Petikan terjemahan Kitab Al Hikam: ( Sebahagian dari Munajat ( doa doa) Ibnu Athaa’)
35) Tuhan Ku,, dekatkan lah aku kepada Mu dengan rahmat-Mu supaya segera aku sampai kepadaMu, dan tariklah aku dengan kurniaMu sehingga aku menghadap kepadaMu
( Memang tidak ada jalan bagi hamba untuk sampai kepada Tuhan kecuali dengan Rahmat Tuhan sendiri,demikian pula tidak mungkin menghadap kepada Tuhan kecuali dengan kurniaNya)
38) Tuhanku, bagaimana aku akan kecewa padahal Engkaulah harapanku, atau bagaimana aku akan terhina padahal kepada Mu lah aku bersandar dan menyerah (berserah diri).
39) Tuhan Ku, bagaimana aku akan mulia (bebangga padahal Engkau telah menempatkan aku dalam kehinaan, tetapi bagaimana aku tidak akan berbangga padahal kepada Mu lah dikenal (bernisbah) (yakni hamba Allah). Dan bagaimana aku tidak akan miskin, sedang Engkau telah menepatkan aku dalam kemiskinan, tetapi bagaimana aku akan miskin padahal Engkau sudah mencukupi aku dengan kemurahanMu, (atau: padahal dengan kemurahanMu aku telah Engkau kayakan)
40) Engkau lah Tuhan yang tiada Tuhan kecuali Engkau, Engkau telah mengenalkan diriMu pada tiap tiap sesuatu , sehingga tiada sesuatu yang tidak mengenal kepada Mu .Dan Engkau pula yang mengenalkan diri kepadaku dalam segala sesuatu sehingga aku melihat Engkau jelas pada setiap (segala ) sesuatu, maka Engkau lah yang zahir (jelas0 pada tiap sesuatu.
41) Ya Tuhan yang tegak (berkuasa) dengan sifat RahmanNya di atas Arasy, sehingga arasy itu lenyap dalam rahmannya Allah, sebagaimana alam alam yang lain lenyap dalam arasyullah. Engkau yang telah menghapuskan (melenyapkan) alam dengan alam, dan melenyapkan arasy dengan kepungan nur yang meliputinya dari sifat rahmannya Allah
42) Ya Tuhan yang telah berdinding dibalik pagar kemulianNya, sehingga tidak dapat dicapai oleh pandangan mata.Ya Tuhan, yang telah menjelma dalam kesempurnaan keindahanNya, sehingga nyata bukti kebesaranNya dalam hati dan perasaan.Ya Tuhan, bagaimana Engkau akan tersembunyi padahal Engkau yang sangat zahir (terang), dan bagaimana Engkau akan ghaib, padahal Engkau lah pengawas yang tetap hadir. Semoga Allah yang memberi tufik, dan kaepadaNyalah aku berharap bantuan pertolongan….Amin
Thursday, December 31, 2009
AL HIKAM-kompas kehidupan lebih bermakna-3
Posted by Megat at 3:26 AM 0 comments
AL HIKAM-kompas kehidupan lebih bermakna-2
Wujud Allah dalam hati
Bab 45). Sinar matahati itu dapat memperlihatkan kepadamu dekatnya Allah kepada mu. Dan matahati itu sendiri dapat memperlihatkan kepada mu ketiadaanmu kerana wujud (adanya) Allah, dan hakikat matahati itu lah yang menunjukkan kepadamu,hanya adanya Allah,bukan ‘adam (ketiadaanmu) dan bukan pula wujudmu.
Makam fana
Bab 46).Terjemahan Kata kata mutiara kitab Al-Hikam: telah ada Allah, dan tiada sesuatu di sampingNya, dan Ia kini sebagaimana adaNya semula.
Demikian lah contoh maqam fana’, tiada melihat sesuatu kecuali Allah. Bagai seorang di dalam gedung(rumah), kemudian ia mengisi rumah dengan segala perabot dan boneka dan patung, lalu ditanya: Siapakah yang ada dalam di dalam gedung itu? Jawabnya: Hanya ia seorang, yakni semua boneka dan berhala itu tidak dapat disebut sebagai teman atau kawannya.Demikian orang ahli hakikat tidak melihat adanya sesuatu yang dapat di sebut di samping Allah.
Bab 52) .Dan perhatikan sabda Nabi s.a.w. :Maka siapa yang berhijrahnya menuju kepada Allah dan Rasulullah(kerana menurut perintah Allah dan Rasulullah), hijrahnya akan sampai di terima Allah dan rasulullah. Dan siapa yang hijrah kerana kekayaan dunia yang akan di dapati,atau kerana perempuan yang akan di kahwini, maka hijrahnya terhenti pada apa yang ia hijrah kepadanya.Perhatikanlah sabda Nabi s.a.w. ini dan perhatikan persoalan ini jika engkau mempunyai kecerdasan fahaman.
Masuk syurga dan sembayang dua rakaat
Abu Sulaiman Addarani berkata: Andaikan aku disuruh pilih antara masuk syurga jannatul-Firdaus dengan sembahyang dua rakaat nescaya saya pilih sembahyang dua rakaat. Sebab di dalam syurga saya dengan bahagianku, dan sembahyang aku dengan Tuhanku.
Kita baik asal tak cinta dunia
Sufian Asyuri minta nasihat dari Rabi’ah Al Adawiyah, maka berkata Rabi’ah: Engkau seorang yang baik, andaikan engkau tidak cinta kepada dunia.
Lilah dan billah
bab 10). Amal perbuatan itu sebagai kerangka yang tegak,sedang ruh (jiwa)nya, ialah terdapatnya rahsia ikhlas (ketulusan) dalam amal perbuatan itu.
Keikhlasan seorang dalam amal perbuatannya menurut tingkat kedudukannya maka keikhlasan orang abrar, apabila amal perbuatan itu telah bersih dari riya’ yang jelas maupun yang samar sedang tujuan amal perbuatan mereka selalu hanya pahala yang di janjikan oleh Allah kepada hambaNya yang ikhlas.
Dan ini terambil dari ayat “iyyaka na’budu” Hanya kapadaMu kami menyembah , dan tiada kami mempersekutkan Engkau dalam ibadahku ini kepada sesuatu yang lain.
Adapun keikhlasan orang orang muqarrabin ialah menerapkan perngertian “Laa haula quwwata illa billah”.
Tiada daya untuk mengelakkan, dan tiada kekuatan untuk untuk berbuat apapun kecuali dengan pertolongan langsung dari Allah( kehendakNya dan Afa’alNya semata).
Tiada daya kekuatan sendiri, sedang semua itu dari Allah, ia merasa bahawa semua amal perbuatan semata mata kurnia Allah kepadanya, sebab Allah yang memberi hidayah dan taufiq.
Ini di ambil dari ayat : “Iyyaka nasta’in”. Hanya kepada Mu kami mengharap bantuan pertolongan, sebab kami sendiri tidak berdaya.
Amal orang abrar di namakan amal lillah; Beramal kerana Allah.
Sedang amal muqarrabin di namakan :Amal billah: beramal dengan bantuan kurnia Allah ( kehendak dan Afa’alNya semata).
Amal lillah menghasilkan sekadar memperhatikan hukuman lahir, sedang amal amal billah menembus ke dalam perasaan hati.
Seorang guru berkata: Perbaikilah amal perbuatanmu dengan ikhlas dan perbaikilah keikhlasan mu itu dengan perasaan tidak ada kekuatan sendiri, sedang semua kejadian itu hanya semata mata kerana bantuan(afa’al) Allah.
syukur
Hikam:
Asysyibly berkata: Syukor itu jalan melihat pada yang memberi bukan melihat nikmat pemberiannya.
Abdul Aziz Almahdawy berkata:Siapa yang tidak melihat
Pemberi nikmat di dalam nikmat itu, maka nikmat itu hanya berupa istidraj (dilulu) dan berubah menjadi bala.
Abu Hamid (Muhammad) Alghazzaly membuat contoh: seorang raja memberi hadiah kuda pada rakyatnya, maka dalam menerima nikmat pemberian hadiah ada tiga macam:
1.Merasa gembira kerana ia mendapat sesuatu yang berguna dan berharga, sesuai dengan maksud tujuannya, dan dapat menyampaikan hajat keinginannya. Orang yang sedemikian ini tidak memperhatikan raja sama sekali, pandangannya hanya semata mata pada kuda, di beri raja atau mendapat di hutan tiada beza baginya.
2. Orang yang gembira bukan kerana kuda, tetapi kerana merasa di beri,di ingati ,di kasihi oleh raja, orang ini dapat membezakan antara pemberian raja dengan jika ia dapat di hutan.
3. Orang yang merasa gembira kerana dengan pemberian itu, dia dapat menggunakan untuk lebih mendekat kepada raja, sehingga dapat lebih meningkatkan kedudukannya di sisi raja.
Hijrah
Bab 51). Jangan berpindah dari satu alam kealam yang lain, bererti sama dengan himar (keldai) yang berputar di sekitar penggilingan (pengisar), ia berjalan menuju ketempat tujuan, tiba tiba itu pula tempat yang ia mula mula berjalan daripadanya, tetapi hendaklah engkau pergi dari semua alam menuju kepada pencipta alam. Sesungguhnya kepada Tuhanmu puncak segala tujuan.
Bab 52). Dan perhatikan sabda Nabi s.a.w. :Maka siapa yang berhijrahnya menuju kepada Allah dan Rasulullah(kerana menurut perintah Allah dan Rasulullah), hijrahnya akan sampai di terima Allah dan rasulullah. Dan siapa yang hijrah kerana kekayaan dunia yang akan di dapati,atau kerana perempuan yang akan di kahwini,maka hijrahnya terhenti pada apa yang ia hijrah kepadanya.Perhatikanlah sabda Nabi s.a.w. ini dan perhatikan persoalan ini jika engkau mempunyai kecerdasan fahaman.
wasallam
Posted by Megat at 3:24 AM 0 comments
AL HIKAM-kompas kehidupan lebih bermakna -1
Bukti kuasa Allah yang luar biasa
Kata kata mutiara Al-hikam (berkaitan bukti kekuasan Allah) : Diantara bukti-bukti yang menunjukan adanya kekuasaan Allah yang luar biasa ialah dapat menghijab engkau daripada melihat kepadaNya dengan hijab yang tidak ada wujudnya (yakni: Bayang-bayangan hijab) di sisi Allah.
Bayangan tergantung
Sepakat para arifin bahawa segala sesuatau selain Allah tidak ada, ertinya:tidak dapat disamakan adanya sebagaimana adanya Allah, sebab adanya alam terserah kepada kurnia Allah, bagaikan adanya bayangan yang tergantung selalu kepada benda yang membayanginya. Maka siapa yang melihat bayangan dan tidak melihat kepada yang membayangainya, di sini terhijabnya.
Firman Allah:Segala sesuatu rosak hancur kecuali zat Allah.
Pandangan makluk
Terjemahan kata-kata mutiara kitab Al Hikam: Hilangkan pandangan makluk kepada mu kerana puas dengan penglihatan Allah kepada mu,dan lupakan perhatian (menghadapnya) makluk kepada mu, kerana melihat bahawa Allah menghadap kepadamu.
Sal bin Abdullah Attustary berkata: Seorang tidak dapat mencapai hakikat kewalian sehingga menghilangkan pandangan orang dari fikirannya,sehingga tidak melihat apa apa di dunia, hanya ia dengan Tuhan yang menjadikannya, sebab tiada seorang pun dapat menguntungkan atau merugikan.
Ingat kisah Lukman Alhakim dengan putranya berjalan dengan Keldai.. Tujuan Luqman untuk menunjukan kepada putranya bahawa orang yang beramal atau mengambil-ambil hati orang tidak selamat dari celaan mereka.
Muhammad bin Aslam ra.berkata:Ada kepentingan apakah saya pada manusia padahal sejak saya dalam punggung ayah saya seorang diri, lalu di dalam perut ibu juga seorang diri dan keluar di dunia juga seorang diri,(yakni tidak melalui bantuan manusia) hingga mati dan masuk ke kubur juga seorang diri,dan menghadapi persoalan alam kubur sampai kemudian menghadap kepada Allah dan masuk syurga atau neraka juga seorang diri, maka apakah keperluan saya dengan manusia.
Buat sesuatu untuk balasan
Terjemahan kata kata mutiara kitab Al-Hikam:Siapa yang menyembah kepada Allah kerana mengharap sesuatu, atau menolak bahaya siksa atas dirinya, belum menunaikan hak kewajipannya terhadap sifat sifat Allah
Allah telah menurunkan wahyu kepada Nabi Daud as: Sesungguhnya orang yang sangat aku kasih kepadanya ialah yang beribadat bukan kerana upah pemberian, tetapi semata mata kerana Aku berhak untuk di sembah.
Dalam Kitab Zabur ada tersebut: Dan siapakah yang lebih kejam dari orang yang menyembahKu kerana syurga atau neraka, apakah andaikan Aku tidak buat syurga dan neraka ,tidak berhak untuk disembah?
Zikir
Kata kata mutiara Al-hikam:Jangan meninggalkan zikir, kerana engkau belum selalu ingat kepada Allah di waktu berzikir, kelalaianmu terhadap Allah ketika tidak berzikir lebih berbahaya daripada kelalaianmu terhadap Allah ketika kamu berzikir.
Abdullah bin Abbas ra.berkata;Tiada suatu kewajipan yang di wajib oleh Allah pada hambaNya melainkan ada batas batasnya, kemudian bagi orang orang yang uzur di maafkan bila tidak dapat melakukannya, kecuali zikir maka tidak ada batas, dan tidak ada uzur yang dapat diterima untuk tidak berzikir, kucuali jika berubah akal (gila)
Firman Allah:
Yang mengingati Allah sambil berdiri dan sambil duduk dan sambil berbaring, dan memikirkan kejadian langit langit dan bumi (sambil berkata): “Hai Tuhan kami! Engkau tidak jadikan semua ini dengan sia sia! Maha suci Engkau! Lantaran itu peliharalah kami (daripada) siksa neraka” (Al Imran: 191)
Firman Allah :Kerana itu, ingatlah kamu kepada Ku nescaya aku ingat (pula) kepada mu dan bersyukurlah kepada Ku dan jangan lah kamu mengingkari (nikmat) Ku ( Al Baqarah 152)
Dalam Hadith Qursi:Allah berfirman:Aku selalu mengikuti sangkaan hambaKu terhadap diri Ku dan Aku selalu menyertainya ketika ia berzikir kepada Ku.
Sifat zahir melambangkan yang batin
Terjemahan kata kata mutiara Al-Hikam: Apa yang tersembunyi dalam rahsia ghaib, ia-itu yang berupa Nur Ilahi dan makrifat, pasti akan tampak bekas (pengaruhnya) pada anggota lahir.
Abu Hafash berkata: Bagusnya adab kesopanan lahir membuktikan adanya adab yang di dalam batin.
Rasulullah s.a.w. ketika melihat seorang yang bermain main dengan tangannya ketika sembayang maka Rasulullah s.a.w.bersabda:Andaikan khusyuk hati orang itu ,nescaya khusyuk semua anggota badannya.
Abu Thalib Almakky berkata :Allah telah menunjukkan tanda bukti seorang kafir, iaitu bila di sebut nama Allah saja,mereka mengejek dan enggan mahu menerima.
