? ??????????????Me On The Beach? ????? ?? ???Rating: 4.0 (2 Ratings)??5 Grabs Today. 1806 Total Grabs. ???
???Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Island Beach? ????? ?? ???Rating: 4.2 (367 Ratings)??4 Grabs Today. 58910 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????Bo BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, October 15, 2009

Benteng Diri Ahli Hakikat..sambungan

Barangkali kita sudah mengerjakan solat lima waktu, dan ini adalah termasuk perlaksanaan kita terhadap sifat taqwa yang kita laungkan, akan tetapi sudahkah kita mengerjakan solat itu dengan hakikatnya? Sebab solat itu, memang semua orang boleh mengerjakannya, termasuk juga anak kecil yang kerap kita lihat mengerjakannya, namun begitu, apakah memadai kita bersolat seperti solatnya anak-anak kecil itu?! Tentu tidak! Jadi cubalah kita perhatikan kepada solat-solat yang sudah kita kerjakan itu, di mana dan bagaimana letaknya? Kemuncak solat itu adalah di makam Al-Ihsan, sedang makam Al-Ihsan itu pula disimpulkan dengan :



"Hendaklah anda menyembah Allah seolah-olah anda melihatNya , jika anda tidak melihatNya, maka ketahuilah bahawa Allah sentiasa melihat anda!"

Para ulama ilmu zahir sibuk mencari huraian terhadap masalah ini, apakah jalan keluarnya untuk mengatakan bahawa solat yang sudah kita kerjakan itu adalah hakikat solat, kerana banyak solat yang dikerjakan itu hanya berupakan gerak-geri anggota tubuh semasa, cuma dibezakan adanya niat solat sahaja. Jadi yang berpendapat tegas dan "keras" mengatakan bahawa yang boleh dikatakan "solat itu solat" mestilah ia menurut salah satu dari dua cara yang disebutkan dalam pengertian makam Al-Ihsan di atas tadi. Maka cara yang yang dikatakan "anda dapat melihat Tuhan dalam solat anda", tentulah jauh sekali, kecuali sesiapa yang dikehendaki Tuhan daripada golongan kaum ahli makrifatNya yang asli. Lalu yang masih tinggal sekarang ialah cara yang kedua, iaitu "kita tetap dilihat oleh Tuhan", yakni cara biasa, sebab kita semua sudah tahu dan percaya dengan penuh keyakinan bahawa segala gerak-geri kita memang dilihat dan diperhatikan oleh Tuhan, biar dimana-mana sekalipun, tiada sesuatu pun yang akan terlepas daripada pengetahuan Tuhan Yang Maha Berkuasa.


Sekarang kita harus mengukur diri kita, bagaimana gerak-geri kita di dalam solat, dan bagaimana pula di luar solat, supaya ada perbezaan antara keduanya. Jika keadaan kita dalam solat sama dengan keadaan kita di luar solat, maka apalah yang ada perbezaanya, dan jika tidak ada perbezaanya, tentulah bukan solat namanya, kecuali ia berupa gerak-geri anggota badan semata. Malah biasanya gangguan hati dan fikiran lebih tidak tenteram apabila kita sedang dalam solat, berbanding dengan kita di luar solat. Mengapa begitu? Inilah masalahnya yang setiap kita mesti menghuraikanya sendiri, kerana tiada siapa pun dapat menolong diri kita melainkan kita sendiri.


Bersambung...............Bye

0 comments: