? ??????????????Me On The Beach? ????? ?? ???Rating: 4.0 (2 Ratings)??5 Grabs Today. 1806 Total Grabs. ???
???Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Island Beach? ????? ?? ???Rating: 4.2 (367 Ratings)??4 Grabs Today. 58910 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????Bo BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, September 24, 2009

Secebis renungan.....buat Hamba Allah?

alam banyak kesempatan, kita menyatakan diri sebagai hamba Allah. Contoh jika orang mau menderma tapi tak ingin diketahui namanya, lalu ditulis dengan No Name atau “hamba Allah”. Tujuan awalnya memang untuk menghindari riya’.


Tapi, perkataan seperti itu bisa membuat diri kita pamer kepada orang lain bahwa kita ini orang shaleh. Kalau kita menyumbang ke suatu badan amal, yayasan atau yang lain, kita bisa tergoda untuk mengatakan dengan sefasih dan semantap mungkin, “Nama saya tidak perlu ditulis. Tulis saja dari hamba Allah.”

Berdasarkan ilmu tajwid, lafazh “Allah” dibaca tafkhîm (tebal) karena lam Jalâlah didahului fathah. Kalau memang itu yang kita lakukan—kita mengucapkan lafazh “Allah” semantap mungkin supaya terlihat seperti orang alim—apakah benar kita ini hamba-Nya? Marilah kita lihat apakah kita memang hamba Allah atau bukan.

Katakanlah kita mempunyai seorang tetangga sekaligus teman, yang dari segi harta dan pekerjaan tidak sebaik kita. Kerana dia teman kita, jika dia minta pertolongan, segera itu juga kita membantunya. Bahkan kadang kala kita menawarkan diri untuk sedikit meringankan tugas dia, jika dia terlihat tidak mampu menyelesaikannya. Semua itu kita lakukan tanpa mengharapkan balasan, kita seolah-olah benar-benar mengikhlaskan diri.harapnya begitula hakikatnya.

Selang beberapa lama kemudian….mungkin setahun dua dan selama itu juga pula kita sering menghulurkan bantuan sekiranya dimintanya. Suatu hari, kereta kita sedang bermasalah. Karena terburu buru ingin ke pejabat dengan segera sedangkan jam sudah 07.30 pagi, kitapun minta pertolongan sahabat yang juga jiran yang sering kita tolongi untuk menghantarkan kita ke pejabat……tetapi dia yang kebetulan sedang berehat dirumah memberikan alasan tertentu yang pada kita tidak logik

Ternyata, dia tidak mau membatalkan agendanya dirumah ketika itu tetapi dengan segera berkata nanti saya panggilkan teksi…..

Apa ada dalam hati kita tika itu…………..Apakah kita tidak akan mengingat-ingat pertolongan kita padanya selama ini? Ataukah, kita berkata pada diri sendiri, “ orang tidak tahu membalas budi! Jaga hang… Jangan harap aku akan nak tolong hang lagi lepas ni…...!”.Jika kita masih mengingat kebaikan kita padanya, atau meminta balas budi darinya, apakah layaks kalau kita menyebut diri sebagai hamba Allah? Sedangkan pengertian hamba adalah orang yang melakukan sesuatu semata-mata untuk tuannya, tak ada urusan dengan orang lain seperti yang selalu Al Imam lagi Syeikh slalu berkata tolong orang macam beri salam…..keran pemberi itu sendiri sudah sejahtera maka layaklah dia menginginkan kesejahteraan itu pada rakan maupun manusia lain.Apakah dia mengharapkan balasan seperti wang ringgit setiap kali memberi salam…..pahala itu urusan Allah…..kalau dia juga mengharap balasab setiap kali memberi…maka dia hanya selayaknya peminta sedekah saja…satu salam untuk seringgit..atau se pot beras……..



Sesungguhnya Kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.

Sesungguhnya Kami takut akan (azab) Tuhan kami pada suatu hari yang (di hari itu) orang-orang bermuka masam penuh kesulitan.

(QS al-Insân [76] : 9-10)



Syaikh Ibnu Athaillah berkata, “Siapa menyembah Allah karena mengharapkan sesuatu yang lain, atau kerena menolak bahaya yang akan menimpa dirinya, maka ia belum menunaikan tugasnya terhadap Allah sesuai dengan sifat-sifat yang dimiliki-Nya. Ada beraneka ragam jenis amal menurut situasi dan kondisi yang masuk ke dalam hati manusia. Kerangkanya adalah perbuatan yang jelas, sedangkan ruhnya adalah ikhlas.”

Imam Al-Qusyairi menasihatkan, “Ikhlas adalah penunggalan (peng-Esa-an) Al-Haqq dalam mengarahkan semua orientasi ketaatan. Ketaatan harus dimaksudkan untuk mendekatkan diri kepada Allah semata, tanpa yang lain, tanpa dibuat-buat, tanpa ditujukan untuk makhluk, tidak untuk mencari pujian manusia atau makna yang lain selain pendekatan diri pada Allah.”

Sedar....

Dihujung Ramadan lalu aku dikejutkan beberapa soalan. “ Apakah aku benar-benar sudah memiliki keikhlasan hakiki”.? Apakah amal-amal aku selama ini lahir daripada hakikat penyerahan yang bulat kepada Allah? Apakah aku benar-benar menjadikan al-Quran sebagai Petunjuk?


Ketika Allah mengatakan bahawa ; “sama sahaja kepada mereka, sama ada engkau beri peringatan ataupun tidak mereka tidak akan beriman”. Bagaimanakan perasaan aku? Apakah ayat itu tidak ditujukan kepada aku? Apakah aku tidak perlu bimbang kalau-kalau itulah hakikat diri aku.

Bagaimana pula dengan firman Allah : “ dan ada dikalangan manusia yang berkata kami telah beriman kepada Allah dan hari akhirat sedangkan mereka tidak beriman”. Apakah aku sudah terselamat?. Apakah apa yang aku imani, apa yang aku hayati, apa yang aku utamakan, apa yang aku lakukan masih selari dengan ad din yang dihayati oleh Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat bersamanya dan tidak terseleweng? Benarkah dakwaan aku? Benarkah aku meletakkan hati aku benar-benar sebagai seorang hamba suruhan dihadapan firman-firman Allah? Sudahkah aku membuka dada aku, mengosongkannya daripada sifat-sifat ujub, takabbur dan riya’ dan mengisi dengan cahaya kebenaran yang diturunkan Allah di dalam al-Quran?

Samakah masa yang aku berikan untuk mentelaah keduniaan ku dengan masa yang aku peruntukkan bagi meneliti atau muhasabah diri dan agama dengan setiap kebenaran seperti terkandung dalam Al-Quran. Sudahkah aku benar-benar bersedia menerima didikan Allah melalui wahyunya. Apakah yang aku lakukan selama ini. Atau masih ada di sana dorongan-dorongan lain disebabkan oleh talbis iblis. Atau disana masih ada rantai-rantai nafsu yang mengikat dan menarik aku tertambat di dunia dan aku belum melangkah walau selangkah menuju Allah? Atau aku mendabik dada dan berkata aku dah tahu semua itu?

Al kisah pada suatu hari seorang ahli ibadah yang sudah berpuluh tahun menunaikan solat jamaah disaf yang pertama tiba-tiba pada satu waktu beliau terlewat datang dan terpaksa menunaikan solat berjamaah disaf yang terakhir. Situasi ini menjadikannya merasa teramat malu dilihat berada disaf terakhir. Perasaannya itu menjadikan beliau mengenali hakikat keikhlasannya dan merasakan bahawa solatnya selama puluhan tahun disaf yang pertama adalah sia-sia kerana dorongan ibadahnya itu bukannya ikhlas kepada Allah tetapi kerana malu untuk dilihat bersolat disof terakhir yang boleh menjatuhkan martabatnya sebagai seorang ahli ibadah.

Apakah yang mendorong tindakan aku selama ini. Apakah ia adalah penerusan tradisi yang aku hanya menyangka akan kebenarannya, Apakah yang aku percaya selama ini? Adakah ia lahir daripada kefahaman aku terhadap ayat-ayat Allah atau ia adalah sangkaan dan ajaran orang-orang yang terdahulu yang aku juga tidak yakin kebenarannya? Kini banyak perkara telah berubah, sistem pemerintahan, cara melantik pemimpin, sistem pendidikan, cara hidup, pemikiran, semangat, emosi, keutamaan, kepercayaan, sikap, aktiviti harian dan sebagainya.

Apakah semua perubahan ini tidak menyeleweng daripada ad Din? Apakah aku benar-benar ikhlas dan mempunyai bukti dalam al-Quran bahawa aku masih dilandasan agama yang diredai Allah.?

Saturday, September 19, 2009

Solat Akhir Waktu

Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea ....


Jika berpuasa Amalan kita direct terus padaNya

Tapi Jika bersembahyang Ada posmen pula Untuk hantar amalan kita padaNya

Kisahnya ?..

Setiap kita ada malaikat

Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi

Untuk sampaikan amalan kita

Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit

Dimana setiap penjaga tol,

Kroni malaikat juga

Jika sembahyang di awal waktu

Tolnya "free"

Sekatan tol tiada

Tiada "jem"

Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan Untuk dinilaikan

Tapi

Jika sembahyang di akhir waktu

Tol free juga

Tapi sekatannya

MasyaAllah?.

Di langit pertama,

Penjaga tol marahkan posmen kita

Kenapa lewat poskan amalan kita

Merayu-rayu posmen malaikat kita

Minta diberi laluan

Tetapi? penjaga langit pertama

Tidak heran

Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi

Maka..

Jatuh berderai?

Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita

Satu persatu dikutip

Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua

Dilangit kedua,

Samalah juga,

Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan

Merayu lagi kawan kita

Tak dipedulinya

Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi

Jatuh berderai lagi..

Dikutip satu persatu amalan kita

Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan

Dilangit ketiga,

La?. Kena basuh lagi malaikat posmen kita

Kenapa lewat hantar amalan tersebut

Tiada kompromi

Terus dibaling amalan kita

Jatuh berderai amalan kita

Tak ade nilai?.

Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi

Maka..

Tak sampailah amalan kita kepada Allah

Seolah-ol ah kita tak sembahyang juga

Maka?

Bersedialah kita menerima pembalasannya

Tak di dunia di akhirat pula

Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak,

Ujian bertimpa-timpa

Ish?.

Tak berbaloikan kita buat amal

Tapi tak sampai

Dahlah tu

Tak de nilai

Kena azab lagi nanti

Ya Allah !!! Ampunkan kami ! Kerana lalai !

Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang

Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu

Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan

Biarlah kami gawat di dunia

Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak.

Amin.

Biodata Rasulullah

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.


· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571

. Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah

. Abrahah yang menyerang kota Kaabah).

· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).

· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat

untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '

(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).

· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.

· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..

· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira

(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang

pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

. Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan

pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah

14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan

berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi

pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.

· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Ma isa rah; lelaki suruhan Khadijah.

· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya

yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk

meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.

· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.

· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke

tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.

· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12

Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.

§ Saudah Binti Zam'ah.

§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).

§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).

§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.

§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).

§ Zainab Binti Jahsy.

§ Maimunah Binti Harith.

§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.

§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim

2. Abdullah

3.. Ibrahim

4. Zainab

5. Ruqaiyah

6. Ummi Kalthum

7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina

Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,

Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN

1. Thuwaibah 1. Hamzah

2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN

1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib

2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza

3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza

4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW

(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith

2. Muqawwam

3. Zubair

4. Hamzah ***

5. Al-Abbas ***

6. Abu Talib

7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)

8. Abdul Ka ' bah

9. Hijl

10. Dhirar

11. Umaimah

12. Al-Bidha (Ummu Hakim)

13. Atiqah ##

14. Arwa ##

15. Umaimah

16. Barrah

17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.

## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.

Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam

syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal

Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua

muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran

apa yang d isa mpaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..

- Aku melihat cahaya dari lidahnya.

- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.

- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

- Wajahnya seperti bulan purnama.

- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terp isa h di tengahnya.

- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

- Janggutnya penuh dan tebal menawan.

- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.

- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

- Rambutnya sedikit ikal.

- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.

- Rambutnya terbelah di tengah.

- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu gar isa n rambut menganjur dari dada ke pusat.

- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.

- Seimbang antara kedua bahunya.

- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.

- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.

- Warna putihnya lebih banyak.

- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

- Warna kulitnya putih tapi sihat.

- Kulitnya putih lagi bercahaya.

- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

- Badannya tidak gemuk.

- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.

- Perutnya tidak buncit.

- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :

Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.

Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Rahsia Jutawan

SEBUT soal wang, siapa saja tidak tertunggu-tunggu jika diberi peluang menjadi lebih kaya. Mengapa tidak, kemakmuran dan kejayaan hidup selalu dikaitkan dengan kesenangan dan keselesaan yang diukur dalam bentuk Ringgit Malaysia (RM).




Faktor kesenangan dan keselesaan hidup inilah yang menjadi matlamat kebanyakan individu dalam meniti hari dan merancang kehidupan.





Namun, usah bermimpi di siang hari atau memasang angan-angan kosong. Kekayaan bukanlah sesuatu yang mudah diperoleh. Jika disingkap cerita individu yang diiktiraf sebagai manusia paling kaya di dunia, sebahagian besar daripada tokoh ini menempuhi perjalanan hidup yang sukar.



Sepanjang survival hidup itulah mereka merasai 'jatuh dan bangun' serta menempuh pelbagai dugaan dalam mencapai kejayaan.



Dalam berangan-angan menjadi kaya, mungkin ramai antara kita tercari-cari modul yang boleh dicontohi bagi meraih gelaran jutawan. Jika ada panduan atau rujukan, sekurang-kurangnya strategi boleh direncanakan bagi merealisasikan impian.







Kisah kejayaan beberapa hartawan tempatan yang tersenarai sebagai antara 40 individu terkaya di Malaysia mungkin boleh anda jadikan inspirasi. Sikap yang diamalkan termasuk perkara yang mendorong mereka yang kebanyakannya lelaki layak dijadikan resepi mencipta kejayaan sama.



Antara yang dapat dikongsi ialah kisah di sebalik kejayaan hartawan yang menduduki tempat pertama, Tan Sri Robert Kuok atau 'Raja Gula' membina empayar.



Kuok disifatkan usahawan yang mempunyai falsafah perniagaan dan apa yang nyata, beliau sentiasa mahu belajar dan menyesuaikan diri dengan perubahan zaman.



Dalam temuramah bersama majalah antarabangsa baru-baru ini, Kuok mendedahkan satu-satunya cara untuk berjaya dalam perniagaan adalah dengan tidak bersikap sombong dan bersedia berkongsi dengan individu yang lebih bijak.



Tidak hairanlah, Kuok mengekalkan status tertinggi dalam senarai jutawan tempatan sejak tahun 2006 (senarai individu paling kaya di Malaysia oleh Forbes Asia). Hartawan ini mencatat nilai kekayaan AS$9 bilion (RM31.5 juta).



Manakala usahawan terkemuka yang terkenal dengan sikap dermawannya, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary menduduki tangga kelapan tahun ini. Menurut Forbes, nilai kekayaan Syed Mokhtar berjumlah AS$1.1 bilion (RM3.86 bilion).



Syed Mokhtar dilaporkan seorang yang sentiasa berusaha keras memperbaiki taraf hidupnya sejak dulu. Bermula dengan membantu ibu bapanya berniaga lembu sekitar tahun 1960-an, beliau beralih kepada perniagaan perkhidmatan lori pada selepas mendapat bantuan Majlis Amanah Rakyat (Mara). Kemudian beliau berniaga beras secara kecil-kecilan.



Kini empayar perniagaan yang dibangunkannya merangkumi pelbagai bidang seperti pengangkutan dan logistik, operasi pelabuhan, perladangan dan hartanah.



Kejayaan penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1429 ini membuktikan apa saja yang dicita-citakan mampu dicapai andai kita gigih bekerja, tawakal dan berdoa kepada Allah. Selain itu, kita harus memanfaatkan apa saja keistimewaan dan kebijaksanaan kurniaanNya serta tidak bergantung kepada nasib dan takdir semata-mata.



Sering mencari dan menyahut cabaran dalam kerjaya adalah antara 'rahsia kejayaan' seorang lagi tokoh korporat iaitu Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim. Beliau yang menduduki tangga ke 11 dalam senarai kali ini pernah dilaporkanberkata, cabaran mendorong seseorang berusaha lebih kuat.



Azman adalah individu yang optimistik, sentiasa berfikiran terbuka dan mencuba mendapatkan apa yang beliau idamkan.



Bagi yang ingin mengikut jejak langkah tokoh korporat dan hartawan membina empayar, sikap dan semangat mereka dalam membangunkan perniagaan serta membina kekayaan wajar menjadi panduan.



Selamat berusaha!



Tip jadi kaya.



1. Mereka yang kaya percaya mereka boleh menjadi kaya.



Jika anda ragu-ragu dengan kemampuan menjadi kaya, ambil mana-mana majalah perniagaan dan lihat laporan mengenai kejayaan yang dicapai ramai ahli perniagaan.



Jangan fikir anda tidak mempunyai bakat seperti mereka. Sebaliknya cari jalan bagaimana mendapatkan kemahiran itu. Percayalah, jika anda sendiri tidak yakin bahawa anda boleh menjadi kaya, anda tidak akan berpeluang merasainya.



2. Mereka yang kaya meluangkan masa dan tenaga untuk belajar mengenai wang.



Biarpun terlalu menginginkan wang mereka menokok. ramai yang tidak meluangkan masa belajar dan memahirkan diri mengenai kaedah menjana wang. Sedangkan orang kaya sering meluangkan masa dan berusaha 'melebatkan' wang.



3. Mereka yang kaya mendapatkan nasihat kewangan betul



Antara rahsia penting golongan hartawan ialah mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada institusi kewangan untuk mendapatkan nasihat. Ini kerana kebanyakan daripada institusi terbabit hanya mahu menjual produk dan perkhidmatan yang menguntungkan mereka saja. Golongan kaya akan mendapatkan khidmat nasihat dari pihak profesional dan berkecuali dalam menguruskan kewangan mereka.



4. Mereka yang kaya bijak mengaplikasikan teknik menjana kekayaan



Untuk mengaplikasi teknik menjana kekayaan bukan mudah. Ia memerlukan perubahan tabiat, kebiasaan dan keselesaan yang tidak memberikan keuntungan. Jika ingin berjaya, anda mesti bersedia untuk mengubah amalan tidak produktif anda selama ini.



5. Mereka yang kaya tahu bahawa mereka ingin menjadi kaya.



Istilah 'kebebasan kewangan' sememangnya sukar untuk memotivasikan diri. Tapi bagi golongan kaya, mereka tahu bagaimana kebebasan kewangan memberi manfaat kepada mereka. Misalnya, peluang menghabiskan lebih masa bersama keluarga, melancong dan sebagainya. Pendek kata, mereka tahu mengapa mereka perlu menjadi kaya.



Legasi Jutawan Malaysia







Bilangan hartawan Melayu dalam senarai `40 Individu Paling Kaya di Malaysia Forbes Asia' bagi tahun ini meningkat kepada sembilan berbanding lapan tahun lalu dengan nilai aset terkumpul mereka mencecah AS$2.603 bilion (RM9.132 bilion).





Nilai aset terkumpul itu bagaimanapun 28.88 peratus lebih rendah berbanding AS$3.65 bilion (RM12.84 bilion) tahun lalu dan hanya mewakili 7.15 peratus kekayaan terkumpul semua individu dalam senarai 40 orang paling kaya Malaysia itu yang berjumlah AS$36.41 bilion (RM127.74 bilion).





Usahawan terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary dan Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim terus mengekalkan kedudukan masing-masing sebagai orang Melayu paling kaya dan kedua paling kaya tahun ini.





Turut mengekalkan kedudukan adalah Pengerusi Eksekutif Kencana Petroleum Bhd, Datuk Mokhzani Mahathir pada tempat ke-3 dan Timbalan Ketua Eksekutif AirAsia Bhd, Datuk Kamarudin Meranun tempat ke-4.





Syed Mokhtar mempunyai kekayaan AS$1.1 bilion (RM3.86 bilion), manakala Azman AS$470 juta (RM1.65 bilion).





Walaupun kekayaan Syed Mokhtar dan Azman masing-masing susut daripada AS$1.8 bilion (RM6.32 bilion) dan AS$700 juta (RM2.46 bilion) tahun lalu, mereka mengekalkan kedudukan di tempat ke-8 dan ke-11 dalam senarai `40 Individu Paling Kaya di Malaysia' tahun ini.





Mokhzani dan Kamarudin pula masing-masing memperbaiki kedudukan dari tempat ke-20 dan ke-21 tahun lalu kepada ke-16 dan ke-19 tahun ini.





Peningkatan itu di sebalik penurunan nilai kekayaan masing-masing daripada AS$290 juta (RM1.02 bilion) kepada AS$215 juta (RM754.29 juta) dan AS$280 juta (RM982.34 juta) kepada AS$205 juta (RM719.21 juta) tahun ini.





