? ??????????????Me On The Beach? ????? ?? ???Rating: 4.0 (2 Ratings)??5 Grabs Today. 1806 Total Grabs. ???
???Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Island Beach? ????? ?? ???Rating: 4.2 (367 Ratings)??4 Grabs Today. 58910 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????Bo BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, December 16, 2009

PENYAKIT HATI : APA UBATNYA ?

Sudah menjadi suatu kelaziman dalam setiap kehidupan masyarakat tidak kira kira dimana jua , asalkan ianya dihuni oleh manusia , kita akan pasti mendengar pelabagi permasalahan yang timbul akibat runtunan hati seperti yang pernah diabadikan dalam sepatah syair Arab yang berbunyi “ Hati adalah menteri yang menasihati “ (al-qolbu wazeerun naaseh). Dengan kata lain , pada zahirnya kita lihat , tubuh badan kita yang menggerakkan sesuatu akan tetapi pemerintah sebenarnya dalam diri kita ialah hati.

Pesanan Baginda Rasulullah SAW kepada kita yang bermaksud :
 “ Ketahuilah dalam setiap tubuh (jasad) terdapat seketul daging , jika elok daging itu maka eloklah keseluruhan tubuh badan dan jika rosak daging itu maka rosaklah juga seluruh tubuh badan , maka ketahuilah bahawa itu adalah hati “.
 Persoalan hati juga sering dikaitkan dengan jiwa (nafs) , oleh yang demikian , kalau seseorang itu sakit jiwa maka cara rawatannya mungkin dengan mendapatkan khidmat pakar psikologi dan pelbagai bahan ubatan lain akan tetapi sekiranya seseorang itu jiwanya sakit ini berkait rapat dengan rohani dan kekontangan dos aqidah yang mantap dan cara rawatannya lebih sukar andainya tidak menepati teknik penyembuhannya.

Dalam lipatan sejarah tentang berlakunya pembunuhan pertama atas dunia antara Habeel dan Qabeel , dua orang putera Nabi Adam A.S adalah disebabkan ketidakpuasan hati antara satu sama lain lantaran dengki dan dendam berebut mendapatkan seorang wanita. Begitulah juga kisahnya , segala persoalan jenayah yang berlaku pada hari ini juga didorong oleh rasa hati yang dibantu oleh kekangan nafsu . Oleh yang demikian ,terjadilah aneka bentukjenayah seperti penipuan , pembunuhan , rompakan , pencabulan dan sebagainya.


Memiliki hati yang tenang sebenarnya transformasi kepada kecerahan wajah yang dibaluti Nuur Iman  pada setiap wajah setiap umat Islam. Ini jelas terbukti sekiranya seseorang itu menghadapi masalah , sudah pasti wajahnya juga secara fizikal akan turut terkesan seperti kemurungan dan dahi berkerutan. Akan tetapi sebaliknya jika seseorang itu , memiliki hati yang tenang , pasti akan mudah dan murah untuk berkongsi senyuman dengan orang lain-lain.

Sudah jelas diterangkan menerusi Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah : Ayat 10 yang bermaksud :
“ Dalam hati mereka ada penyakit (keyakinan mereka terhadap Nabi Muhammad SAW lemah. Kelemahan keyakinan itu menimbulkan kedengkian , iri hati dan dendam terhadap Nabi SAW agama dan orang-orang Islam ) , lalu ditambah Allah penyakitnya ; dan bagi mereka siksa yang pedih disebabkan mereka berdusta “.

Islam telah menggariskan pelbagai langkah untuk  rawatan perubatan penyakit hati ,antaranya;

  • Membaca Al-Quran Sambil Bertafakkur (Tilaawatul Quraan Bittaffakuri).

  • Pengosongan Perut (Khala Al-Batnu)
Wallahu'lam

0 comments: