAH, tetap saja bertentangan dengan TAUHID yang sebenarnya. Karena TAUHID itu, bukan PENYEMBAHAN melainkan KESADARAN akan ke ESA an Allah Swt.


KESADARAN akan ke ESA an Allah Swt MUTLAK tidak boleh di ganggu gugat, karena Allah Muhitum Fil ‘Aaalamiin/Allah Meliputi sekalian Alam. Tetapi jika dimaknai dengan MENYEMBAH, maka menunjukkan bahwa Allah itu adalah suatu “susok” yang berada di suatu Tempat yang berada Nun jauh disana….., ada yang meyakini bahwa Allah bersemayam di Atas Arsy yang berada di atas langit ke tujuh, Salahkah jika dikatakan demikian…??? Benar dan Tidak salah. Tetapi yang salah adalah Penafsiran dari pada Ayat tersebut apalagi ayat tersebut terdapat dalam Al-Qur’an, berarti itu sudah benar adanya, tetapi…jika salah menafsirkan maka salah pula lah Keyakinan yang ada. Bahasa Qur’an adalah Perkataan Allah/Suara Allah, tentunya tidak bisa di cerna dengan Akal fakir Manusia, karena Akal Fikir Manusia itu terbatas dan juga Akal itu tercipta. Sesuatu yang tercipta itu adalah Baharu dan tidak Kekal, apakah bisa sesuatu yang baharu dan tidak kekal itu mengetahui Hakikat sebenarnya dari kata-kata/Firman/Suara Allah yang terdapat dalam Al-Qur’an…???

Jika akal mencerna lalu menafsirkan hanya sebatas kata-kata yang menurut akal fikir semata, maka Nyata SALAH lah….penafsiran yang demikian. Sebab, Allah itu Laitsa Kamitslihi Syai’un, bagaimana mungkin bisa dikatakan berada di suatu tempat, sedangkan Allah tidak terikat oleh Ruang dan Waktu. Ruang dan Waktu menunjukkan Tempat, dan hanya Makhluk lah….yang berada dan terikat oleh Ruang dan Waktu. Sedangkan Allah….., Tidak bertempat tetapi yang memiliki dan menguasai setiap tempat serta Pengetahuan Allah meliputi setiap Ruang dan Waktu (Tempat).

Karenanya dalam pandangan TAUHID dan TASAWUF atau MA’RIFATULLAH, maka siapa yang menyembah Allah maka mereka berada dalam ke kufuran, Karena telah menyamakan Allah dengan “susok @ Bentuk” yang berada di suatu tempat.

Para Arifbillah(yang Mengenal akan Allah), menilik kata-kata “MENYEMBAH” itu bukanlah suatu “PENYEMBAHAN” melainkan “KESADARAN akan ke ESA an Allah Swt yang tidak bertempat tetapi memiliki dan menguasai setiap tempat serta Pengetahuan Allah meliputi setiap Ruang dan Waktu (Tempat)”.
Jadi……..mendirikan Sholat adalah untuk mengenal akan ALLAH MAHA BESAR (ALLAHU AKBAR) yang akan menumbuhkan kesadaran bahwa BENAR lah….ALLAH itu ESA tiada sekutu bagi-Nya, Tidak bertempat tetapi memiliki dan menguasai setiap tempat serta Pengetahuan-Nya meliputi tiap-tiap sesuatu.

Karenanya renungkanlah…..kenapa pada saat Takbiratul Ihram mengangkat ke dua tangan dan mengatakan “ALLAAHU AKBAAR”. Ternyata Itu adalah Tanda dan Bukti bahwa dalam Penyerahan Diri akan Tumbuh Kesadaran bahwa “YA” BENAR!!!!…..Allah Maha Besar dan Meliputi”.


Wallahu A’lam bishowab….

Lisan Bersyahadah Tapi Hatinya Dusta

Tatkala diucapkan dengan perlahan-lahan dan dihayati dengan segenap rasa penjiwaan lalu kemudian di Tasdiq oleh Hati  maka akan membuat Jiwa bergetar t dan boleh jadi tanpa disedari air mata akan berlinangan membasahi pipi.  Dirasakannya nikmat yang belum pernah dirasakannya yang membuat hilang gairah daripada memandang sesuatu yang lain kerana ia merasakan Allah Hadir pada dirinya melalui Dua Kalimat Syahadat yang di ungkapkannya tidak hanya melalui Lisan tapi juga merasakan karena di dasari dengan Pengetahuan Ilmu dalam memaknainya.

Diungkapkan oleh sebagian para Awliya Allah : “Man lam yazuq lam ya’rif”,(Barang siapa belum merasakan maka belumlah dikatakan Mengenal).

Tatkala seseorang mengucapkan dua Kalimah Syahadat tetapi tidak pada hatinya maka tidak menjadikan suatu jaminan bahwa ia akan merasakan manis lazatnya Penyaksian.


Karena sebagaimana yang diketahui bahwasannya Dua Kalimah Syahadat itu adalah Kalimah Penyaksian. Menyaksikan atas Hadirnya Allah meliputi pada tiap-tiap segala sesuatu dan Menyaksikan atas Muhammad Rosulullah Saw meliputi akan segala Pengetahuan Ilmu.

Tentu untuk boleh mnyaksikan haruslah di dasari Pengenalan. Tanpa mengenal apakah boleh dikatakan ia termasuk orang yang menyaksikan?

Kerena itu bila ada orang megatakan ia menyaksikan sesuatu, tetapi ia sendiri belum pernah melihat/mengenal akan sesuatu itu maka sudah pasti ia itu termasuk orang-orang yang berbohong.

Begitupula jika ada yang mengucapkan Dua Kalimah Syahadat tetapi tidak melihat/mengenal Allah dan Rasulnya maka berarti ia termasuk orang-orang yang Hatinya Dusta/bohong atas penyaksian itu. Lisannya bersaksi tapi hatinya buta daripada penyaksian itu sendiri maka dari segi Hakikat belum sempurna Islamnya melainkan Islamnya hanya sebatas Zahir Islam karena di Mata Manusia.
Sedangkan dikatakan dalam Al-Qur’an bahwasannya Allah berfirman : “Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam”. (QS, Ali ‘Imran : 19)
Islam yang dikehendaki Allah adalah Islam Kaffah (menyeluruh) tidak hanya Zahir saja tetapi Hatinya mengetahui akan kesempurnaan Islam itu melalui Pengenalan kepada Allah dan Rosulnya.

“Awwaluddin Ma’rifatullah”, Awal mula seseorang itu beragama dia harus terlebih dulu mengenal kepada Allah.

Jika tidak mengenal Allah maka seseorang itu belumlah dikatakan ber Agama. Jika sudah demikian maka apabila ia bersyahadat maka hanyalah sebatas di bibir saja sedangkan hatinya di dalam kedustaan.

Lima waktu mendirikan Sholat sehari semalam dan sembilan kali mengucapkan Dua Kalimah Syahadat dalam duduk Tasyahud tetapi tidak melihat/mengenal akan yang disaksikannya tadi maka batal lah Dua Kalimah Syahadat nya tadi. Jika Syahadat nya sudah batal lalu bagaimana dengan Sholatnya?


Wallahu'alam

Monday, October 5, 2009

Khulwatnya Ahli Makrifah

Ketahuilah bahawa manusia ini bukanlah dijadikan untuk gurau-senda atau "saja-saja" semata-mata. Tetapi adalah dijadikan dengan 'Ajaib sekali’ dan untuk tujuan yang besar serta mulia. Meskipun manusia itu bukan Qadim(kekal dari azali lagi), namun ia hidup selama-lamanya. Meskipun badannya kecil dan berasal dari bumi yang begitu kerdil di Alam maya ini, namun Ruh atau Nyawa adalah tinggi dan berasal dari sesuatu yang bersifat Ketuhanan. Apabila hawa nafsunya dibersihkan sebersih-bersihnya, maka ia akan mencapai taraf yang paling tinggi. Ia tidak lagi menjadi hamba kepada hawa nafsu yang rendah. Ia akan mempunyai sifat-sifat seperti Malaikat. Dalam peringkat yang tinggi itu, didapatinya SyurgaNya adalah dalam bertafakur mengenang Allah Yang Maha Indah dan Kekal Abadi. Tidaklah lagi ia tertakluk kepada kehendak-kehendak kebendaan dan kenafsuan semata-mata.




Petikan dari Kitab “Kimiya As Saadah”_Imam Al Ghazzali

Sebagai Hamba Allah sentiasalah mereka mengetahui bahawa mereka datang ke dunia ini untuk menjalankan pengembaraan keruhanian, yang akibatnya ialah rugi atau untung yang merupai neraka atau syurga. Sentiasalah mereka itu berwaspada terhadap kehendak-kehendak jasamaniah (badan) yang diibaratkan sebagai rakan perkongsian dalam perniagaan yang bersifat jahat dan bila-bila masa ia boleh mendatangkan kerugian kepada perniagaan itu. Sebenarnya bijaklah orang itu iaitu orang yang mahu merenung sebentar selepas sembahyang subuh memikirkan hal dirinya dan berkata kepada jiwanya;

"Wahai jiwaku, engkau hanya hidup sekali. Tiap-tiap saat yang berlalu tidak akan datang lagi dan tidak akan dapat diambil kembali kerana di Hadirat Allah Subhanahuwa Taala, bilangan nafas turun naik yang dikurniakan kepada engkau itu telah ditetapkan dan tidak boleh ditambah lagi. Inilah perjalanan hidup dalam dunia hanya sekali, tidak ada kali yang kedua dan seterusnya. Oleh itu, apa yang engkau hendak buat, buatlah sekarang. Anggaplah seolah-olah hidupmu telah berakhir, dan hari ini adalah hari tambahan yang diberi kepada engkau dengan kurnia Allah Subhanahuwa Taala jua. Alangkah ruginya membiarkan hari ini berlalu dengan sia-sia. Tidak ada yang lebih rugi dari itu lagi."

Petikan dari Kitab “Kimiya As Saadah”_Imam Al Ghazzali

Uzlah

Sesiapa yang memilih untuk memisahkan dirinya daripada dunia supaya dia dapat menghampiri Allah hendaklah tahu ibadat-ibadat seperti doa dan zikir yang sesuai untuk tujuan tersebut. Melakukan ibadat tersebut memerlukan suasana yang suci dan sebaik-baiknya berada di dalam keadaan berpuasa. Bilik khalwat biasanya berhampiran dengan masjid kerana syarat bagi salik perlu meninggalkan bilik khalwatnya lima kali sehari bagi mengerjakan sembahyang berjemaah dan pada ketika tersebut hendaklah menjaga dirinya agar tidak menonjol, menyembunyikan diri dan tidak berkata-kata walau sepatah perkataan pun. Sesiapa yang di dalam suluk hendaklah mengambil langkah tegas untuk lebih menghayati dan mematuhi prinsip-prinsip, dasar-dasar dan syarat-syarat sembahyang berjemaah.

Setiap malam, ketika tengah malam, salik mestilah bangun untuk mengerjakan sembahyang tahajjud, yang bermaksud suasana jaga sepenuhnya di tengah-tengah tidur. Sembahyang tahajjud membawa symbol kebangkitan setelah mati. Bila seseorang berjaya bangun untuk melakukan sembahyang tahajjud dia adalah Pemilik hatinya dan pemikirannya bersih. Agar suasana jaga ini tidak rosak dia tidak seharusnya melibatkan diri dengan kegiatan harian seperti makan dan minum.

1. Sebaik sahaja bangun dengan menyedari dibangkitkan daripada kelalaian kepada kesedaran, ucapkan:



“Alhamduli-Llahi ahyani ba’da ma amatani wa-ilaihin-nusyur- Segala puji bagi Allah yang membangkitkan daku setelah mengambil hidupku. Selepas mati semua akan dibangkitkan dan kembali kepada-Nya”.

2. Kemudian bacakan sepuluh ayat terakhir surah al-‘Imraan, iaitu ayat 190 – 200.

3. Selepas itu mengambil wuduk dan berdoa:



“Kemenangan untuk Allah! Segala puji untuk-Mu. Tidak ada yang lain daripada-Mu yang layak menerima ibadat. Daku bertaubat dari dosaku. Ampuni dosaku, maafkan kehadiranku, terimalah taubatku. Engkau Maha Pengampun, Engkau suka memaafkan. Wahai Tuhanku! Masukkan daku ke dalam golongan mereka yang menyedari kesalahan mereka dan masukkan daku ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang salih yang memiliki kesabaran, yang bersyukur, yang mengingati Engkau dan yang memuji Engkau malam dan siang”.

4. Kemudian dongakkan pandangan ke langit dan buat pengakuan:



“Aku naik saksi tiada Tuhan melainkan Allah, Esa, tiada sekutu, dan aku naik saksi Muhamamd adalah hamba Allah dan Rasul-Nya. Daku berlindung dengan keampunan-Mu daripada azab-Mu. Daku berlindung dengan keredaan-Mu daripada murka-Mu. Daku berlindung dengan-Mu daripada-Mu. Aku tidak mampu mengenali-Mu sebagaimana Engkau kenali Diri-Mu. Aku tidak mampu memuji-Mu selayaknya. Daku adalah hamba-Mu, daku adalah anak kepada hamba-Mu. Dahiku yang di atasnya Engkau tuliskan takdir adalah dalam tangan-Mu. Perintah-Mu berlari menerusi daku. Apa yang Engkau tentukan untukku adalah baik bagiku. Daku serahkan kepada-Mu tanganku dan kekuatan yang Engkau letakkan padanya. Daku buka diriku di hadapan-Mu, mendedahkan semua dosaku. Tiada Tuhan kecuali Engkau, dan Engkau Maha Pengampun, aku yang zalim, aku yang berbuat kejahatan, daku menzalimi diriku. Untukku kerana daku adalah hamba-Mu ampunkan dosa-dosaku. Engkau jualah Tuhan, hanya Engkau yang boleh mengampunkan”.

5. Kemudian menghadap ke arah kiblat dan ucapkan:



“Allah Maha Besar! Segala puji untuk-Nya. Aku ingat dan membesarkan-Nya”.

6. Kemudian ucapkan sepuluh kali:



“Segala kemenangan buat Allah”.

7. Kemudian ucapkan sepuluh kali:



“Segala puji dan syukur untuk Allah”.

8. Kemudian ucapkan sepuluh kali:



“Tiada Tuhan melainkan Allah”.

9. Kemudian lakukan sembahyang sepuluh rakaat, dua rakaat satu salam. Nabi s.a.w bersabda, “Sembahyang malam dua, dua”. Allah memuji orang yang bersembahyang malam.



“Dan di sebahagian malam hendaklah engkau sembahyang tahajjud sebagai sembahyang sunat untukmu, supaya Tuhanmu bangkitkan kamu di satu tempat yang terpuji”. (Surah Bani Israil, ayat 79).

“Renggang rusuk-rusuk mereka dari tempat tidur, dalam keadaan menyeru Tuhan mereka dengan takut dan penuh harapan, dan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan itu mereka belanjakan”. (Surah as-Sajadah, ayat 16 & 17).

10. Kemudian pada akhir malam bangun semula untuk mengerjakan sembahyang witir tiga rakaat, sembahyang yang menutup semua sembahyang-sembahyang pada hari itu.

Pada rakaat ketiga selepas al-Faatihah bacakan satu surah dari Quran, kemudian angkatkan tangan seperti pada permulaan sembahyang sambil ucapkan “Allahu Akbar!” dan bacakan doa qunut. Kemudian selesaikan sembahyang seperti biasa.

11.Setelah matahari terbit orang yang di dalam suluk perlu melakukan sembahyang isyraq, sembahyang yang menerangi, dua rakaat.

12. Selepas itu melakukan sembahyang istihadha’ dua rakaat, mencari perlindungan dan keselamatan daripada syaitan. Pada rakaat pertama selepas al-Faatihah bacakan surah al-Falaq. Dalam rakaat kedua selepas al-Faatihah bacakan surah an-Nas.

13. Bagi mempersiapkan diri untuk hari itu lakukan sembahyang sunat istikharah, sembahyang meminta petunjuk Allah untuk keputusan yang benar pada hari itu. Pada tiap rakaat selepas al-Faatihah bacakan ayat al-Kursi. Kemudian tujuh kali surah al-Ikhlas.

14. Kemudian pagi itu lakukan sembahyang dhuha, sembahyang kesalihan dan kedamaian hati. Lakukan enam rakaat. Bacakan surah asy-Syams dan surah ad-Dhuha.

15. Sembahyang dhuha diikuti oleh dua rakaat kaffarat, sembahyang penebusan terhadap kekotoran yang mengenai seseorang tanpa boleh dielakkan atau disedari. Tersentuh dengan kekotoran walaupun secara tidak sengaja masih berdosa, boleh dihukum. Ini boleh berlaku walaupun di dalam suluk, misalnya melalui keperluan tubuh badan. Nabi s.a.w bersabda, “Jaga-jaga dari najis – walaupun ketika kamu kencing, satu titik tidak mengenai kamu – kerana ia adalah keseksaan di dalam kubur”. Setiap rakaat, selepas membaca al-Faatihah bacakan surah al-Kausar tujuh kali.

16. Satu lagi sembahyang, sunat Tasbih, walaupun empat rakaat – harus dilakukan dalam satu hari semasa khalwat atau suluk. Ini adalah sembahyang tasbih – sembahyang penyucian atau pemujaan. Jika seseorang itu mengikuti mazhab Hanafi dia melakukannya empat rakaat satu salam. Jika dia berfahaman Syafi’e dilakukannya dua rakaat satu salam, dua kali. Ini jika dilakukan di siang hari. Jika dilakukan malam hari Hanafi dan Syafi’e sependapat, dua rakaat satu salam, dua kali.

Nabi s.a.w memberitahu mengenai sembahyang ini kepada bapa saudara baginda, Ibnu Abbas, “Wahai bapa saudaraku yang ku kasihi. Ingatlah aku akan berikan kepada kamu satu pemberian. Perhatikanlah aku akan Sampaikan kepada kamu satu yang sangat baik. Ingatlah aku akan berikan kepada kamu kehidupan dan harapan baharu. Ingatlah aku akan berikan kepada kamu sesuatu yang bernilai sepuluh daripada perbuatan-perbuatan yang baik. Jika kamu kerjakan apa yang aku beritahu dan ajarkan kepada kamu Allah akan ampunkan dosa-dosa kamu yang lalu dan yang akan datang, yang lama dan yang baharu, yang kecil dan yang besar. Lakukan secara diketahui atau tidak diketahui, secara tersembunyi atau terbuka”.

“Engkau kerjakan sembahyang empat rakaat. Pada tiap-tiap rakaat selepas al-Faatihah kamu bacakan satu surah dari Quran. Ketika kamu berdiri bacakan lima belas kali:

Subhana Llahi il-hamdu li-Llahi la ilaha illa Llahu wa-Llahu akbar, wa-la hawla wa-la quwwata illa billahil l-‘Ali I-‘Azim.

Bila kamu rukuk, tangan di atas lutut, bacakan sepuluh kali. Ketika berdiri ulanginya sepuluh kali lagi. Ketika kamu sujud bacakan sepuluh kali. Bila kamu bangun dari sujud bacakan sepuluh kali. Ketika duduk bacakan sepuluh kali. Sujud semula bacakan sepuluh kali. Duduk semula bacakan sepuluh kali. Kemudian bangun untuk rakaat kedua. Lakukan serupa untuk rakaat yang lain sehingga empat rakaat”.

“Jika kamu mampu lakukan sembahyang ini setiap hari. Jika tidak lakukan sekali sebulan. Jika tidak mampu juga lakukan sekali setahun. Jika masih tidak mampu lakukan sekali seumur hidup”. Jadi, empat rakaat itu tasbih diucapkan sebanyak tiga ratus kali. Sebagaimana Nabi s.a.w ajarkan kepada bapa saudara baginda Ibnu Abbas, dianjurkan juga kepada orang yang bersuluk melakukan sembahyang tersebut.

17. Selain daripada tugas tersebut orang yang di dalam suluk juga dianjurkan membaca Quran sekurang-kurangnya sebanyak 200 ayat sehari.

18. Dia juga hendaklah mengingati Allah secara terus menerus dan menurut suasana rohani, samada menyebut nama-nama-Nya yang indah secara kuat atau senyap di dalam hati. Ingatan di dalam hati secara senyap hanya bermula bila hati kembali jaga dan hidup. Bahasa zikir ini adalah perkataan rahsia yang tersembunyi.

Setiap orang mengingati Allah menurut keupayaan masing-masing. Allah berfirman:

“Hendaklah kamu sebut Dia sebagaimana Dia pimpin kamu”. (Surah al-Baqarah, ayat 198).

Ingatlah kepada-Nya menurut kemampuan kamu. Pada setiap tahap kerohanian ingatan itu berbeza-beza. Ia mempunyai satu nama lagi, ia mempunyai satu sifat lagi, satu cara lagi. Hanya orang yang ditahap itu tahu zikir yang sesuai.

19. Orang yang di dalam suluk juga dianjurkan membaca surah al-Ikhlas seratus kali sehari. Perlu juga membaca Selawat seratus kali sehari. Dia juga perlu membaca doa ini sebanyak seratus kali:



“Astaghfiru Llah al-‘Azim, la ilaha illa Huwa l-Hayy ul-Qayyum – mimma qaddamtu wa-ma akhkhartu wa-ma ‘alantu wa-ma asrartu wa-ma anta a’lamu bihi minni. Anta l-Muqaddimu wa-antal Muakhkhiru wa-anta ‘ala kulli syai in Qadir”.

20. Masa yang selebihnya setelah dilakukan ibadat-ibadat yang telah dinyatakan, gunakan untuk membaca Quran dan lain-lain pekerjaan ibadat.


Petikan dari Kitab ”Sirr ul Asrar” Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani

Thursday, September 24, 2009

Secebis renungan.....buat Hamba Allah?

alam banyak kesempatan, kita menyatakan diri sebagai hamba Allah. Contoh jika orang mau menderma tapi tak ingin diketahui namanya, lalu ditulis dengan No Name atau “hamba Allah”. Tujuan awalnya memang untuk menghindari riya’.


Tapi, perkataan seperti itu bisa membuat diri kita pamer kepada orang lain bahwa kita ini orang shaleh. Kalau kita menyumbang ke suatu badan amal, yayasan atau yang lain, kita bisa tergoda untuk mengatakan dengan sefasih dan semantap mungkin, “Nama saya tidak perlu ditulis. Tulis saja dari hamba Allah.”

Berdasarkan ilmu tajwid, lafazh “Allah” dibaca tafkhîm (tebal) karena lam Jalâlah didahului fathah. Kalau memang itu yang kita lakukan—kita mengucapkan lafazh “Allah” semantap mungkin supaya terlihat seperti orang alim—apakah benar kita ini hamba-Nya? Marilah kita lihat apakah kita memang hamba Allah atau bukan.

Katakanlah kita mempunyai seorang tetangga sekaligus teman, yang dari segi harta dan pekerjaan tidak sebaik kita. Kerana dia teman kita, jika dia minta pertolongan, segera itu juga kita membantunya. Bahkan kadang kala kita menawarkan diri untuk sedikit meringankan tugas dia, jika dia terlihat tidak mampu menyelesaikannya. Semua itu kita lakukan tanpa mengharapkan balasan, kita seolah-olah benar-benar mengikhlaskan diri.harapnya begitula hakikatnya.

Selang beberapa lama kemudian….mungkin setahun dua dan selama itu juga pula kita sering menghulurkan bantuan sekiranya dimintanya. Suatu hari, kereta kita sedang bermasalah. Karena terburu buru ingin ke pejabat dengan segera sedangkan jam sudah 07.30 pagi, kitapun minta pertolongan sahabat yang juga jiran yang sering kita tolongi untuk menghantarkan kita ke pejabat……tetapi dia yang kebetulan sedang berehat dirumah memberikan alasan tertentu yang pada kita tidak logik

Ternyata, dia tidak mau membatalkan agendanya dirumah ketika itu tetapi dengan segera berkata nanti saya panggilkan teksi…..

Apa ada dalam hati kita tika itu…………..Apakah kita tidak akan mengingat-ingat pertolongan kita padanya selama ini? Ataukah, kita berkata pada diri sendiri, “ orang tidak tahu membalas budi! Jaga hang… Jangan harap aku akan nak tolong hang lagi lepas ni…...!”.Jika kita masih mengingat kebaikan kita padanya, atau meminta balas budi darinya, apakah layaks kalau kita menyebut diri sebagai hamba Allah? Sedangkan pengertian hamba adalah orang yang melakukan sesuatu semata-mata untuk tuannya, tak ada urusan dengan orang lain seperti yang selalu Al Imam lagi Syeikh slalu berkata tolong orang macam beri salam…..keran pemberi itu sendiri sudah sejahtera maka layaklah dia menginginkan kesejahteraan itu pada rakan maupun manusia lain.Apakah dia mengharapkan balasan seperti wang ringgit setiap kali memberi salam…..pahala itu urusan Allah…..kalau dia juga mengharap balasab setiap kali memberi…maka dia hanya selayaknya peminta sedekah saja…satu salam untuk seringgit..atau se pot beras……..



Sesungguhnya Kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.

Sesungguhnya Kami takut akan (azab) Tuhan kami pada suatu hari yang (di hari itu) orang-orang bermuka masam penuh kesulitan.

(QS al-Insân [76] : 9-10)



Syaikh Ibnu Athaillah berkata, “Siapa menyembah Allah karena mengharapkan sesuatu yang lain, atau kerena menolak bahaya yang akan menimpa dirinya, maka ia belum menunaikan tugasnya terhadap Allah sesuai dengan sifat-sifat yang dimiliki-Nya. Ada beraneka ragam jenis amal menurut situasi dan kondisi yang masuk ke dalam hati manusia. Kerangkanya adalah perbuatan yang jelas, sedangkan ruhnya adalah ikhlas.”

Imam Al-Qusyairi menasihatkan, “Ikhlas adalah penunggalan (peng-Esa-an) Al-Haqq dalam mengarahkan semua orientasi ketaatan. Ketaatan harus dimaksudkan untuk mendekatkan diri kepada Allah semata, tanpa yang lain, tanpa dibuat-buat, tanpa ditujukan untuk makhluk, tidak untuk mencari pujian manusia atau makna yang lain selain pendekatan diri pada Allah.”

Sedar....

Dihujung Ramadan lalu aku dikejutkan beberapa soalan. “ Apakah aku benar-benar sudah memiliki keikhlasan hakiki”.? Apakah amal-amal aku selama ini lahir daripada hakikat penyerahan yang bulat kepada Allah? Apakah aku benar-benar menjadikan al-Quran sebagai Petunjuk?


Ketika Allah mengatakan bahawa ; “sama sahaja kepada mereka, sama ada engkau beri peringatan ataupun tidak mereka tidak akan beriman”. Bagaimanakan perasaan aku? Apakah ayat itu tidak ditujukan kepada aku? Apakah aku tidak perlu bimbang kalau-kalau itulah hakikat diri aku.

Bagaimana pula dengan firman Allah : “ dan ada dikalangan manusia yang berkata kami telah beriman kepada Allah dan hari akhirat sedangkan mereka tidak beriman”. Apakah aku sudah terselamat?. Apakah apa yang aku imani, apa yang aku hayati, apa yang aku utamakan, apa yang aku lakukan masih selari dengan ad din yang dihayati oleh Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat bersamanya dan tidak terseleweng? Benarkah dakwaan aku? Benarkah aku meletakkan hati aku benar-benar sebagai seorang hamba suruhan dihadapan firman-firman Allah? Sudahkah aku membuka dada aku, mengosongkannya daripada sifat-sifat ujub, takabbur dan riya’ dan mengisi dengan cahaya kebenaran yang diturunkan Allah di dalam al-Quran?

Samakah masa yang aku berikan untuk mentelaah keduniaan ku dengan masa yang aku peruntukkan bagi meneliti atau muhasabah diri dan agama dengan setiap kebenaran seperti terkandung dalam Al-Quran. Sudahkah aku benar-benar bersedia menerima didikan Allah melalui wahyunya. Apakah yang aku lakukan selama ini. Atau masih ada di sana dorongan-dorongan lain disebabkan oleh talbis iblis. Atau disana masih ada rantai-rantai nafsu yang mengikat dan menarik aku tertambat di dunia dan aku belum melangkah walau selangkah menuju Allah? Atau aku mendabik dada dan berkata aku dah tahu semua itu?

Al kisah pada suatu hari seorang ahli ibadah yang sudah berpuluh tahun menunaikan solat jamaah disaf yang pertama tiba-tiba pada satu waktu beliau terlewat datang dan terpaksa menunaikan solat berjamaah disaf yang terakhir. Situasi ini menjadikannya merasa teramat malu dilihat berada disaf terakhir. Perasaannya itu menjadikan beliau mengenali hakikat keikhlasannya dan merasakan bahawa solatnya selama puluhan tahun disaf yang pertama adalah sia-sia kerana dorongan ibadahnya itu bukannya ikhlas kepada Allah tetapi kerana malu untuk dilihat bersolat disof terakhir yang boleh menjatuhkan martabatnya sebagai seorang ahli ibadah.

Apakah yang mendorong tindakan aku selama ini. Apakah ia adalah penerusan tradisi yang aku hanya menyangka akan kebenarannya, Apakah yang aku percaya selama ini? Adakah ia lahir daripada kefahaman aku terhadap ayat-ayat Allah atau ia adalah sangkaan dan ajaran orang-orang yang terdahulu yang aku juga tidak yakin kebenarannya? Kini banyak perkara telah berubah, sistem pemerintahan, cara melantik pemimpin, sistem pendidikan, cara hidup, pemikiran, semangat, emosi, keutamaan, kepercayaan, sikap, aktiviti harian dan sebagainya.

Apakah semua perubahan ini tidak menyeleweng daripada ad Din? Apakah aku benar-benar ikhlas dan mempunyai bukti dalam al-Quran bahawa aku masih dilandasan agama yang diredai Allah.?

Saturday, September 19, 2009

Solat Akhir Waktu

Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea ....


Jika berpuasa Amalan kita direct terus padaNya

Tapi Jika bersembahyang Ada posmen pula Untuk hantar amalan kita padaNya

Kisahnya ?..

Setiap kita ada malaikat

Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi

Untuk sampaikan amalan kita

Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit

Dimana setiap penjaga tol,

Kroni malaikat juga

Jika sembahyang di awal waktu

Tolnya "free"

Sekatan tol tiada

Tiada "jem"

Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan Untuk dinilaikan

Tapi

Jika sembahyang di akhir waktu

Tol free juga

Tapi sekatannya

MasyaAllah?.

Di langit pertama,

Penjaga tol marahkan posmen kita

Kenapa lewat poskan amalan kita

Merayu-rayu posmen malaikat kita

Minta diberi laluan

Tetapi? penjaga langit pertama

Tidak heran

Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi

Maka..

Jatuh berderai?

Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita

Satu persatu dikutip

Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua

Dilangit kedua,

Samalah juga,

Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan

Merayu lagi kawan kita

Tak dipedulinya

Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi

Jatuh berderai lagi..

Dikutip satu persatu amalan kita

Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan

Dilangit ketiga,

La?. Kena basuh lagi malaikat posmen kita

Kenapa lewat hantar amalan tersebut

Tiada kompromi

Terus dibaling amalan kita

Jatuh berderai amalan kita

Tak ade nilai?.

Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi

Maka..

Tak sampailah amalan kita kepada Allah

Seolah-ol ah kita tak sembahyang juga

Maka?

Bersedialah kita menerima pembalasannya

Tak di dunia di akhirat pula

Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak,

Ujian bertimpa-timpa

Ish?.

Tak berbaloikan kita buat amal

Tapi tak sampai

Dahlah tu

Tak de nilai

Kena azab lagi nanti

Ya Allah !!! Ampunkan kami ! Kerana lalai !

Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang

Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu

Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan

Biarlah kami gawat di dunia

Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak.

Amin.

Biodata Rasulullah

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.


· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571

. Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah

. Abrahah yang menyerang kota Kaabah).

· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).

· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat

untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '

(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).

· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.

· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..

· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira

(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang

pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

. Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan

pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah

14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan

berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi

pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.

· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Ma isa rah; lelaki suruhan Khadijah.

· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya

yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk

meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.

· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.

· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke

tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.

· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12

Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.

§ Saudah Binti Zam'ah.

§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).

§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).

§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.

§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).

§ Zainab Binti Jahsy.

§ Maimunah Binti Harith.

§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.

§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim

2. Abdullah

3.. Ibrahim

4. Zainab

5. Ruqaiyah

6. Ummi Kalthum

7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina

Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,

Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN

1. Thuwaibah 1. Hamzah

2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN

1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib

2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza

3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza

4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW

(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith

2. Muqawwam

3. Zubair

4. Hamzah ***

5. Al-Abbas ***

6. Abu Talib

7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)

8. Abdul Ka ' bah

9. Hijl

10. Dhirar

11. Umaimah

12. Al-Bidha (Ummu Hakim)

13. Atiqah ##

14. Arwa ##

15. Umaimah

16. Barrah

17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.

## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.

Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam

syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal

Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua

muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran

apa yang d isa mpaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..

- Aku melihat cahaya dari lidahnya.

- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.

- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

- Wajahnya seperti bulan purnama.

- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terp isa h di tengahnya.

- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

- Janggutnya penuh dan tebal menawan.

- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.

- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

- Rambutnya sedikit ikal.

- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.

- Rambutnya terbelah di tengah.

- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu gar isa n rambut menganjur dari dada ke pusat.

- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.

- Seimbang antara kedua bahunya.

- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.

- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.

- Warna putihnya lebih banyak.

- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

- Warna kulitnya putih tapi sihat.

- Kulitnya putih lagi bercahaya.

- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

- Badannya tidak gemuk.

- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.

- Perutnya tidak buncit.

- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :

Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.

Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Rahsia Jutawan

SEBUT soal wang, siapa saja tidak tertunggu-tunggu jika diberi peluang menjadi lebih kaya. Mengapa tidak, kemakmuran dan kejayaan hidup selalu dikaitkan dengan kesenangan dan keselesaan yang diukur dalam bentuk Ringgit Malaysia (RM).




Faktor kesenangan dan keselesaan hidup inilah yang menjadi matlamat kebanyakan individu dalam meniti hari dan merancang kehidupan.





Namun, usah bermimpi di siang hari atau memasang angan-angan kosong. Kekayaan bukanlah sesuatu yang mudah diperoleh. Jika disingkap cerita individu yang diiktiraf sebagai manusia paling kaya di dunia, sebahagian besar daripada tokoh ini menempuhi perjalanan hidup yang sukar.



Sepanjang survival hidup itulah mereka merasai 'jatuh dan bangun' serta menempuh pelbagai dugaan dalam mencapai kejayaan.



Dalam berangan-angan menjadi kaya, mungkin ramai antara kita tercari-cari modul yang boleh dicontohi bagi meraih gelaran jutawan. Jika ada panduan atau rujukan, sekurang-kurangnya strategi boleh direncanakan bagi merealisasikan impian.







Kisah kejayaan beberapa hartawan tempatan yang tersenarai sebagai antara 40 individu terkaya di Malaysia mungkin boleh anda jadikan inspirasi. Sikap yang diamalkan termasuk perkara yang mendorong mereka yang kebanyakannya lelaki layak dijadikan resepi mencipta kejayaan sama.



Antara yang dapat dikongsi ialah kisah di sebalik kejayaan hartawan yang menduduki tempat pertama, Tan Sri Robert Kuok atau 'Raja Gula' membina empayar.



Kuok disifatkan usahawan yang mempunyai falsafah perniagaan dan apa yang nyata, beliau sentiasa mahu belajar dan menyesuaikan diri dengan perubahan zaman.



Dalam temuramah bersama majalah antarabangsa baru-baru ini, Kuok mendedahkan satu-satunya cara untuk berjaya dalam perniagaan adalah dengan tidak bersikap sombong dan bersedia berkongsi dengan individu yang lebih bijak.



Tidak hairanlah, Kuok mengekalkan status tertinggi dalam senarai jutawan tempatan sejak tahun 2006 (senarai individu paling kaya di Malaysia oleh Forbes Asia). Hartawan ini mencatat nilai kekayaan AS$9 bilion (RM31.5 juta).



Manakala usahawan terkemuka yang terkenal dengan sikap dermawannya, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary menduduki tangga kelapan tahun ini. Menurut Forbes, nilai kekayaan Syed Mokhtar berjumlah AS$1.1 bilion (RM3.86 bilion).



Syed Mokhtar dilaporkan seorang yang sentiasa berusaha keras memperbaiki taraf hidupnya sejak dulu. Bermula dengan membantu ibu bapanya berniaga lembu sekitar tahun 1960-an, beliau beralih kepada perniagaan perkhidmatan lori pada selepas mendapat bantuan Majlis Amanah Rakyat (Mara). Kemudian beliau berniaga beras secara kecil-kecilan.



Kini empayar perniagaan yang dibangunkannya merangkumi pelbagai bidang seperti pengangkutan dan logistik, operasi pelabuhan, perladangan dan hartanah.



Kejayaan penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1429 ini membuktikan apa saja yang dicita-citakan mampu dicapai andai kita gigih bekerja, tawakal dan berdoa kepada Allah. Selain itu, kita harus memanfaatkan apa saja keistimewaan dan kebijaksanaan kurniaanNya serta tidak bergantung kepada nasib dan takdir semata-mata.



Sering mencari dan menyahut cabaran dalam kerjaya adalah antara 'rahsia kejayaan' seorang lagi tokoh korporat iaitu Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim. Beliau yang menduduki tangga ke 11 dalam senarai kali ini pernah dilaporkanberkata, cabaran mendorong seseorang berusaha lebih kuat.



Azman adalah individu yang optimistik, sentiasa berfikiran terbuka dan mencuba mendapatkan apa yang beliau idamkan.



Bagi yang ingin mengikut jejak langkah tokoh korporat dan hartawan membina empayar, sikap dan semangat mereka dalam membangunkan perniagaan serta membina kekayaan wajar menjadi panduan.



Selamat berusaha!



Tip jadi kaya.



1. Mereka yang kaya percaya mereka boleh menjadi kaya.



Jika anda ragu-ragu dengan kemampuan menjadi kaya, ambil mana-mana majalah perniagaan dan lihat laporan mengenai kejayaan yang dicapai ramai ahli perniagaan.



Jangan fikir anda tidak mempunyai bakat seperti mereka. Sebaliknya cari jalan bagaimana mendapatkan kemahiran itu. Percayalah, jika anda sendiri tidak yakin bahawa anda boleh menjadi kaya, anda tidak akan berpeluang merasainya.



2. Mereka yang kaya meluangkan masa dan tenaga untuk belajar mengenai wang.



Biarpun terlalu menginginkan wang mereka menokok. ramai yang tidak meluangkan masa belajar dan memahirkan diri mengenai kaedah menjana wang. Sedangkan orang kaya sering meluangkan masa dan berusaha 'melebatkan' wang.



3. Mereka yang kaya mendapatkan nasihat kewangan betul



Antara rahsia penting golongan hartawan ialah mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada institusi kewangan untuk mendapatkan nasihat. Ini kerana kebanyakan daripada institusi terbabit hanya mahu menjual produk dan perkhidmatan yang menguntungkan mereka saja. Golongan kaya akan mendapatkan khidmat nasihat dari pihak profesional dan berkecuali dalam menguruskan kewangan mereka.



4. Mereka yang kaya bijak mengaplikasikan teknik menjana kekayaan



Untuk mengaplikasi teknik menjana kekayaan bukan mudah. Ia memerlukan perubahan tabiat, kebiasaan dan keselesaan yang tidak memberikan keuntungan. Jika ingin berjaya, anda mesti bersedia untuk mengubah amalan tidak produktif anda selama ini.



5. Mereka yang kaya tahu bahawa mereka ingin menjadi kaya.



Istilah 'kebebasan kewangan' sememangnya sukar untuk memotivasikan diri. Tapi bagi golongan kaya, mereka tahu bagaimana kebebasan kewangan memberi manfaat kepada mereka. Misalnya, peluang menghabiskan lebih masa bersama keluarga, melancong dan sebagainya. Pendek kata, mereka tahu mengapa mereka perlu menjadi kaya.