Tiga hartawan Melayu baru yang memasuki senarai tahun ini ialah Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holding Bhd, Tan Sri Rozali Ismail pada tangga ke-31; Pengerusi Hard Rock Cafe Enterprise Malaysia, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir di tangga ke-37 dan Ketua Eksekutif Ranhill Bhd, Tan Sri Hamdan Mohamad di tangga ke-38.





Nilai aset ketiga-tiga individu itu masing-masing berjumlah AS$130 juta (RM456.08 juta), AS$100 juta (RM350.83 juta) dan AS$98 juta (RM343.82 juta).

Wednesday, September 16, 2009

KATA-KATA HIKMAH

KATA-KATA HIKMAH SAYIDINA ABU BAKAR :


1. Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, niscaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.

2. Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan.

3. Dia berkata kepada para sahabat,"Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah org yg paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!"





SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB :

1. Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti.

2. Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa yang dia kehendaki.

3. Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan untuk manusia.





SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH :

1. Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik

sebagaimana yang Engkau cintai.

2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?

3. Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.

4. Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya

AirMata Rasulullah

Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah Jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur."


:: Ali 'Imran : 144 ::

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang sakit," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru kali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.



masih dalam simpanan.. -pedang rasulullah saw

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.



makam rasulullah saw

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai ding!n, kaki dan dada nya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Monday, September 14, 2009


Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.


Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.

Masih mencari walau ada segalanya.

Apa yang tiada dalam syurga?

Namun adam tetap rindukan hawa.



Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.

Untuk diluruskan oleh lelaki.

Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,

Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.



Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,

Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.

Didiklah mereka dengan panduan darinya.

Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.

Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.

Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.



Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.

Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman…

Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.



Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya…

Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab…

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..

Ia bukan diskriminasi Allah… sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah…



Wanita yang lupa hakikat kejadiannya…

Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan…

Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus…

Bahkan akan semakin membengkok…

Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya…



Bila wanita menjadi derhaka… pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara….

Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata…

Tapi binalah kepimpinan…

Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya…

Jinakkan diri kepada allah…

Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu…

Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra’

Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

Sejarah Kitab Injil


Sebenarnya Cerita Ini bolehlah diketegorikan sebagai kisah benar, sebabnya ianya telah disampaikan dari seorang penceramah agama dari sebuat maahad dari Terengganu, di mana ustad tu mengatakan cerita ini diperolehi dari rakannya semasa beliau menuntut di Mesir.




Ada seorang rakyat Malaysia dihantar oleh keluarganya untuk mendalami Kristian di sebuah Universiti di Sepanyol. Kesemuanye ada 25 students yang menuntut ilmu tersebut bersamanya . Ini bukan calang-calang punya belajar… sebab mereka ni pergi belajar di Gereja Besar (somewhere in Spanyol dan gurunya ialah POPE). So..setelah lebih kurang 2 tahun pengajian, mereka akan tamat

pengajian dan jadi educated paderi. Kesemua 25 students ni datang dari different country all over the world! So… bila dah dekat nak graduate, mereka diberi pilihan untuk wish…dan satu permintaan akan

dimakbulkan. So… semua ni minta hendak masuk sebuah Library besar dalam gereja tu jugak. Dalam library itu ada pelbagai jenis buku. So..dalam masa 2 minggu terakhir ni mereka akan menghabiskan masa mereka membaca buku di Library. Tapi, POPE cakap dengan satu syarat… dalam banyak-banyak buku di dalam tu, ada satu buku yang khas diletak di tengah tasik/kolam dalam library tu. Bayangkanlah betapa besarnya library tu!! Buku itu lah yang dilarang oleh POPE daripada dibaca. So, salah seorang daripada 25 pelajar telah melanggar syarat. Dia ambil buku tersebut tapi tidak faham kandungan bahasa dalam buku tersebut. Ia adalah Bahasa Tabrani..seakan bahasa Sepanyol (lama). Dia pun berkongsi dengan yang lain dan hendak dijadikan cerita. Ada seorang yang faham tentang beberapa bahasa tersebut. Dia pun baca dan menerangkan kepada ke semua 24 yang lain. Nak tahu apa dia??



Itu sebenarnya adalah kitab Injil yang asal! Apabila kesemua 25 pelajar itu membaca, mereka mula sedar yang Kristian yang mereka belajar selama ini, adalah salah satu sebab semua yang terkandung di dalam buku itu adalah benar seperti yang terdapat dalam ajaran Islam hari ini. Hari terakhir mereka keluar dari situ, POPE datang jumpa mereka dan dia sudah syak mesti ada sesuatu yang berlaku. Setelah semuanya di PROVOKE oleh POPE, mereka akhirnya tewas dan mengaku mereka telah membaca kitab itu. POPE pun berkata, “Sebenarnya kita Kristian ni memang dicipta sebagai agama duniawi sahaja. Yang betul adalah Islam. Kalau hendak tahu, setiap paderi yang tertinggi itu,

bila ada orang Kristian yang sedang nazak, tugasnya ialah pergi ke telinga orang itu dan berkata Islam adalah sebenarnya.



Selepas itu, POPE berkata lagi kepada pelajar tersebut, yang mereka semua tidak akan lepas dari tempat itu memandangkan mereka sudah tahu yang sebenarnya. Maka semuanya akan dibunuh. Pelajar-pelajar tersebut cuba cari jalan untuk lari. Setelah sekian lama mereka merancang, mereka berjaya merasuah seorang JAGA dalam gereja besar itu. Tetapi JAGA itu meminta US$4 juta. Kesemua pelajar-pelajar tersebut mempunyai sponsor dari Govt! Mereka mengumpul wang scholarship mereka

sebanyak US$4 juta itu. JAGA itu berkata dia akan menyembunyikan rahasia pelajar-pelajar tersebut dengan membunuh seorang lagi JAGA lain sebagai alasan kepada POPE yang JAGA itu pembelot. Pelajar-pelajar tersebut hanya ada satu jalan keluar. Iaitu mereka akan melalui satu terowong bawah tanah beberapa meter untuk sampai ke laut. Mereka terpaksa berenang melalui salur najis(it’s the only way that they have to went through that thing!). Bila dah keluar, ada sebuah bot yang akan menunggu mereka. It’s all up to them untuk melepaskan diri lepas tu. Bot itu juga yang sediakan oleh JAGA itu.

Then, si budak Sarawak ni pun call uncle yang send dia ke Sepanyol. Uncle dia cakap jangan balik lagi ke M’sia sebab seluruh negara dah dapat arahan untuk membunuh dia. Maknanya dia telah disenaraikan dalam ‘blacklisted’. Jadi dia pun lari ke Mesir dan menganut agama Islam menjadi Al-tahfiz. Sampai sekarang dia tak balik. Jadi cerita ni kiranya sudah orang kedua yang tahu. Hmm… dekat dengan sumber ni kan? Katanya lagi, dah banyak pelajar-pelajar yang 25 tu yang mati dibunuh. Mereka pakai spy untuk track gerak geri pelajar-pelajar tersebut!



Allahualam,

IBU Bagi Ilmu

Ada sebuah kisah pada zaman khalifah, ada seorang pemuda ingin benar mengetahui apakah dia “IBU segala ILMU“, beliau telah bertanya pada semua cerdik pandai agama pada masa itu tetapi tiada satu pun yang dapat menjawabnya. Lantas selepas itu pemuda tersebut telah mengembara mencari jawapan yang masih belum terjawab miskipun beliau terpaksa meninggalkan isterinya keseorangan di rumah kerana keazaman lelaki itu untuk terus berusaha mencari jawapannya.




Setelah daerah demi daerah ke serata pelusok benua dia harungi untuk bertanya soalan itu akhirnya dia dengan izin Allah telah bertemu dengan seorang alim yang sudah lanjut usia. Apabila mendengar hajat dan pertanyaan lelaki itu lantas orang tua itu mengambil kalam lalu menulis sepotong ayat pada sekeping kertas lalu dilipatnya kertas itu. Kemudian itu kertas tersebut terus di berikan kepada lelaki itu seraya orang tua itu berkata “Janganlah sesekali kamu membuka atau membacanya sehinggalah apabila kamu pulang ke rumah”



Setelah beberapa tahun mengembara akhirnya beliau pulang kerumah, apabila saja sampai di rumah beliau terdengar suara lelaki sedang bergurau senda di rumah bersama isterinya. Melihat kejadian itu lalu beliau terus mencapai pedang di pinggangnya dan terus menuju ke pintu rumahnya. Apabila telah melewati pintu itu tiba-tiba beliau teringatkan pesan orang tua itu agar membaca segala apa yang ditulisnya. Lalu lelaki itu pun terus membacanya. Tiaba-tiba saja dia terdiam dan berubah fikiran.



Selepas itu beliau terus memasuki rumahnya dan mendapati isterinya sedang berbual mesra bersama dengan seorang pemuda, lalu terus beliau bertanya dengan isterinya siapakah pemuda itu lalu isterinya menjawab dia adalah anakmu yang telah kau tinggalkan semenjak dari saat aku mengandungkanya dulu, kini dia sudah dewasa. Dengan penuh hiba pemuda itu terus menitiskan air mata kerana beliau terharu bahawa pemergianya selama bukanlah sesuatu yang sia-sia.



Apakah sebenarnya yang membuat pemuda itu berubah hati daripada perasaan amarahnya yang menguasai dirinya bagaikan separuh gila untuk membunuh dua insan yang tak berdosa itu. Sebenarnya kata-kata yang tertulis oleh alim itu telah benar-benar membuat pemuda itu berubah. Persoalan yang panjang dan mengambil masa yang lama untuk mencarinya akhirnya terjawap jua dan apa yang tertulis hanyalah satu rangkap perkataan yang hanya mempunyaai 5 huruf sahaja.



Benarlah katanya “IBU segala ILMU itu adalah SABAR”

Siapa Al Mahdi

Seperti yang di ceritakan oleh seorang bekas penuntut Al Azhar

Di sini ingin saya kongsikan sedikit cerita yang pernah saya dengari dari seorang sahabat saya yang pernah menuntut di sebuah Universiti di Mesir suatu ketika dulu. Beliau ada menceritakan pada saya mengenai Siapakah Al Mahdi sebenarnya kepada saya yang suka banyak bertanya persoalan agama daripadanya. Saya amat tertarik dengan salah satu cerita beliau mengenai kebangkitan Al Mahdi dan di sini saya ingin kongsikan pada anda semua tentang sesuatu yang tersirat dan tersurat disebalik kisah Al Mahdi yang banyak diperkatakan oleh ramai orang terutama pada umat akhir zaman ini sehingga ada yang terlalu taksub dan berani mengaku sebagai imam mahdi




Mengikut sejarahnya persoalan Al Mahdi ini memang telah wujud semenjak zaman Rasulullah saw lagi, baginda sendiri juga pernah banyak meriwayatkan banyak hadis tentang kewujudan Iman Mahdi diakhir zaman selain daripada kebangkitan Dajjal dan juga kedatangan Nabi Isa alaihisalam. Antara hadis yang mahsyur pernah di sampaikanya mengenai Imam Mahdi adalah :



Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda : “Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman”. Hadith riwayat Abu Daud dan Turmizi.







Dari Abu Said Al-Khudri ra berkata : “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ; “Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunahku, Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan kasil dan darinya buni dipenuhi dengan kedurjaan dan kekejaman. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan berada di baitul Maqdis”. Hadith riwayat At-Tabarani.



Di antara tanda-tanda besar Qiamat ialah munculnya Imam Mahdi yang akan memerintah dunia ini dengan keadilan ketika dunia dicengkam oleh kejahatan kerana turunnya Dajjal. Walau bagaimanapun terdapat setengah-tengah pihak yang mempertikaikan kemunculan Imam Mahdi. Mereka berpendapat ia adalah perkara dongeng yang sengaja dicipta oleh orang-orang Yahudi dan Syiah.



Ceritanya yang saya nak sampaikan ini sebenarnya bermula selepas 45 tahun kewafatan nabi Muhammad saw iaitu apabila tercatat sejarah besar dalam Islam ketika itu mengenai peristiwa berdarah Karbala di mana kita sendiri pernah mendengar atau membacanya. Sayidina Husain telah terbunuh bersama anggota keluarganya akibat kekejaman tentera Yazid bin Muawiyah yang dikepalai oleh Ubaidullah bin Ziyad di dalam peristiwa itu









Perjalanan Saidina Hussin dari Mekkah Menuju Ke Kufah tetapi terhenti di Karbala kerana diserang oleh tentera Yazid



Disini saya ingin menceritakan sedikit siapakah dia saydina hussain dan kaitannya dengan kisah imam mahdi ini, saya fikir semua orang islam mengenali siapakan beliau tentunya cucu Rasulullah saw selain dari saidina Hassan yang paling disayanginya. Mereka berdua adalah anak kepada hulubalang Islam yang tersohor siapa lagi kalau bukan Saidina Ali dan Ibu beliau adalah Saiditina Fatimah Az-Zahra anak perempuan Rasullah dan Siti Khadijah.



Di pendekkan cerita saidina hussein dalam perjalan ke Kufah dan keluarganya serta beberapa orang pengikut yang lain telah dikepung oleh tentera Bani Umayah atas arahan pemerintah ketika itu iaitu Yazid bin Muawiyah (Yazid I) di suatu kawasan padang pasir yang bernama Karbala. Disana mereka telah dikepung selama beberapa hari sehinggakan saidina hussain kehabisan bekalan makanan. Di dalam peristiwa itu juga Yazid telah memberi peringatan kepada tenteranya supaya jangan memberi atau membantu saidina hussain dengan memberi makanan walaupun dengan seteguk air sekalipun, ini kerana katanya sekiranya ia dapat minum walaupun setitis air pastinya awak semua tidak bisa mengalahinya maklumlah anak hulubalang terkenal tentu hebat seperti ayahnya. Selepas beberapa hari barulah tentera Yazid memberanikan diri untuk mendekati saidina Hussain yang kelemahan untuk mempertahankan diri dan keluarganya.







Di saat itulah berlaku perbalahan antara tentera Yazid siapakah yang berani berdepan dengan saidina Hussain kerana Yazid telah memerintahkan hukum bunuh kepada saidina Hussain dan kepalanya mesti dipersembahankan dihadapan Yazid di Damsyik sebagai bukti saidina Hussain telah dihukum bunuh. Semua tentera Yazid gentar untuk menjalankan perintah Yazid kerana sememangnya saidina hussain amat gagah perkasa seperti ayahnya dan juga kerana mengenangkan beliau adalah cucu junjungan besar nabi Muhammad saw. Akhirnya salah seorang tentera Yazid yang bernama Muawiyah bin Abi Suffian telah memberanikan diri menghampiri dan memenggal kepala saidina Hussain. Di riwayatkan sebelum kepalanya dipenggal, saidina hussain sempat berteriak memanggil abangnya saidina hassan yang ketika itu jauh berada di kota Mekah, tetapi dengan izin Allah saidina Hassan dapat mendengarnya lantas dia mula merasakan bahawa adik saidina hussain dalam kesusahan atau kemalangan. Tanpa berfikir panjang saidina hassan telah membawa bersamanya pedang peninggalan arwah ayahnya saidina Ali dimana mengikut sirahnya saidina Ali sebenarnya memiliki dua pedang sakti iaitu salah satunya adalah hadiah dari Rasulullah sendiri. Mengikut riwayatnya sebelum saidina Ali meninggal dunia beliau sempat memberi amanat kepada kedua anaknya iaitu saidana hussain dan hassan supaya mencampakkan kedua-dua pedang tersebut ke dalam laut merah tetapi apa yang berlaku hanya satu pedang saja yang dicampaknya manakala yang satu lagi pedang pemberian Rasulullah iaitu datuknya disimpan kerana mereka terlalu sayangkanya kerana itulah satu-satu harta peninggalan arwah ayahnya dan baginda. Pedang yang bernama Dzulfikar atau Dhu al-Faqar itu di bawa oleh saidina hassan bersama dengan seekor kuda peninggalan saidina ali yang menjadi tunggangannya ketika berperang di zaman Rasullulah. Diriwayatkan kuda saidina Ali yang ditungang oleh anaknya saidina hassan bergerak sepantas kilat seperti kakinya tidak mencecah ke bumi.



Apabila saidina hassan sampai sahaja di karbala di dapatinya adiknya saidina hussain serta keluarga telah dibunuh oleh tentera Yazid. Apabila melihat kekejaman tentera Yazid yang menyepak dan menendang kepala adiknya saidina hussain yang kepalanya telah terpenggal, saidina hassan telah mengamuk dan membunuh hampir semua tentera Yazid di situ dengan hanya menggunakan pedang ayahnya itu. Diriwayatkan bahawa pedang saidina Ali tersebut tidak bermata tetapi apabila dihayun atau dipukul maka saujana mata memandang semua yang ada di depannya akan mati terkena pukulan pedang yang maha hebat itu. Apabila Allah melihat ramai yang telah terkorban dan apabila bumi karbala bermandikan darah dan juga dek kerana begitu ramai yang terbunuh dengan amokan saidana hassan maka Allah telah memerintahkan Malaikat untuk turun ke bumi dan membawa saidina hassan keluar dari medan pertempuran yang maha hebat itu dan disembunyikan kesebuah kawasan gua yang tiada siapa dapat melihatnya. Hikmah dari kejadian itu mungkin Allah ingin memberi bukti kepada umat Islam bahawa kejadian Karbala itu benar-benar berlaku kerana selepas kejadian itu ada tentera Yazid datang membawa kepala saidina hussain untuk di persembahkan kepadanya, pada mula Yazid begitu gembira dengan kejayaan itu namun selepas itu dia menangis kerana mengenangkan kepala yang dipersembahkan kepadanya itu adalah kepala cucu kepada baginda Rasullulah saw.







Kaum Syiah Mempercayai Imam Mahdi tersembunyi di sini tetapi sejauh mana kebenaranya ?



Kesimpulan dari cerita ini adalah dimanakah perginya saidina hassan ? diamanakah ia disembunyikan ?. Ada yang meriwayatkan saidina hassan bakal muncul dan keluar dari tempat persembunyianya di satu hari nanti sebagai Imam Mahdi kerana beliaulah waris Rasulullah yang masih tinggal dan bakal memerangi tentera Dajjal di akhir zaman nanti. Logiknya saidina hassan disembunyikan bersama dengan pedang Dhu al-Faqar dan kuda saidina ali yang maha hebat itu, mungkin pedang itulah yang bakal membunuh Dajjal sebagai mana sabda Rasulullah saw :



Dari Ibnu Umar bahawa Nabi SAW telah mengambil tangan Saidina Ali ra dan bersabda:



“Akan keluar dari sulbi ini pemuda yang akan memenuhi dunia dengan keadilan (Al Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Pemuda dari Bani Tamim itu, dia datang dari sebelah Timur dan dia dalah pemegang bendera Al Mahdi“ dari Al Hawi Lil Fatawa oleh Imam sayuti



Menurut riwayat yang sah Al-Mahdi adalah dari keturunan Sayidina Hassan bin Ali. Sesungguhnya telah tsabit bahawa Al-Mahdi adalah keturunan Hassan bin Ali sebagaimana yang tersebut di dalam hadits sahih yang diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud dalam Sunannya,



“Telah berkata Ali sambil memandang puteranya Hassan,” Sesungguhnya Puteraku ini ialah sayid sebagaimana yang telah dinamakan oleh Nabi SAW. Dari keturunannya akan lahir seorang lelaki yang namanya seperti nama Nabi kamu, menyerupai baginda dalam perangai dan tidak menyerupai baginda dalam rupa dan bentuk.”





Hadits ini telah disahkan oleh para ulama di antaranya Al-Manawi di dalam kitabnya Al-Kabir, Ibnu Atsir dalam kitabnya An-Nihayah, Ibnu Qayyim Al Jauziyah dalan kitabnya Gharibul Hadits dan Al-Manarul Munif Fi Sahihi Wad Dha’if, Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari di dalam kitabnya Aqidah Ahlil Islam Fi Nuzuli Isa AS dan lain-lain lagi.



Abu Thahir Muhd Syamsul Haq dalam kitabnya ‘Aunal Ma’bud (syarah Sunan Abu Daud), memetik kenyataan Al Hafiz Imanuddin yangmenyebut bahawa hadits-hadits mengenai Al-Mahdi menunjukkan bahawa Ia dari ahli bait Rasulullah SAW, zuriat Fatimah dan anaknya Hassan bin Ali. (sila rujuk kitab ‘Aunal Ma’bud juzu’ II m.s 374 dan 382)



Di dalam riwayat yang lain :



“Bahawa Al Mahdi ini mempunyai dua ciri-ciri besar iaitu akan mendapat daulah di sebelah Timur dan akan memegang pedang Zulfaqor (Dhu al-Faqar) sebagai bukti bahawa ia membawa kebenaran.”



Pedang Yang Dipercayai Dhu al-Faqar (Dzulfaqr) yang di simpan di Muzium Cairo Arab Saudi



Sehingga kini belum dapat kepastian yang tepat di manakah makam saidina hassan kalaulah benar-benar ia telah meninggal dan pekara yang sama juga berlaku kepada keseluruhan keluarga saidina Ali yang lain iaitu saidina Hussein jasadnya dikatakan tak langsung dikebumikan manakalan ibunya saiditina Fatimah Az-Zahrah juga tidak diketahui dimana makamnya. Yang pasti Al Mahdi pasti akan muncul, tetapi beliau bukanlah calang-calang manusia kerana kehebatannya mungkin sehebat ayahnya hulubalang agung saidina Ali ra.



Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah SWT tunjukkan kebenaran itu kepada kita. Jangan sampai kita menjadi penentang yang tidak dapat menerima maka sikap tawakuf ( tidak menyetujui dan tidak menolak, melainkan menunggu dan terus mempelajari) adalah lebih baik. Lebih selamat bila kita tidak menyanggahnya, sebab siapa yang menyanggah kebenaran dari Allah akan terhina di dunia dan akhirat.





Allahualam

Wednesday, September 9, 2009

Rezeki Allah Untuk Semua Makhluk..Fikir2 kan..

Manusia seringkali berkeluh kesah atas rezeki yang ia terima. Keinginan tidak sama dengan yang ia terima dengan apa yang di impikan, sukar untuk mngucapkan syukur. Pernahkah kita renungkan bahwa pintu rezeki Allah itu ada di mana-mana? Seberapa banyak kedua tangan kita bisa meraihnya, tergantung kepada diri kita sendiri. Ikuti kisah berikut semoga ada hikmahnya.


Dari Muadz bin Jabal ra dia berkata, Rasul SAW bersabda: "Ya anak Adam, malulah kepada-Ku disaat kau melakukan kemaksiatan, sedangkan Aku malu padamu di hari pembalasan yang amat besar, maka jangan kalian berbuat dosa wahai anak Adam, bertaubatlah kepada-Ku maka Aku akan memuliakanmu sebagaimana mulianya para Nabi. Ya anak Adam, janganlah kau palingkan hatimu dari-Ku, karena sesungguhnya jika hatimu berpaling dari-Ku maka Aku membiarkanmu dan tidak akan menolongmu. Wahai anak Adam, apabila kamu bertemu dengan-Ku kelak di hari kiamat dan kebaikan sebanyak penduduk bumi menyertaimu, maka tidak Aku terima kebaikanmu sehingga kamu membenarkan janji dan ancaman-Ku. Wahai anak Adam, sesungguhnya Aku adalah Dzat Yang Memberikan Rezeki sedangkan kamu adalah orang yang menerima rezeki dan kamu mengetahui bahwasanya Aku akan menepati janji-Ku untuk memberikan rezeki padamu, maka janganlah kamu meninggalkan taat kepada-Ku disebabkan rezekimu. Sesungguhnya jika kamu meninggalkan taat kepada-Ku, disebabkan rezekimu maka siksa-Ku wajib atas kamu dan jagalah lima perkara ini untuk-Ku dan pada akhirnya surga adalah imbalan untukmu."

Kisah Burung Hijau

Ingatlah bahawa jangan bersedih atas rezeki. Rezekimu tidak dapat mencegah ketaatan kepada Allah SWT sebab firman Allah SWT mengatakan, "Dan tidak ada makhluk Allah SWT di muka bumi kecuali rezekinya ditanggung Allah SWT." Sebagaimana keterangan yang terdapat pada hadits berikut ini:

Sesungguhnya Allah SWT menciptakan burung hijau di angkasa dan Allah SWT membuatkan lembing di atas punggung dan membuatkan lembing yang lain di bawah perutnya. Allah SWT juga menciptakan ikan besar di lautan yang memangsa ikan kecil dan daging ikan kecil itu akan masuk ke sela-sela gigi ikan besar yang dapat membahayakan dan menyakitinya. Lalu ikan besar mengeluarkan kepalanya dari dalam air dan membuka mulutnya dan pada saat itu masuklah burung hijau ke dalam mulut ikan besar itu lalu mematuk-matuk sisa-sisa daging yang ada di sela-sela gigi ikan besar itu sedangkan dua buah lembing laksana penyangga yang mencegah ikan besar itu memangsa burung hijau itu. Ketika sisa-sisa daging yang melekat di antara sela-sela gigi ikan besar itu habis lalu terbanglah burung hijau itu ke angkasa.

Hikmah:

Allah SWT telah menjadikan rezeki seekor burung dari sela-sela gigi ikan dan ikan besar kembali ke tempatnya sambil merasakan kenyamanan karena pertolongan seekor burung. Keberadaan salah satu dari keduanya telah menjadikan hubungan sebab akibat bagi yang lain. Allah SWT tidak meninggalkan seekor burung tanpa rezeki, maka bagaimana Allah meninggalkan manusia tanpa rezeki?.

Kisah Perburuan Ibrahim Bin Adham

Kisah ini menuturkan sebab-sebab taubatnya beliau. Pada suatu hari Ibrahim keluar untuk berburu binatang. Disuatu tempat ia berhenti dan bergegas menghamparkan tikar untuk makan. Pada saat dia tengah menikmati makan, tiba-tiba datang seekor burung Gagak yang hinggap di atas tikar tersebut dan mengambil roti dengan paruhnya, lalu burung Gagak itu segera terbang ke angkasa. Ibrahim menjadi hairan dan segera menaiki kudanya untuk pergi mengikuti jejak burung gagak itu yang terbang dan menghilang di balik gunung. Akhirnya Ibrahim juga naik ke atas gunung dan melihat ke sekitarnya dan terlihatlah burung Gagak itu dari kejauhan. Ketika di dekati, burung Gagak itu terbang dan di sana terlihat seorang lelaki dalam keadaan terikat dengan kedudukan tertidur memiringkan tubuhnya. Melihat itu Ibrahim segera turun dari kudanya dan melepaskan pengikat di tubuh laki-laki itu dan bertanyalah tentang keadaan laki-laki itu. Laki-laki itu segera bercerita, "Sesungguhnya saya adalah seorang pedagang yang dirompak di tengah perjalanan. Seluruh harta yang kubawa habis dirompak. Mereka juga memukul, mengikatku dan membuangku di tempat ini. Telah tujuh hari aku berada di tempat ini dan setiap hari seekor burung Gagak datang membawa roti. Burung itu hinggap di atas dadaku sambil memecah-mecah roti itu dengan paruhnya, lalu ia masukkan roti itu ke dalam mulutku. Ternyata Allah tidak membiarkan aku kelaparan selama tujuh hari." Segera Ibrahim menaiki kudanya sekaligus membonceng laki-laki itu dan membawanya ke perkemahannya. Ibrahim bertaubat dan kembali kepada Allah. Dia melepaskan pakaian bangsawanya, membebaskan budak-budaknya dan mewakafkan tanah dan semua harta yang dimilikinya. Ibrahim mengambil tongkat dan berjalan ke kota Mekah tanpa sebarang bekal dan pengangkutan. Dia tidak memperdulikan rasa lapar sehingga sampai di Ka’bah. Disana Ibrahim menyampaikan rasa syukurnya kepada Allah SWT

Hikmah:

Allah SWT berfirman, "Barang siapa berserah diri kepada Allah maka baginya akan dicukupi oleh Allah. Sesungguhnya Allah SWT adalah Dzat yang menyampaikan perkara manusia dan Allah benar-benar mampu menjadikan segala sesuatu

Kesimpulannya di sini:

Walaupun keadaan keperluan harian melonjak , janganlah janganlah berasa tidak senang kerna percayalah rezeki telah ditetapkan oleh Allah untuk setiap hambanya…jika lahir dari hati kecil kita mengatakan susah itu dan ini, ini bermakna kepergantungan (keyakinan) diri kita kepada Allah adalah kurang…betulkan niat semula bahawa hidupnya kita adalah bertujuan mengabdikan diri dan menghadapi segala dugaan untuk mempertingkatkan keimanan dan keyakinan kita kepada Allah… hidup seadanya ini bermakna menggunakan nikmat kurniaan Allah dengan sebaiknya tanpa melakukan pembaziran, setiap ujian yang datang sebenarnya kita mampu tangani sebab Allah xkan menguji hambanya sekiranya hambanya tidak mampu…

Kenal Allah

Satu peristiwa yang berlaku kepada Rasullulah di kala Rasulullah SAW duduk bersendirian di bawah pohon kurma. S Seorang pemuda Quraish bernama Da'tsur menghampiri baginda, dia mengeluarkan pedang lalu menghunusnya ke leher Rasulullah saw.


"Wahai Muhammad, sekarang engkau sendirian. Siapa yang akan menolongmu?," gertak Da'tsur.

Dengan segera Rasulullah bersabda, "Allah!"

Mendengar kata "Allah", Da'tsur langsung gementar, hinggakan pedang yang dihunusnya jatuh. Rasul segera mengambil pedang itu, lalu langsung menghunus pada Da'tsur seraya bertanya, "Sekarang, siapa yang akan menolongmu?".

"Tidak ada wahai Muhammad, kecuali engkau mahu menolongku!"

Peristiwa ini dilihat dan dihurai dalam pengertian yang berbeza,para ulama lagi makrifatullah mentafsirkan akan kemampuan Rasulullah mengalihkan perhatian daripada makhluk kepada kepada Zat Yang Menguasai makhluk. Mata baginda melihat Da'tsur, namun hati baginda fokus kepada Allah yang menguasai Da'tsur. Sehingga apa yang baginda ucapkan sangat sangat berkesan. Barokah atau bahasa sekarang ni powerfull….

Kata "Allah" diucapkan sepenuh keyakinan. Itulah yang membuat Da'tsur terguncang.

Begini…., ketika kita melihat lukisan yang sangat icantik,indah, biasanya pemikiran kita terus tersambung kepada pelulis tersebut. Hati keci terus berdetik…Fuhhh hebat dia ni…macam real…bla..bla... Last sekali tutup kalimah dengan hmmm bakat Allah taala bagi kat dia.Ingat juga kat Allah..tapi lambatttt…. Satu lagi contoh…ketika kita melihat robot canggih, kita akan kagum terhadap jurutera yang merancangnya atau programmernya tambahan pula kalau engineer tu matsukamoto ka atau mana jepun, lagi la kagum.

Maka, bagaimana mungkin ketika kita melihat kehebatan alam ini, hati dan fikiran kita tidak tersambung kepada Penciptanya? Padahal, semua yang ada di alam ini, termasuk diri kita, mutlak ciptaan Allah!

Di sinilah ilmu ma'rifatullah bermain!

Andai kita memiliki kesedaran ini, walau apapun, di mana-mana pun dan sesiapapun akan terpesona pada kemaha besaran Allah. Hati dan lisan kita akan sulit berhenti memuji dan berzikir kepadaNya.

Salah satu kunci makrifat adalah kecepatan kita dalam mengalihkan fokus pandangan daripada makhluk kepada Al-Khaliq. Mata melihat makhluk, telinga mendengar suara, kulit merasa, namun hati dan fikiran yang mengendalikan semua itu terhubung dan tembus kepada Allah. Kecepatan kita mengalihkan fokus pandangan, akan menentukan kualiti hidup dan kebahagiaan diri kita. Semakin cepat mengalihkan perhatian kepada Allah, semakin cepat pula kita meraih kebahagiaan, kedamaian dan ketenangan hakiki.Seperti yang selalu dikatan Al Imam lagi syeikh.."Pandang Tembus"

Lantaran, dunia ma'rifat adalah dunia kebahagiaan, kedamaian dan ketenangan.

Allah swt berfirman, "Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." (QS Al Baqarah [2]: 155-157).

Lantaran itu, jangan sampai kesibukkan kita bekerja, berniaga, dan hiruk-pikuk duniawi melalaikan kita dari mengingat Allah. Sungguh tidak akan pernah bahagia orang yang jauh dari Allah.

Dunia bukan hal yang boleh mendatangkan kebahagiaan. Dunia sekadar permainan belaka (QS Muhammad [47]: 36).

Dunia sekadar suatu platform untuk mendekat kita pada Allah.

Maka, tidak ada pilihan apabila kita ingin bahagia, kecuali hati kita tembus kepada Allah. Mata pada benda, hati pada Allah. Intinya, nikmat hidup bukan pada yang ada dan tiada. Nikmat hidup hanya ada apabila kita selalu dekat dengan Yang Selalu Ada.

Itulah para ulil albab iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata),"Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Mahasuci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka" (QS Ali Imran [3]: 191).

Kemana saja di pandang disitu wajah Allah…..

Tuesday, September 8, 2009

Antara Semut , Labah-Labah dan Lebah

Jika anda diberi pilihan untuk menjadi semut, labah-labah atau lebah, manakah yang akan anda pilih? Orang yang rajin bekerja akan memilih menjadi semut, sebab melambangkan kerajinan, iltizam, kerjasama, kesatuan, hidup bermasyarakat dan sentiasa aktif.

Orang yang merasakan dirinya bijaksana akan memilih menjadi labah-labah sebab pada anggapannya labah-labah amat cerdik. Dia membina sarang sekali sahaja tetapi mampu duduk senang dan tetap mendapat makan selamanya.
Manakala orang yang merasakan hidup perlu berjasa akan memilih menjadi lebah. Pada anggapannya lebah sangat rajin, cerdik, juga berkuasa. Sengatan lebah boleh mematikan.
Apakah pilihan anda?

Sebenarnya semua pilihan adalah betul. Setiap sesuatu ada kelebihan dan keistimewaan juga kekurangan-kekurang an tertentu. Mengapa saya berkata begitu? Sebabnya, ketiga-tiga binatang kecil ini disebut dalam Al-Quran malah menjadi nama surah. Semut dari Surah An-Naml, labah-labah dari Surah Al-Ankabut dan lebah dari Surah An-Nahl.
Itu menunjukkan ketiga-tiga binatang kecil ini sangat istimewa, penting lagi contoh-contoh terbaik untuk manusia. Namun, jika disuruh memilih satu sahaja dan soalan itu ditujukan kepada saya, saya akan menilai sebagaimana berikut:
Semut. Kerjanya menghimpun makanan tanpa henti. Siang malam pagi petang dia berusaha tanpa rehat. Belum pernah saya melihat seekor semut terbaring keletihan. Dia hanya diusung oleh teman-temannya apabila dia mengalami kesakitan ataupun setelah mati. Selebihnya ia akan bekerja, bekerja dan bekerja. Tahukah anda, semut boleh menghimpun makanan untuk bekalan yang amat lama sedangkan usianya tidaklah lebih lama daripada banyaknya bekalan makanan yang boleh dihimpunnya itu. Motif kehidupan semut ialah menghimpun sebanyak-banyak makanan, seolah-olah dia tidak mati dan hidup selama-lamanya. Alangkah tamaknya sang semut hingga kadangkala sanggup memikul sesuatu yang melebihi saiz badannya sendiri. Sedangkan nyata dia sendiri tidak sanggup memakan makanan itu hingga selesai.
Labah-labah. Dalam ayat 41 Surah Al-Ankabut disebut tentang sarang labah-labah sebagai tempat yang paling rapuh. Ia bukan tempat yang aman. Apa pun yang berlindung di sana akan binasa. Bahkan jantannya disergapnya untuk dihabiskan oleh betinanya. Telur-telurnya yang menetas saling berdesakan hingga saling memusnahkan.
Lebah. Lebah memiliki naluri yang dalam bahasa Al-Qur’an disebut, marhumnya, “Atas perintah TUHAN ia memilih gunung dan pohon-pohon sebagai tempat tinggal.” [An-Nahl,16: 68]. Lebah membina sarang berbentuk segi enam bukannya lima atau empat agar efisen dalam penggunaan ruang. Makanannya suci, bersih dan istimewa daripada serbuk sari bunga. Lebah tidak mengumpul makanan, sebaliknya menghasilkan lilin dan madu yang sangat bermanfaat kepada manusia. Lebah sangat berdisiplin, mengenal pembahagiaan kerja, tidak cerewet, tidak letih melakukan kerjanya. Demi kesucian dan manfaat sarang yang dibina, segala yang tidak berguna disingkirkan. Hasilnya sarang lebah menjadi pusat pengumpulan madu. Lebah tidak mengganggu kecuali jika diganggu. Bahkan sengatannya pun di samping amat berbisa juga boleh menjadi ubat. Ini dibuktikan dalam salah satu rancangan yang memaparkan kisah-kisah pelik tetapi benar terbitan Amerika Syarikat.
Jadi, apakah pilihan saya? Saya memilih ketiga-tiganya sebab ketiga-tiganya mempunyai keistimewaan- keistimewaan tertentu. Psikologinya saya ingin menjadi semut dengan alasan mahu bekerja keras tanpa memikirkan soal remeh-temeh dan politik-politik tertentu. Namun, saya tidak mahu mengambil sikap bodohnya. Tahukah anda sembut amat bodoh meskipun amat rajin.
Jika ada seekor semut terjumpa seketul gula misalnya, dia akan segera pulang memberitahu rakan-rakannya. Lalu dia akan mengikut jalan yang sama yang digunakannya sehingga seketul gula itu ditemuinya kembali. Dia dan rakan-rakan akan menggunakan laluan yang sama untuk kembali ke situ dan begitulah seterusnya hinggalah makanan itu habis. Kemudian seluruh suku sakat dan kaum kerabatnya akan mengikut laluan yang sama juga walaupun ada jalan pintas yang lebih dekat. Saya juga akan mengambil sikap labah-labah yang smart itu. Dia membina sarang dan duduk senang sepanjang masa. Konsepnya seperti bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Susah membina sarang berbaloi untuk hidup senang. Hidup memang perlu smart. Hanya orang smart akan dapat smart living melalui smart earning.
Kaedahnya seperti menanam pokok pisang; menanam sekali makan selamanya. Samalah juga seperti menulis buku; menulis sekali tapi memunggut hasilnya sepanjang masa.
Dengan mengambil sikap lebah, tentunya saya mahu menjadi seseorang yang diperlukan masyarakat dengan memberikan sebanyak-banyak jasa. Bijaknya lebah boleh membina sarang segi enam yang tepat ukurannya. Tidak pernah kita lihat indung lebah ada yang besar ada yang kecil. Ia benar-benar seperti manusia yang pandai matematik dan sains atau seperti manusia yang lebih banyak menggunakan otak kirinya.
Meskipun hebat segala segi, lebah boleh menyerang balik jika terancam. Sikap ini turut diperlukan sebab untuk membina kejayaan ada kalanya kita terpaksa bertindak untuk mengekalkan matlamat serta kedudukan daripada diganggu. Apabila umat Islam mula diperangi maka ALLAH memerintahkan Nabi s.a.w. menyerang balik. Maka hukum berperang dalam keadaan ini pun jelas.
Namun, jika soalan yang asal ditanyakan lagi dan disuruh pilih satu sahaja, apakah pilihan yang terbaik? Semut menghimpun harta, labah-labah pula ingin hidup senang atas kesusahan orang lain manakala lebah berkhidmat kepada pihak lain. Maka, pilihan yang terbaik ialah lebah, lantaran Nabi s.a.w. pernah mengibaratkan seorang Mukmin itu sebagai lebah.
“Tidak makan kecuali yang baik-baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merusak dan tidak pula memecahkannya.” Itulah lebah.

Lailaha Illalah

Saya sangat tertarik dengan tazkirah dari Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat tentang kelebihan zikir Lailaha Illalah. Dalam tazkirah tersebut Tuan Guru ada mengulas tentang hadith Nabi SAW di mana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:" manusia ahli Lailaha Illallah tidak akan merasa sunyi dan dukacita ketika dalam kubur dan akan bangkit daripadanya, seolah-olah mereka bangun dengan menguis tanah di atas kepalanya dengan berkata:, 'segala puji bagi Allah yang telah menyingkir perasaan sedih dan dukacita daripada hatiku, sesungguhnya Engkaulah Tuhan tempatku memohon ampun dan bersyukur.' "