Firman Allah:Apabila disebut nama Allah saja (sendiri),cemas dan muak hati orang orang yang tak percaya kepada akhirat, sebaliknya bila di sebut nama nama selain nama Allah , merka gembira, menerima dan puas.(Az-Zumar:45).
Hajat kita Allah lebih mengetahui dan jangan meminta pertolongan dari yang lain
Terjemahan kata kata mutiara Al Hikam (Jangan berharap kepada sesuatu selain Allah): Jangan mengadu/meminta sesuata hajat kepada selain Allah, sebab ia sendiri yang memberi/menurunkan hajat itu kepadamu.Maka bagaimanakah sesuatu selain Allah akan dapat menyingkirkan sesuatu yang di letak oleh Allah. Siapa yang tidak dapat menyingkirkan bencana yang menimpa dirinya sendiri, maka bagaimanakah akan dapat menyingkir bencana dari lainnya.Tibanya sesuatu bencana itu menyebabkan engkau berhajat kepada bantuan pertolongan, maka dalam setiap hajat jangan mengharapkan selain daripada Allah, sebab selain sesuatu daripada Allah itu juga berhajat kepada seperti kau. Sebab siapa yang menyandar (menggantungkan nasib) pada sesuatu selain Allah, bererti tertipu oleh sesuatu bayangan khayal, sebab tidak ada yang tetap selain Allah yang selalu tetap kurnia dan nikmat rahmatnya kepadamu..
Bukti kuasa Allah yang luar biasa
Kata kata mutiara Al-hikam (berkaitan bukti kekuasan Allah) : Diantara bukti-bukti yang menunjukan adanya kekuasaan Allah yang luar biasa ialah dapat menghijab engkau daripada melihat kepadaNya dengan hijab yang tidak ada wujudnya (yakni: Bayang-bayangan hijab) di sisi Allah.
Bayangan tergantung
Sepakat para arifin bahawa segala sesuatau selain Allah tidak ada, ertinya:tidak dapat disamakan adanya sebagaimana adanya Allah, sebab adanya alam terserah kepada kurnia Allah, bagaikan adanya bayangan yang tergantung selalu kepada benda yang membayanginya. Maka siapa yang melihat bayangan dan tidak melihat kepada yang membayangainya, di sini terhijabnya.
Firman Allah:Segala sesuatu rosak hancur kecuali zat Allah.
Takdir
Terjemahan Al Hikam: Kekerasan semangat/perjuangan itu, tidak dapat menembus tirai takdir, kekeramatan atau kejadian-kejadian yang luar biasa dari seorang wali itu, tidak dapat menembus keluar dari takdir, maka segala apa yang terjadi semata-mata dengan takdir Allah.
Manusia tak ada kehendak
Firman Allah:
1. ”Dan tiadalah kamu berkehendak, kecuali apa yang dikehendaki Allah, Tuhan yang mengatur seisi alam (at-Takwir: 29).
2. “Dan tiada kamu mengkendak kecuali apa yang di kehendaki oleh Allah.Sungguh Allah Maha Mengetahui lagi Bijaksana.(Al Insan:30).
Nikmat wujud dan nikmat keperluan hidup
Terjemahan kata mutiara kitab Al-Hikam: Pada pertamanya Allah memberi kepadamu nikmat mewujudkan (menjadikan); kemudian nikmat yang kedua: Melengkapi keperluan-keperluan wujudmu yanhg terus menerus (yang kedua: terus menerusnya bantuan Allah kepadamu.)
Firman Allah:
Wa assbagha ‘alaikum ni’matun dha hiratun wa ba thinat
Allah menuangkan kepada mu nikmat lahir dan batin yang terang dan samar, yang terasa dan tidak terasa.
Wasallam
Posted by Megat at 3:21 AM 0 comments
Wednesday, December 16, 2009
Sometimes...
Sometimes...
a lot of opportunity came in our life.
We need to choose either grab it or drop it.
the opportunity just came once.
Sometimes...
it may change our life.
Sometimes...
it doesn't change anything.
Sometimes...
we can't decide what the right decision to be made.
Sometimes...
we need help to make decision.
Sometimes...
nobody can help us.
Sometimes...when we lose it, we'll regret.
Sometimes...when we grab it, we had a joy.
Sometimes...we just waiting it to be true.
Sometimes...it came when we need it.
Sometimes...it never come although we wish for it.
So, when it come, choose the right decision and grab it as you wish for...
Posted by Megat at 11:26 PM 0 comments
PENYAKIT HATI : APA UBATNYA ?
Sudah menjadi suatu kelaziman dalam setiap kehidupan masyarakat tidak kira kira dimana jua , asalkan ianya dihuni oleh manusia , kita akan pasti mendengar pelabagi permasalahan yang timbul akibat runtunan hati seperti yang pernah diabadikan dalam sepatah syair Arab yang berbunyi “ Hati adalah menteri yang menasihati “ (al-qolbu wazeerun naaseh). Dengan kata lain , pada zahirnya kita lihat , tubuh badan kita yang menggerakkan sesuatu akan tetapi pemerintah sebenarnya dalam diri kita ialah hati.
Pesanan Baginda Rasulullah SAW kepada kita yang bermaksud :
“ Ketahuilah dalam setiap tubuh (jasad) terdapat seketul daging , jika elok daging itu maka eloklah keseluruhan tubuh badan dan jika rosak daging itu maka rosaklah juga seluruh tubuh badan , maka ketahuilah bahawa itu adalah hati “.
Persoalan hati juga sering dikaitkan dengan jiwa (nafs) , oleh yang demikian , kalau seseorang itu sakit jiwa maka cara rawatannya mungkin dengan mendapatkan khidmat pakar psikologi dan pelbagai bahan ubatan lain akan tetapi sekiranya seseorang itu jiwanya sakit ini berkait rapat dengan rohani dan kekontangan dos aqidah yang mantap dan cara rawatannya lebih sukar andainya tidak menepati teknik penyembuhannya.
Dalam lipatan sejarah tentang berlakunya pembunuhan pertama atas dunia antara Habeel dan Qabeel , dua orang putera Nabi Adam A.S adalah disebabkan ketidakpuasan hati antara satu sama lain lantaran dengki dan dendam berebut mendapatkan seorang wanita. Begitulah juga kisahnya , segala persoalan jenayah yang berlaku pada hari ini juga didorong oleh rasa hati yang dibantu oleh kekangan nafsu . Oleh yang demikian ,terjadilah aneka bentukjenayah seperti penipuan , pembunuhan , rompakan , pencabulan dan sebagainya.
Memiliki hati yang tenang sebenarnya transformasi kepada kecerahan wajah yang dibaluti Nuur Iman pada setiap wajah setiap umat Islam. Ini jelas terbukti sekiranya seseorang itu menghadapi masalah , sudah pasti wajahnya juga secara fizikal akan turut terkesan seperti kemurungan dan dahi berkerutan. Akan tetapi sebaliknya jika seseorang itu , memiliki hati yang tenang , pasti akan mudah dan murah untuk berkongsi senyuman dengan orang lain-lain.
Sudah jelas diterangkan menerusi Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah : Ayat 10 yang bermaksud :
“ Dalam hati mereka ada penyakit (keyakinan mereka terhadap Nabi Muhammad SAW lemah. Kelemahan keyakinan itu menimbulkan kedengkian , iri hati dan dendam terhadap Nabi SAW agama dan orang-orang Islam ) , lalu ditambah Allah penyakitnya ; dan bagi mereka siksa yang pedih disebabkan mereka berdusta “.
Islam telah menggariskan pelbagai langkah untuk rawatan perubatan penyakit hati ,antaranya;
- Membaca Al-Quran Sambil Bertafakkur (Tilaawatul Quraan Bittaffakuri).
- Pengosongan Perut (Khala Al-Batnu)
Posted by Megat at 11:09 PM 0 comments