Legasi Jutawan Malaysia







Bilangan hartawan Melayu dalam senarai `40 Individu Paling Kaya di Malaysia Forbes Asia' bagi tahun ini meningkat kepada sembilan berbanding lapan tahun lalu dengan nilai aset terkumpul mereka mencecah AS$2.603 bilion (RM9.132 bilion).





Nilai aset terkumpul itu bagaimanapun 28.88 peratus lebih rendah berbanding AS$3.65 bilion (RM12.84 bilion) tahun lalu dan hanya mewakili 7.15 peratus kekayaan terkumpul semua individu dalam senarai 40 orang paling kaya Malaysia itu yang berjumlah AS$36.41 bilion (RM127.74 bilion).





Usahawan terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary dan Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim terus mengekalkan kedudukan masing-masing sebagai orang Melayu paling kaya dan kedua paling kaya tahun ini.





Turut mengekalkan kedudukan adalah Pengerusi Eksekutif Kencana Petroleum Bhd, Datuk Mokhzani Mahathir pada tempat ke-3 dan Timbalan Ketua Eksekutif AirAsia Bhd, Datuk Kamarudin Meranun tempat ke-4.





Syed Mokhtar mempunyai kekayaan AS$1.1 bilion (RM3.86 bilion), manakala Azman AS$470 juta (RM1.65 bilion).





Walaupun kekayaan Syed Mokhtar dan Azman masing-masing susut daripada AS$1.8 bilion (RM6.32 bilion) dan AS$700 juta (RM2.46 bilion) tahun lalu, mereka mengekalkan kedudukan di tempat ke-8 dan ke-11 dalam senarai `40 Individu Paling Kaya di Malaysia' tahun ini.





Mokhzani dan Kamarudin pula masing-masing memperbaiki kedudukan dari tempat ke-20 dan ke-21 tahun lalu kepada ke-16 dan ke-19 tahun ini.





Peningkatan itu di sebalik penurunan nilai kekayaan masing-masing daripada AS$290 juta (RM1.02 bilion) kepada AS$215 juta (RM754.29 juta) dan AS$280 juta (RM982.34 juta) kepada AS$205 juta (RM719.21 juta) tahun ini.





Tiga hartawan Melayu baru yang memasuki senarai tahun ini ialah Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holding Bhd, Tan Sri Rozali Ismail pada tangga ke-31; Pengerusi Hard Rock Cafe Enterprise Malaysia, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir di tangga ke-37 dan Ketua Eksekutif Ranhill Bhd, Tan Sri Hamdan Mohamad di tangga ke-38.





Nilai aset ketiga-tiga individu itu masing-masing berjumlah AS$130 juta (RM456.08 juta), AS$100 juta (RM350.83 juta) dan AS$98 juta (RM343.82 juta).

Wednesday, September 16, 2009

KATA-KATA HIKMAH

KATA-KATA HIKMAH SAYIDINA ABU BAKAR :


1. Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, niscaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.

2. Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan.

3. Dia berkata kepada para sahabat,"Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah org yg paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!"





SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB :

1. Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti.

2. Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa yang dia kehendaki.

3. Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan untuk manusia.





SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH :

1. Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik

sebagaimana yang Engkau cintai.

2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?

3. Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.

4. Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya

AirMata Rasulullah

Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah Jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur."


:: Ali 'Imran : 144 ::

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang sakit," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru kali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.



masih dalam simpanan.. -pedang rasulullah saw

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.



makam rasulullah saw

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai ding!n, kaki dan dada nya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Monday, September 14, 2009


Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.


Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.

Masih mencari walau ada segalanya.

Apa yang tiada dalam syurga?

Namun adam tetap rindukan hawa.



Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.

Untuk diluruskan oleh lelaki.

Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,

Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.



Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,

Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.

Didiklah mereka dengan panduan darinya.

Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.

Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.

Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.



Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.

Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman…

Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.



Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya…

Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab…

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..

Ia bukan diskriminasi Allah… sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah…



Wanita yang lupa hakikat kejadiannya…

Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan…

Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus…

Bahkan akan semakin membengkok…

Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya…



Bila wanita menjadi derhaka… pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara….

Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata…

Tapi binalah kepimpinan…

Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya…

Jinakkan diri kepada allah…

Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu…

Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra’

Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

Sejarah Kitab Injil


Sebenarnya Cerita Ini bolehlah diketegorikan sebagai kisah benar, sebabnya ianya telah disampaikan dari seorang penceramah agama dari sebuat maahad dari Terengganu, di mana ustad tu mengatakan cerita ini diperolehi dari rakannya semasa beliau menuntut di Mesir.




Ada seorang rakyat Malaysia dihantar oleh keluarganya untuk mendalami Kristian di sebuah Universiti di Sepanyol. Kesemuanye ada 25 students yang menuntut ilmu tersebut bersamanya . Ini bukan calang-calang punya belajar… sebab mereka ni pergi belajar di Gereja Besar (somewhere in Spanyol dan gurunya ialah POPE). So..setelah lebih kurang 2 tahun pengajian, mereka akan tamat

pengajian dan jadi educated paderi. Kesemua 25 students ni datang dari different country all over the world! So… bila dah dekat nak graduate, mereka diberi pilihan untuk wish…dan satu permintaan akan

dimakbulkan. So… semua ni minta hendak masuk sebuah Library besar dalam gereja tu jugak. Dalam library itu ada pelbagai jenis buku. So..dalam masa 2 minggu terakhir ni mereka akan menghabiskan masa mereka membaca buku di Library. Tapi, POPE cakap dengan satu syarat… dalam banyak-banyak buku di dalam tu, ada satu buku yang khas diletak di tengah tasik/kolam dalam library tu. Bayangkanlah betapa besarnya library tu!! Buku itu lah yang dilarang oleh POPE daripada dibaca. So, salah seorang daripada 25 pelajar telah melanggar syarat. Dia ambil buku tersebut tapi tidak faham kandungan bahasa dalam buku tersebut. Ia adalah Bahasa Tabrani..seakan bahasa Sepanyol (lama). Dia pun berkongsi dengan yang lain dan hendak dijadikan cerita. Ada seorang yang faham tentang beberapa bahasa tersebut. Dia pun baca dan menerangkan kepada ke semua 24 yang lain. Nak tahu apa dia??



Itu sebenarnya adalah kitab Injil yang asal! Apabila kesemua 25 pelajar itu membaca, mereka mula sedar yang Kristian yang mereka belajar selama ini, adalah salah satu sebab semua yang terkandung di dalam buku itu adalah benar seperti yang terdapat dalam ajaran Islam hari ini. Hari terakhir mereka keluar dari situ, POPE datang jumpa mereka dan dia sudah syak mesti ada sesuatu yang berlaku. Setelah semuanya di PROVOKE oleh POPE, mereka akhirnya tewas dan mengaku mereka telah membaca kitab itu. POPE pun berkata, “Sebenarnya kita Kristian ni memang dicipta sebagai agama duniawi sahaja. Yang betul adalah Islam. Kalau hendak tahu, setiap paderi yang tertinggi itu,

bila ada orang Kristian yang sedang nazak, tugasnya ialah pergi ke telinga orang itu dan berkata Islam adalah sebenarnya.



Selepas itu, POPE berkata lagi kepada pelajar tersebut, yang mereka semua tidak akan lepas dari tempat itu memandangkan mereka sudah tahu yang sebenarnya. Maka semuanya akan dibunuh. Pelajar-pelajar tersebut cuba cari jalan untuk lari. Setelah sekian lama mereka merancang, mereka berjaya merasuah seorang JAGA dalam gereja besar itu. Tetapi JAGA itu meminta US$4 juta. Kesemua pelajar-pelajar tersebut mempunyai sponsor dari Govt! Mereka mengumpul wang scholarship mereka

sebanyak US$4 juta itu. JAGA itu berkata dia akan menyembunyikan rahasia pelajar-pelajar tersebut dengan membunuh seorang lagi JAGA lain sebagai alasan kepada POPE yang JAGA itu pembelot. Pelajar-pelajar tersebut hanya ada satu jalan keluar. Iaitu mereka akan melalui satu terowong bawah tanah beberapa meter untuk sampai ke laut. Mereka terpaksa berenang melalui salur najis(it’s the only way that they have to went through that thing!). Bila dah keluar, ada sebuah bot yang akan menunggu mereka. It’s all up to them untuk melepaskan diri lepas tu. Bot itu juga yang sediakan oleh JAGA itu.

Then, si budak Sarawak ni pun call uncle yang send dia ke Sepanyol. Uncle dia cakap jangan balik lagi ke M’sia sebab seluruh negara dah dapat arahan untuk membunuh dia. Maknanya dia telah disenaraikan dalam ‘blacklisted’. Jadi dia pun lari ke Mesir dan menganut agama Islam menjadi Al-tahfiz. Sampai sekarang dia tak balik. Jadi cerita ni kiranya sudah orang kedua yang tahu. Hmm… dekat dengan sumber ni kan? Katanya lagi, dah banyak pelajar-pelajar yang 25 tu yang mati dibunuh. Mereka pakai spy untuk track gerak geri pelajar-pelajar tersebut!



Allahualam,

IBU Bagi Ilmu

Ada sebuah kisah pada zaman khalifah, ada seorang pemuda ingin benar mengetahui apakah dia “IBU segala ILMU“, beliau telah bertanya pada semua cerdik pandai agama pada masa itu tetapi tiada satu pun yang dapat menjawabnya. Lantas selepas itu pemuda tersebut telah mengembara mencari jawapan yang masih belum terjawab miskipun beliau terpaksa meninggalkan isterinya keseorangan di rumah kerana keazaman lelaki itu untuk terus berusaha mencari jawapannya.




Setelah daerah demi daerah ke serata pelusok benua dia harungi untuk bertanya soalan itu akhirnya dia dengan izin Allah telah bertemu dengan seorang alim yang sudah lanjut usia. Apabila mendengar hajat dan pertanyaan lelaki itu lantas orang tua itu mengambil kalam lalu menulis sepotong ayat pada sekeping kertas lalu dilipatnya kertas itu. Kemudian itu kertas tersebut terus di berikan kepada lelaki itu seraya orang tua itu berkata “Janganlah sesekali kamu membuka atau membacanya sehinggalah apabila kamu pulang ke rumah”



Setelah beberapa tahun mengembara akhirnya beliau pulang kerumah, apabila saja sampai di rumah beliau terdengar suara lelaki sedang bergurau senda di rumah bersama isterinya. Melihat kejadian itu lalu beliau terus mencapai pedang di pinggangnya dan terus menuju ke pintu rumahnya. Apabila telah melewati pintu itu tiba-tiba beliau teringatkan pesan orang tua itu agar membaca segala apa yang ditulisnya. Lalu lelaki itu pun terus membacanya. Tiaba-tiba saja dia terdiam dan berubah fikiran.



Selepas itu beliau terus memasuki rumahnya dan mendapati isterinya sedang berbual mesra bersama dengan seorang pemuda, lalu terus beliau bertanya dengan isterinya siapakah pemuda itu lalu isterinya menjawab dia adalah anakmu yang telah kau tinggalkan semenjak dari saat aku mengandungkanya dulu, kini dia sudah dewasa. Dengan penuh hiba pemuda itu terus menitiskan air mata kerana beliau terharu bahawa pemergianya selama bukanlah sesuatu yang sia-sia.



Apakah sebenarnya yang membuat pemuda itu berubah hati daripada perasaan amarahnya yang menguasai dirinya bagaikan separuh gila untuk membunuh dua insan yang tak berdosa itu. Sebenarnya kata-kata yang tertulis oleh alim itu telah benar-benar membuat pemuda itu berubah. Persoalan yang panjang dan mengambil masa yang lama untuk mencarinya akhirnya terjawap jua dan apa yang tertulis hanyalah satu rangkap perkataan yang hanya mempunyaai 5 huruf sahaja.



Benarlah katanya “IBU segala ILMU itu adalah SABAR”

Siapa Al Mahdi

Seperti yang di ceritakan oleh seorang bekas penuntut Al Azhar

Di sini ingin saya kongsikan sedikit cerita yang pernah saya dengari dari seorang sahabat saya yang pernah menuntut di sebuah Universiti di Mesir suatu ketika dulu. Beliau ada menceritakan pada saya mengenai Siapakah Al Mahdi sebenarnya kepada saya yang suka banyak bertanya persoalan agama daripadanya. Saya amat tertarik dengan salah satu cerita beliau mengenai kebangkitan Al Mahdi dan di sini saya ingin kongsikan pada anda semua tentang sesuatu yang tersirat dan tersurat disebalik kisah Al Mahdi yang banyak diperkatakan oleh ramai orang terutama pada umat akhir zaman ini sehingga ada yang terlalu taksub dan berani mengaku sebagai imam mahdi




Mengikut sejarahnya persoalan Al Mahdi ini memang telah wujud semenjak zaman Rasulullah saw lagi, baginda sendiri juga pernah banyak meriwayatkan banyak hadis tentang kewujudan Iman Mahdi diakhir zaman selain daripada kebangkitan Dajjal dan juga kedatangan Nabi Isa alaihisalam. Antara hadis yang mahsyur pernah di sampaikanya mengenai Imam Mahdi adalah :



Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda : “Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman”. Hadith riwayat Abu Daud dan Turmizi.







Dari Abu Said Al-Khudri ra berkata : “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ; “Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunahku, Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan kasil dan darinya buni dipenuhi dengan kedurjaan dan kekejaman. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan berada di baitul Maqdis”. Hadith riwayat At-Tabarani.



Di antara tanda-tanda besar Qiamat ialah munculnya Imam Mahdi yang akan memerintah dunia ini dengan keadilan ketika dunia dicengkam oleh kejahatan kerana turunnya Dajjal. Walau bagaimanapun terdapat setengah-tengah pihak yang mempertikaikan kemunculan Imam Mahdi. Mereka berpendapat ia adalah perkara dongeng yang sengaja dicipta oleh orang-orang Yahudi dan Syiah.



Ceritanya yang saya nak sampaikan ini sebenarnya bermula selepas 45 tahun kewafatan nabi Muhammad saw iaitu apabila tercatat sejarah besar dalam Islam ketika itu mengenai peristiwa berdarah Karbala di mana kita sendiri pernah mendengar atau membacanya. Sayidina Husain telah terbunuh bersama anggota keluarganya akibat kekejaman tentera Yazid bin Muawiyah yang dikepalai oleh Ubaidullah bin Ziyad di dalam peristiwa itu









Perjalanan Saidina Hussin dari Mekkah Menuju Ke Kufah tetapi terhenti di Karbala kerana diserang oleh tentera Yazid



Disini saya ingin menceritakan sedikit siapakah dia saydina hussain dan kaitannya dengan kisah imam mahdi ini, saya fikir semua orang islam mengenali siapakan beliau tentunya cucu Rasulullah saw selain dari saidina Hassan yang paling disayanginya. Mereka berdua adalah anak kepada hulubalang Islam yang tersohor siapa lagi kalau bukan Saidina Ali dan Ibu beliau adalah Saiditina Fatimah Az-Zahra anak perempuan Rasullah dan Siti Khadijah.



Di pendekkan cerita saidina hussein dalam perjalan ke Kufah dan keluarganya serta beberapa orang pengikut yang lain telah dikepung oleh tentera Bani Umayah atas arahan pemerintah ketika itu iaitu Yazid bin Muawiyah (Yazid I) di suatu kawasan padang pasir yang bernama Karbala. Disana mereka telah dikepung selama beberapa hari sehinggakan saidina hussain kehabisan bekalan makanan. Di dalam peristiwa itu juga Yazid telah memberi peringatan kepada tenteranya supaya jangan memberi atau membantu saidina hussain dengan memberi makanan walaupun dengan seteguk air sekalipun, ini kerana katanya sekiranya ia dapat minum walaupun setitis air pastinya awak semua tidak bisa mengalahinya maklumlah anak hulubalang terkenal tentu hebat seperti ayahnya. Selepas beberapa hari barulah tentera Yazid memberanikan diri untuk mendekati saidina Hussain yang kelemahan untuk mempertahankan diri dan keluarganya.







Di saat itulah berlaku perbalahan antara tentera Yazid siapakah yang berani berdepan dengan saidina Hussain kerana Yazid telah memerintahkan hukum bunuh kepada saidina Hussain dan kepalanya mesti dipersembahankan dihadapan Yazid di Damsyik sebagai bukti saidina Hussain telah dihukum bunuh. Semua tentera Yazid gentar untuk menjalankan perintah Yazid kerana sememangnya saidina hussain amat gagah perkasa seperti ayahnya dan juga kerana mengenangkan beliau adalah cucu junjungan besar nabi Muhammad saw. Akhirnya salah seorang tentera Yazid yang bernama Muawiyah bin Abi Suffian telah memberanikan diri menghampiri dan memenggal kepala saidina Hussain. Di riwayatkan sebelum kepalanya dipenggal, saidina hussain sempat berteriak memanggil abangnya saidina hassan yang ketika itu jauh berada di kota Mekah, tetapi dengan izin Allah saidina Hassan dapat mendengarnya lantas dia mula merasakan bahawa adik saidina hussain dalam kesusahan atau kemalangan. Tanpa berfikir panjang saidina hassan telah membawa bersamanya pedang peninggalan arwah ayahnya saidina Ali dimana mengikut sirahnya saidina Ali sebenarnya memiliki dua pedang sakti iaitu salah satunya adalah hadiah dari Rasulullah sendiri. Mengikut riwayatnya sebelum saidina Ali meninggal dunia beliau sempat memberi amanat kepada kedua anaknya iaitu saidana hussain dan hassan supaya mencampakkan kedua-dua pedang tersebut ke dalam laut merah tetapi apa yang berlaku hanya satu pedang saja yang dicampaknya manakala yang satu lagi pedang pemberian Rasulullah iaitu datuknya disimpan kerana mereka terlalu sayangkanya kerana itulah satu-satu harta peninggalan arwah ayahnya dan baginda. Pedang yang bernama Dzulfikar atau Dhu al-Faqar itu di bawa oleh saidina hassan bersama dengan seekor kuda peninggalan saidina ali yang menjadi tunggangannya ketika berperang di zaman Rasullulah. Diriwayatkan kuda saidina Ali yang ditungang oleh anaknya saidina hassan bergerak sepantas kilat seperti kakinya tidak mencecah ke bumi.



Apabila saidina hassan sampai sahaja di karbala di dapatinya adiknya saidina hussain serta keluarga telah dibunuh oleh tentera Yazid. Apabila melihat kekejaman tentera Yazid yang menyepak dan menendang kepala adiknya saidina hussain yang kepalanya telah terpenggal, saidina hassan telah mengamuk dan membunuh hampir semua tentera Yazid di situ dengan hanya menggunakan pedang ayahnya itu. Diriwayatkan bahawa pedang saidina Ali tersebut tidak bermata tetapi apabila dihayun atau dipukul maka saujana mata memandang semua yang ada di depannya akan mati terkena pukulan pedang yang maha hebat itu. Apabila Allah melihat ramai yang telah terkorban dan apabila bumi karbala bermandikan darah dan juga dek kerana begitu ramai yang terbunuh dengan amokan saidana hassan maka Allah telah memerintahkan Malaikat untuk turun ke bumi dan membawa saidina hassan keluar dari medan pertempuran yang maha hebat itu dan disembunyikan kesebuah kawasan gua yang tiada siapa dapat melihatnya. Hikmah dari kejadian itu mungkin Allah ingin memberi bukti kepada umat Islam bahawa kejadian Karbala itu benar-benar berlaku kerana selepas kejadian itu ada tentera Yazid datang membawa kepala saidina hussain untuk di persembahkan kepadanya, pada mula Yazid begitu gembira dengan kejayaan itu namun selepas itu dia menangis kerana mengenangkan kepala yang dipersembahkan kepadanya itu adalah kepala cucu kepada baginda Rasullulah saw.







Kaum Syiah Mempercayai Imam Mahdi tersembunyi di sini tetapi sejauh mana kebenaranya ?



Kesimpulan dari cerita ini adalah dimanakah perginya saidina hassan ? diamanakah ia disembunyikan ?. Ada yang meriwayatkan saidina hassan bakal muncul dan keluar dari tempat persembunyianya di satu hari nanti sebagai Imam Mahdi kerana beliaulah waris Rasulullah yang masih tinggal dan bakal memerangi tentera Dajjal di akhir zaman nanti. Logiknya saidina hassan disembunyikan bersama dengan pedang Dhu al-Faqar dan kuda saidina ali yang maha hebat itu, mungkin pedang itulah yang bakal membunuh Dajjal sebagai mana sabda Rasulullah saw :



Dari Ibnu Umar bahawa Nabi SAW telah mengambil tangan Saidina Ali ra dan bersabda:



“Akan keluar dari sulbi ini pemuda yang akan memenuhi dunia dengan keadilan (Al Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Pemuda dari Bani Tamim itu, dia datang dari sebelah Timur dan dia dalah pemegang bendera Al Mahdi“ dari Al Hawi Lil Fatawa oleh Imam sayuti



Menurut riwayat yang sah Al-Mahdi adalah dari keturunan Sayidina Hassan bin Ali. Sesungguhnya telah tsabit bahawa Al-Mahdi adalah keturunan Hassan bin Ali sebagaimana yang tersebut di dalam hadits sahih yang diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud dalam Sunannya,



“Telah berkata Ali sambil memandang puteranya Hassan,” Sesungguhnya Puteraku ini ialah sayid sebagaimana yang telah dinamakan oleh Nabi SAW. Dari keturunannya akan lahir seorang lelaki yang namanya seperti nama Nabi kamu, menyerupai baginda dalam perangai dan tidak menyerupai baginda dalam rupa dan bentuk.”





Hadits ini telah disahkan oleh para ulama di antaranya Al-Manawi di dalam kitabnya Al-Kabir, Ibnu Atsir dalam kitabnya An-Nihayah, Ibnu Qayyim Al Jauziyah dalan kitabnya Gharibul Hadits dan Al-Manarul Munif Fi Sahihi Wad Dha’if, Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari di dalam kitabnya Aqidah Ahlil Islam Fi Nuzuli Isa AS dan lain-lain lagi.



Abu Thahir Muhd Syamsul Haq dalam kitabnya ‘Aunal Ma’bud (syarah Sunan Abu Daud), memetik kenyataan Al Hafiz Imanuddin yangmenyebut bahawa hadits-hadits mengenai Al-Mahdi menunjukkan bahawa Ia dari ahli bait Rasulullah SAW, zuriat Fatimah dan anaknya Hassan bin Ali. (sila rujuk kitab ‘Aunal Ma’bud juzu’ II m.s 374 dan 382)



Di dalam riwayat yang lain :



“Bahawa Al Mahdi ini mempunyai dua ciri-ciri besar iaitu akan mendapat daulah di sebelah Timur dan akan memegang pedang Zulfaqor (Dhu al-Faqar) sebagai bukti bahawa ia membawa kebenaran.”



Pedang Yang Dipercayai Dhu al-Faqar (Dzulfaqr) yang di simpan di Muzium Cairo Arab Saudi



Sehingga kini belum dapat kepastian yang tepat di manakah makam saidina hassan kalaulah benar-benar ia telah meninggal dan pekara yang sama juga berlaku kepada keseluruhan keluarga saidina Ali yang lain iaitu saidina Hussein jasadnya dikatakan tak langsung dikebumikan manakalan ibunya saiditina Fatimah Az-Zahrah juga tidak diketahui dimana makamnya. Yang pasti Al Mahdi pasti akan muncul, tetapi beliau bukanlah calang-calang manusia kerana kehebatannya mungkin sehebat ayahnya hulubalang agung saidina Ali ra.



Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah SWT tunjukkan kebenaran itu kepada kita. Jangan sampai kita menjadi penentang yang tidak dapat menerima maka sikap tawakuf ( tidak menyetujui dan tidak menolak, melainkan menunggu dan terus mempelajari) adalah lebih baik. Lebih selamat bila kita tidak menyanggahnya, sebab siapa yang menyanggah kebenaran dari Allah akan terhina di dunia dan akhirat.





Allahualam