Kesepian dan dukacita merupakan bala azab yang menyeksa jiwa manusia lebih-lebih lagi di alam barzakh yang keadaannya seorang diri. Bayangkan jika seseorang terdampar di gurun padang pasir, yang lengang tanpa kicau burung dan manusia. Pastinya sepi mencengkam jiwa. Tidak akan berlaku kesepian dan kesunyian di daam kubur apabila semasa hayatnya menyebut dengan ikhlas dan sebanyak mungkin kalimah Lailha Illallah.
Apabila dilazimkan berzikir Lailaha Illallah ketika ingat dan sedar, insyaAllah lidah akan sering bergetar menyebutnya ketika hati dalam situasi biasa.
Apa yang menjadi masalah adalah kelaziman bagi orang awam yang bertahlil hanya ketika berada dalam majlis rasmi di masjid atau majlis kenduri, waktu selebihnya lidah sepi tanpa zikir.
Gambaran Rasulullah tentang manusia di akhirat nanti, di mana manusia tidak tahu ke mana hendak dituju selepas dibangkitkan dari kubur, seluruh manusia berhimpun di Mahsyar. Mereka mencari Rasulullah SAW untuk mendapatkan pertolongan, tetapi tidak tahu di mana. Meskipun ramai manusia berhimpun di Mahsyar, namun mereka bagaikan tidak berteman dan masing-masing dengan urusan yang hendak diselesaikan. Sebagaimana dinyatakan firman Allah SWT yang bermaksud:"Pada hari ketika manusia lari daripada saudaranya, lari daripada ibu bapanya, daripada isteri dan anaknya, setiap daripada mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkan."(Surah 'Abasa:34-37).
Hanya dengan memperbanyakkan zikir Lailaha Illalah semasa hidup di dunia ini dengan sebutan yang ikhlas akan mendapat fadhilat yang besar dari Allah. Maksud ikhlas di sini ialah lafaz dengan penuh keyakinan bahawa tiada Tuhan yang lebih berkuasa selain Allah, tidak berkehendak kecuali kepada Allah Yang Maha Berkuasa, Maha Kaya, Maha Bijaksana. Layaklah mereka mendapat balasan syurga kerana mengucap Lailaha Illallah benar-benar bertauhid kepada-Nya. Dengan keyakinan berasaskan tauhid kepada Allah SWT akan mencapai kemuncak ni'mat.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Ya Abu Hurairah, segala kebajikan yang kamu buat sama ada dalam bentuk amalan atau ucapan akan ditimbang di akhirat kecuali ucapan Lailaha Illallah, tidak akan ditimbang dengan mizan biasa. Kalau ceper timbang yang sebelah di letak langit tujuh petala serta isinya, ceper yang sebelah lagi diletakkan ucapan Lailaha Illallah nescaya ia lebih berat lagi".
Rasulullah juga ada berwasiat kepada Abu Hurairah supaya mengajarkan orang yang hampir mati dengan ucapan Lailaha Illallah kerana ia akan meruntuhkan segala dosanya. Ini menunjukkan bahawa jika kalimah ini diucapkan oleh orang yang masih hidup ia lebih meruntuhkan lagi dosa-dosanya.
Oleh itu hendaklah dengan ikhlas menyebut Lailaha Illallah sebanyak mungkin sebelum seseorang itu disekat oleh takdir Allah SWT khusunya ajal.

Sunday, September 6, 2009

Hati Rapuh....

Hati yang rapuh? Mungkin lebih sesuai  ‘hati yang mudah berubah’, tapi rapuh tu dengar sedap sikit.

Rupa-rupanya, hati ini terlalu rapuh. Begitu mudah berkecai, begitu mudah hancur, begitu mudah rosak, begitu mudah berubah-ubah, begitu mudah berbolak balik. Tiada siapa dapat menjamin, saat ini hatin begitu merindui Allah, tetapi saat berikutnya hatinya sudah terleka dengan bisikan dunia. Tiada siapa dapat menjamin, saat ini hatinya tunduk pada Allah, saat berikutnya ia engkar kepada Allah.
Jadi adakah hati itu boleh menjadi kuat? Bolehkah hati itu diperkuatkan? Aku melihat bahawa hati itu akan sentiasa rapuh, akan sentiasa menjadi sesuatu yang mudah berubah. Dan aku melihat hati itu tidak boleh diperkuatkan. Sifatnya memang seperti itu, berbolak-balik. wallahhu'alam
Hati itu hanya menjadi terfokus dan tetap kerana Allah-lah yang sentiasa memelihara, menjaga, monitor, memantau dan meluruskan hati itu. Jadi, tanpa Allah , tanpa kaseh sayang Allah hati akan menjadi liar dan  tanpa amal samada yang wajib dan yang sunat juga akan menyebabkan terputusnya Allah dari hati kita. Maka terputuslah bantuan dari Allah untuk penjagaan hati itu kerana Allah-lah yang memegang hati-hati manusia ini.
Sesungguh sifat Allah itu bersifatnya cemburu jika hati menjadi sarang dunia hatta berkongsi dengan selainNya . 
Jadi, saat kita terlalai itulah, hati terlepas dari penjagaan Allah lalu ia menjadi tidak tenang dan tidak stabil.
Wallahu’alam. Peringatan untuk diri sendiri.

Saturday, September 5, 2009

Aku Adalah Teka Teki?

Manusia hidup bukan karena dirinya sendiri, akan tetapi datang dari Allah yang Maha Hidup. Tatkala Allah berkehendak atas diri itu maka Sirullah @ Rahsia Allah yakni Ruh akan Nasab kepada sekalian tubuh. Setelah itu maka bernafaslah ia, berdetiklah jantungnya, mengalirlah darahnya, terbuka matanya, bersuaralah ia dan bergeraklah anggota tubuhnya. Kemudian sempurnalah ia bernama “Manusia”.


Allah berfirman dalam surah AtTiin ayat 4:

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”.

Kesempurnaan Manusia adalah merujuk kepada betapa Maha Sempurnanya Allah yang telah menciptanya. Sehingga dengan kesempurnaan itulah yang menjadikan Hakikat manusia itu Rahsia Allah dan bahkan Iblis serta para Malaikat pun tidak mengetahuinya melainkan hanya Allah yang Maha Megetahui.

Maka apabila Allah berkehendak atas tiap diri seseorang untuk dijadikan Kekasihnya maka Allah akan membukakan rahsia itu pada dirinya. Sehingga dengan tersingkapnya akan Rahsia itu menjadikan dirinya semakin dekat sekali dengan Tuhannya.
Hanya Rasulullah Saw dan para Anbiya serta Ahlullah yang dikehendakinyalah yang akan dibukakan akan rahsia itu, sehingga baginya itulah satuAnugerah atas dirinya.
Dengan itu tinggilah darjat di sisi Tuhannya sebagai Hamba , bukan lagi Makhluk.

Makhluk adalah mereka yang :-


1. Tidak mengetahui akan makna kehidupan

2. Hidup seharian hanya untuk makan, minum dan aktiviti lainnya

3. Tidak menuju kepada Kesempurnaan Hidup hakiki.

4. Kalaupun beramal dan beribadah hanyalah sekedar melaksanakan kewajiban tanpa mengetahui Hakikat Amal Ibadah itu sendiri dan kadang2 hanya untuk pujian semata.

5. Tidaklah hidup yang dijalaninya melainkan hanyalah menurutkan Hawa Nafsunya.
Mereka yang demikian ini bermartabat Makhluk semata, yang di Firman kan Allah dalam Al-Qur’an mereka hidup seperti Binatang. Tatkala ia mati maka akan menjadi Bangkai dan busuk serta hancur jasadnya.

Adapun pada Hamba Allah itu:-

1. Mengenal kepada Tuhan dan Rasul sebagai kekasihnya

2. Mengetahui makna kehidupan serta matlamat kehidupan.

3. Sedar bahwasanya dirinya bukanlah sesuatu melainkan Hakikat dirinya adalah Rahasia Allah semata.

4. Kemana saja pandangannya, disitulah Allah

5. Senantiasa lebur di dalam zikrullah dalam keadaan yang meliputi sehinggalah ia dipanggil kembali .
Mereka yang demikian ini bermartabat Hamba Allah, jika mereka mati maka Allah mengatakan dalam Al-Qur’an bahwa sesungguhnya mereka itu tidak mati melainkan Hidup dan beroleh nikmat disisi Ku. Sehingga kematiannya akan membawa berkah bagi dirinya sendiri, jasadnya tidak akan hancur dan tidak akan membusuk seperti bangkai karena Allah memelihara akan Jasadnya. Mereka yang dimuliakan dengan Anugerah Allah yang tiada tandinganya itu sentiasa sedar akan dirinya LA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLAH………… dan terkadang mengatakan bahwa : "AKU ADALAH TEKA-TEKI TUHANKU" dan ada pula yang sering mengatakan : "AKU ADALAH RAHSIA TUHANKU".
Syeikh Abdul Qadir Al Jilani sering mengungkapkan dalam khalwatnya " Aku tidak mampu mengenaliMu Ya Allah sebagaimana Engkau kenal akan diriku ,Aku tidak mampu memujiMu selayaknya kerana aku hanya hamba bagi Mu,aku adalah anak kepada hamba Mu.Dahiku yang diatasnya kau tuliskan takdir adalah dalam tanganMu,perintah Mu berlari dalam diriku………………………………………..rujuk kitab sirr Al asrar.

Nihon Go 1-Aisatsu(Kata-kata ucapan)

  1. OHAYOO GOZAIMASU- Selamat Pagi/Good Morning
   Selalu untuk waktu pagi dan jika dikalangan rakan rapat serta ahli keluarga orang jepun menggunakan  OHAYOO saja.

    2.  KONNICHIWA- Selamat Tengah Hari @ Petang/Good Afternoon.

 Selalunyan digunakan dari waktu tengah hari sehingga kewaktu senja atau orang kedah sebut merelob.

   3. KONBANWA- Selamat Malam/Good Evening

 Ucapan yang selalunya digunakan selepas senja sampai la waktu sebelum masuk tidur, kalau nak tidur lain pulak ucapanya

   4. OYASUMINASAI- Selamat Tidur/Have a good night sleep.

 Ucapan sebegini digunakan oleh orang jepun sebelum masuk tidur.

   5. SAYOONARA- Selamat Jalan @ Tinggal /Goodbye

Ucapan sebegini selalunya digunakan apabila nak meninggalkan seseorang dalam tempoh agak lama.Kadang kadang ditambah dengan kata2 OGENKI DE yang bermaksud semoga anda sentiasa sihat.

Sekian , untuk kali ini...InsyaAllah kita besambung di Nihon Go 2

Watashi wa Megat Desu

Thursday, September 3, 2009

Lidahku Kelu Untuk BerDoa Padamu Allah

Tuhanku, bagaimanakah harus aku bersyukur kepada-Mu, sedangkan tak ada syukurku yang selayaknya untuk kupanjatkan kepada-Mu. Hinanya syukurku tak sebanding dengan kemuliaan Dzat-Mu.


Tuhanku, bagaimanakah harus aku memuji limpahan rahmat-Mu , sedangkan limpahan rahmat-Mu padaku tak mampu kuhitung. Sungguh hanya Engkau saja yang layak memuji-Mu.

Tuhanku, ridha-Mu sama sekali tidak bergantung pada sebab dari-Mu, lalu bagaimana mungkin ridha-Mu bergantung pada sebab dariku ? Engkau maha cukup dengan zat-Mu hingga tak memerlukan manfaat dari-Mu. Maka, bagaimanakah mungkin engkau mememerlukan sesuatu dariku ? Engkau sama sekali tidak memerlukankan syukurku.

Tetapi sebagai hamba, adalah kewajibanku untuk bersyukur kepada-Mu. Biarlah aku bersyukur kepada-Mu tanpa suara. Sehingga hanya Engkau yang mengetahui syukurku pada-Mu.


Tuhanku, bagaimana mungkin aku mengadukan nasib dan keadaanku kepada-Mu, sedangkan Engkau lebih mengetahuinya keadanku, dari pada aku sendiri.

Tuhanku, bagaimanakah aku dapat kecewa, sedangkan Engkau-lah yang mengasihiku, memperlakukanku, dan menjadi harapanku.

Tuhanku, bagaimanakah aku akan menjadi hina, sementara kemulian-Mu yang menjadi sandaranku.

Tuhanku, bagaimanakah keadaanku tidak menjadi baik, sementara keadaanku berasal dari-Mu, dan akan kembali kepada-Mu.

Tetapi sebagai hamba, adalah kewajibanku untuk mengadu. Maka biarlahkanlah aku mengadu kepada-Mu dengan cara yang hanya Engkau dan nabi-Mu yang mengetahui

Tuesday, September 1, 2009

Hanya Kerana Nyamuk..fikir2kan

Bismillahirrahmanirrahim




Sudah lama juga saya nak tulis kisah yang berkisar pada sekor nyamuk untuk di jadikan panduan hidup kita yang amat singkat ini.

Ada di antara rakan rakan dan anak anak yang sudah pun berkesempatan bagi saya berceritakan kepada mereka tentang kisah nyamuk ini.

Nyamuk adalah makluk ciptaan Allah Taalah. Dari segi ukuran saiznya memanglah amat kecil sekali tak padan dengan bunyi yang amat menyakitkan telinga.

Kita semua tahu ,nyamuk mempunyai satu tabiat yang amat di bencinya manusia dan agaknya binatang lain juga .Dia suka mencuri darah. Kalau dia mencuri saja tak apa juga tapi kesan yang di tinggalkan lepas dia mencuri amat gatal sekali.

Ada masa masa selepas dia mencuri darah, sempat pula dia meninggalkan penyakit sebagai balasan kepada mangsa tersebut. Lagi lah dia di benci oleh manusia.

Jadi semua orang tahu nyamuk jadi musuh ketat manusia.

Maka manusia mencari jalan untuk membunuh nyamuk.

Persoalannya apa yang anda nampak di sebalik seekor nyamuk tadi?

Cuba renungkan betul betul. Fokus kan minda anda ...apa yang anda nampak di sebalik nyamuk tadi?


Soalan ini sebagai menguji minda dan keperhatian anda atas kejadian makluk Allah ini.

Bagi orang orang sufi yang mendapat kekasyafan dia akan terus nampak kebesaran Allah di belakang nyamuk tadi.

Bagi kita macam mana?

Nampak kah anda betapa ramainya manusia yang jadi jutawan hasil dari nyamuk? Betapa ramai pula yang mendapat rezeki terus dari nyamuk. Rezeki yang dapat di agih agihkan akhirnya untuk membesarkan anak anak ,menyekolahkan mereka dan lain lain keperluan hidup

Di belakang seekor nyamuk tadi nampak kah anda betapa bersemaraknya di muka bumi Allah ini kilang kilang membuat ‘ubat’ untuk menghapuskan nyamuk.

Bermacam jenis “ubat” yang di keluarkan , ada jenis bakar ada jenis sembur (spray) ada jenis pakai letrik ..jenama pun beranika nama shelltok lah, morten lah, reedsect lah macam macam jenama . ..tak terkira banyaknya..

Nampak tak , setiap kilang yang di dirikan di penuhi dengan kakitangan, ada yang berpangkat, Pengurus Besar. Ujud pula jawatan Pengurus berbagai bagai bahagian tertentu seperti Pengurus Pemasaran , Pengurus Pengeluaran, Pengurus Jualan , Jurutera ,Eksekutif ,Foremen , Fitters, Akauntan, Kerani, Penyelia perkerja perkerja , tukang sapu, driver, jaga, driver lorry dan berbagai jenis perkerjaan di sediakan.?

Nampak tak , lepas itu ujud pula rangkai peniaga pemborong dan runcit mengedarkan ubat nyamuk diseruh pelusuk alam. Mereka juga ada perkerja dan kuli yang di bayar gaji.?

Nampak kah anda semua ini dalam satu keujudan industry besar membunuh nyamuk tapi ianya menjadi punca rezeki kepada semua orang terlibat di dalam nya ?.

Nampak kah bagaimana rezeki ini kemudiannya di bawa balik untuk bagi makan anak bini ..Ini lah ertinya rezeki hasil dari iktiar nak bunuh nyamuk?.

Namun nyamuk tak juga hapus dari muka bumi. Selagi tak hapus selagi itu lah golongan ini terus mendapat rezeki dari nyamuk.! Nampak kah anda?

Masalahnya NYAMUK TERUS MENGIGIT, dan ada yang terkena penyakit oleh nya...

Nampakkah apa yang terjadi selanjutnya?

Ujud pula kilang buat ubat untuk orang terkena penyakit gigitan nyamuk seperti denggi, malaria dan lain lain..

Maka banyak lah pula manusia yang bergantung hidup dengan kilang kilang ini.

Nampak tak anak anak yang belajar jadi doktor faramasi jururawat, kemudian mereka jadi doctors, farmasi jururawat, bekerja di klinik dan hospital?.

Apa yang kita lihat lagi?



Di sebalik seekor nyamuk, dari sudut yang lain, nampak lah pula rangkaian industry perubatan yang melibatkan kilang hospital kelinik penuh dengan manusia yang berkerja di dalam nya.Semua menagih rezeki dari nyamuk.

Bagi yang yang ada hati, demikian lah kita nampak bagai mana Allah menyediakan rangkai rezekinya untuk manusia melalui makluk ciptaan nya yang amat kecil iaitu NYAMUK

Orang orang yang di anugerahi oleh Allah Mata Hati akan nampak terus Allah bila melihat kejadian di sekelilingnya serupa lah seperti di melihat seekor nyamuk .

Seperti di gariskan tadi, mula dia akan nampak di belakang nyamuk ada dua jenis kilang, satu jenis buat ubat bunuh nyamuk dan satu lagi kilang buat ubat untuk orang kena penyakit gigitan nyamuk.

Dari situ terus dia nampak manusia manusia yang berkerja. dia nampak bagaimana Allah menyediakan rezeki untuk manusia ini. Yang paling mengkagumkan bila di sedari rezeki ini terbitnya dari niat jahat untuk bunuh nyamuk..

Rangkaian rezeki dari seekor nyamuk makluk ciptaan Allah .Orang yang di anugerah Mata Hati akan terus nampak kebesaran Allah dan kebijaksanaan Allah mengatur rezeki hamba hambanya dengan, lalu langsung dia nampak sifat Al Razak dan terus menuju Allah di situ.

Dan adakah anda nampak Allah seperti orang kasyaf tadi ? Ini lah jalan jalan orang orang menuju marifah. Ketahui lah tiada ilmu yang tinggi selain ilmu marifah..( kata kata Harun Din)

Itu lah bukti nya Allah sentiasa menyediakan rezeki untuk makluknya. Manusia tak perlu risau tentang nya.( Kata Imam Ghazali)

Cerita di atas di ceritakan oleh Guru saya .. Dia tak pernah saya nampak menampal nyamuk walau nyamuk sah mengigit dia.


Dengan kaedah yang sama saya , insyaallah, akan saya ceritakan bagaimana cara orang marifah mensyukuri bila menghadap rezeki dalam siri akan datang..

Wassallam

Dari Pondok Buruk Ke Gedung Batu

ASJ dengan nama komersilnya ASJ Helang yang ditubuhkan pada 7 Mei, 2008 mempunyai visi dan misi tersendiri dengan azam serta berkemampuan untuk pergi ketahap Global disamping berusaha dengan meyediakan tenaga kerja berkemahiran bagi mendominasikan bidang bidang yang diterokainya.Kejayaan dan kekuatan perniagaan banyak disumbangkan oleh gabungan bakat dan kemahiran pihak pengurusan dan tenaga kerja syarikat disamping sikap tidak jemu mencari dan meneroka peluang peluang baru dengan pendekatan secara professional dalam menangani sebarang kemungkinan dalam menempa kejayaan serta kualiti kerja yang dihasilkan.
Bernaung dengan berkat pimpinan orang benar mantap azam dan jelas halatujunya As syeikh lagi syeikh, kami telah mula mengorak langkah dan bertapak dalam dunia perniagaan yang pada peringkat awalnya jauh dari khalayan dan impian.Bermodalkan Islam dan keyakinan dengan janji janji Allah ASJ kini telah menjangkaui impian dengan projek - projek yang mempunyai nilai jutaan ringgit.
InsyaAllah saya akan ceritakn seterusnya bait bait kejayaan disamping jerih payah pengorbanan insan insan cekal yng menerajui ASJ di masa akan data....

Perjalanan Kita

Assalmulaikaum.Bismillahirahmanirrahim..


Saya mulakan blog ini dengan tajuk titian siraltalmustaqim...Bukan apa sekadar mengingatkan diri yang kedil ini bahawa kita hidup di dunia sekejap sangat dan sebenarnya setiap insan setiap saat menghadapi mati..di mana dia berada sekali pun dia menghadapi mati..mati ada di mana mana bila bila masa..Sebab itu orang orang cerdik lagi tawaduk sentiasa tak lepas dari mengingat Allah dalam apa jua keadaan sekali pun..berdiri..berjalan.berkerja..berbual..makan ..malah tidur sekali pun..
Ini semua kerana manusia tidak tahu bila mereka akan mati. Oleh sebab itu, orang orang golongan diatas sentiasa bersedia untuk mati.Sebab janji Allah bahawa orang yang selamat ialah orang yang ahkir hayatnya dapat mengingat Allah Aza Wajalah..
Janji Allah itu benar..setiap insan yang hidup dan kemudian mati akan melalui Titian Sirothalmustaqim..
Meniti Titian ini tidak boleh dilaksanakan oleh manusia selepas dia mati tanpa persediaan di masa dia hidup di dunia ini..
Malah bagi orang orang golongan ini, tugas meniti sirothalmustaqim ini di lakukan di dunia..Di dunia lah tempat kita mesti meniti..meniti dengan membuat ibadah yang di perintah dengan tekun dan iklas dan sentiasa memohon Allah memberi pertunjuk jalan yang lurus.
Sekian dulu buat sementara waktu ..Wassallam