? ??????????????Me On The Beach? ????? ?? ???Rating: 4.0 (2 Ratings)??5 Grabs Today. 1806 Total Grabs. ???
???Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Island Beach? ????? ?? ???Rating: 4.2 (367 Ratings)??4 Grabs Today. 58910 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????Bo BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, December 31, 2009

AL HIKAM-kompas kehidupan lebih bermakna-2

Wujud Allah dalam hati



Bab 45). Sinar matahati itu dapat memperlihatkan kepadamu dekatnya Allah kepada mu. Dan matahati itu sendiri dapat memperlihatkan kepada mu ketiadaanmu kerana wujud (adanya) Allah, dan hakikat matahati itu lah yang menunjukkan kepadamu,hanya adanya Allah,bukan ‘adam (ketiadaanmu) dan bukan pula wujudmu.



Makam fana



Bab 46).Terjemahan Kata kata mutiara kitab Al-Hikam: telah ada Allah, dan tiada sesuatu di sampingNya, dan Ia kini sebagaimana adaNya semula.



Demikian lah contoh maqam fana’, tiada melihat sesuatu kecuali Allah. Bagai seorang di dalam gedung(rumah), kemudian ia mengisi rumah dengan segala perabot dan boneka dan patung, lalu ditanya: Siapakah yang ada dalam di dalam gedung itu? Jawabnya: Hanya ia seorang, yakni semua boneka dan berhala itu tidak dapat disebut sebagai teman atau kawannya.Demikian orang ahli hakikat tidak melihat adanya sesuatu yang dapat di sebut di samping Allah.



Bab 52) .Dan perhatikan sabda Nabi s.a.w. :Maka siapa yang berhijrahnya menuju kepada Allah dan Rasulullah(kerana menurut perintah Allah dan Rasulullah), hijrahnya akan sampai di terima Allah dan rasulullah. Dan siapa yang hijrah kerana kekayaan dunia yang akan di dapati,atau kerana perempuan yang akan di kahwini, maka hijrahnya terhenti pada apa yang ia hijrah kepadanya.Perhatikanlah sabda Nabi s.a.w. ini dan perhatikan persoalan ini jika engkau mempunyai kecerdasan fahaman.



Masuk syurga dan sembayang dua rakaat



Abu Sulaiman Addarani berkata: Andaikan aku disuruh pilih antara masuk syurga jannatul-Firdaus dengan sembahyang dua rakaat nescaya saya pilih sembahyang dua rakaat. Sebab di dalam syurga saya dengan bahagianku, dan sembahyang aku dengan Tuhanku.

Kita baik asal tak cinta dunia



Sufian Asyuri minta nasihat dari Rabi’ah Al Adawiyah, maka berkata Rabi’ah: Engkau seorang yang baik, andaikan engkau tidak cinta kepada dunia.



Lilah dan billah



bab 10). Amal perbuatan itu sebagai kerangka yang tegak,sedang ruh (jiwa)nya, ialah terdapatnya rahsia ikhlas (ketulusan) dalam amal perbuatan itu.



Keikhlasan seorang dalam amal perbuatannya menurut tingkat kedudukannya maka keikhlasan orang abrar, apabila amal perbuatan itu telah bersih dari riya’ yang jelas maupun yang samar sedang tujuan amal perbuatan mereka selalu hanya pahala yang di janjikan oleh Allah kepada hambaNya yang ikhlas.



Dan ini terambil dari ayat “iyyaka na’budu” Hanya kapadaMu kami menyembah , dan tiada kami mempersekutkan Engkau dalam ibadahku ini kepada sesuatu yang lain.



Adapun keikhlasan orang orang muqarrabin ialah menerapkan perngertian “Laa haula quwwata illa billah”.



Tiada daya untuk mengelakkan, dan tiada kekuatan untuk untuk berbuat apapun kecuali dengan pertolongan langsung dari Allah( kehendakNya dan Afa’alNya semata).



Tiada daya kekuatan sendiri, sedang semua itu dari Allah, ia merasa bahawa semua amal perbuatan semata mata kurnia Allah kepadanya, sebab Allah yang memberi hidayah dan taufiq.



Ini di ambil dari ayat : “Iyyaka nasta’in”. Hanya kepada Mu kami mengharap bantuan pertolongan, sebab kami sendiri tidak berdaya.



Amal orang abrar di namakan amal lillah; Beramal kerana Allah.





Sedang amal muqarrabin di namakan :Amal billah: beramal dengan bantuan kurnia Allah ( kehendak dan Afa’alNya semata).



Amal lillah menghasilkan sekadar memperhatikan hukuman lahir, sedang amal amal billah menembus ke dalam perasaan hati.



Seorang guru berkata: Perbaikilah amal perbuatanmu dengan ikhlas dan perbaikilah keikhlasan mu itu dengan perasaan tidak ada kekuatan sendiri, sedang semua kejadian itu hanya semata mata kerana bantuan(afa’al) Allah.

syukur

Hikam:

Asysyibly berkata: Syukor itu jalan melihat pada yang memberi bukan melihat nikmat pemberiannya.



Abdul Aziz Almahdawy berkata:Siapa yang tidak melihat

Pemberi nikmat di dalam nikmat itu, maka nikmat itu hanya berupa istidraj (dilulu) dan berubah menjadi bala.



Abu Hamid (Muhammad) Alghazzaly membuat contoh: seorang raja memberi hadiah kuda pada rakyatnya, maka dalam menerima nikmat pemberian hadiah ada tiga macam:

1.Merasa gembira kerana ia mendapat sesuatu yang berguna dan berharga, sesuai dengan maksud tujuannya, dan dapat menyampaikan hajat keinginannya. Orang yang sedemikian ini tidak memperhatikan raja sama sekali, pandangannya hanya semata mata pada kuda, di beri raja atau mendapat di hutan tiada beza baginya.



2. Orang yang gembira bukan kerana kuda, tetapi kerana merasa di beri,di ingati ,di kasihi oleh raja, orang ini dapat membezakan antara pemberian raja dengan jika ia dapat di hutan.



3. Orang yang merasa gembira kerana dengan pemberian itu, dia dapat menggunakan untuk lebih mendekat kepada raja, sehingga dapat lebih meningkatkan kedudukannya di sisi raja.

Hijrah



Bab 51). Jangan berpindah dari satu alam kealam yang lain, bererti sama dengan himar (keldai) yang berputar di sekitar penggilingan (pengisar), ia berjalan menuju ketempat tujuan, tiba tiba itu pula tempat yang ia mula mula berjalan daripadanya, tetapi hendaklah engkau pergi dari semua alam menuju kepada pencipta alam. Sesungguhnya kepada Tuhanmu puncak segala tujuan.



Bab 52). Dan perhatikan sabda Nabi s.a.w. :Maka siapa yang berhijrahnya menuju kepada Allah dan Rasulullah(kerana menurut perintah Allah dan Rasulullah), hijrahnya akan sampai di terima Allah dan rasulullah. Dan siapa yang hijrah kerana kekayaan dunia yang akan di dapati,atau kerana perempuan yang akan di kahwini,maka hijrahnya terhenti pada apa yang ia hijrah kepadanya.Perhatikanlah sabda Nabi s.a.w. ini dan perhatikan persoalan ini jika engkau mempunyai kecerdasan fahaman.



wasallam

0 comments: